Bersara Dengan Selesa Atau Seksa? 6 Perkara Yang Boleh Kita Buat Sekarang

“You can be young without money, but you can’t be old without it”

– Tennessee Williams

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, jumlah pesara di Malaysia pada tahun 2017 adalah seramai 597,000 daripada 2.01 juta rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun dan ke atas.

Malaysia sedang menuju ke arah negara penuaan menjelang 2030, di mana 7% daripada penduduk negara adalah mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Menurut Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, bilangan rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas dijangka mencecah 3.5 juta pada 2020 dan 6.3 juta pada tahun 2040 – kira-kira 20% daripada jumlah penduduk negara ini.

Apakah Perancangan Kita Menjelang Hari Persaraan?

Ini adalah anggaran kos bersara selesa setiap tahun:

Sumber: Sinar Harian

Secara purata, kita memerlukan RM3,067 setiap bulan apabila nak bersara nanti. Tetapi mengikut statistik, seramai 65% daripada ahli KWSP yang berumur 54 tahun ke bawah hanya mempunyai simpanan RM50,000 ke bawah.

Sudah pasti RM50,000 itu akan habis dalam setahun lebih sahaja. Rata-rata ahli KWSP yang mencapai usia persaraan menghabiskan wang simpanan mereka dalam tempoh 3-5 tahun sedangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat iaitu 75 tahun.

Perlu Ada RM228,000 Ketika Umur 55 Tahun

Oleh itu, pencarum KWSP perlu memastikan mereka mempunyai sekurang-kurangnya RM228,000 ketika berumur 55 tahun bagi membiayai keperluan asas persaraan. Jika dikira bersara umur 55 dan jangka hayat purata 75 tahun, ada 20 tahun yang perlu kita tampung dengan duit persaraan.

Perbelanjaan asas RM11,400 setiap tahun. Hanya gunakan RM950 setiap bulan.

Cukup ke dengan kadar inflasi yang meningkat setiap tahun? Jika tak cukup, terpaksa pula bekerja semula.

Apakah 6 perkara yang boleh kita lakukan?

1. Dipanjangkan Usia Bekerja Sehingga 65 Tahun

Cadangan ini dibantah kerana akan melewatkan kekosongan jawatan bagi sesebuah organisasi. Ada beberapa negara yang menggaji warga emas sehingga mereka berumur 65 tahun seperti Iceland sebanyak 38.3%, Korea Selatan sebanyak 31.5%, Jepun sebanyak 23.5%, dan di Indonesia dengan kadar sebanyak 41.8%

2. Simpan Dan Labur Seawal Usia

Generasi muda kini lebih peka untuk melabur kerana adanya maklumat dan teknologi di hujung jari. Rata-rata baru tersedar untuk melabur ketika usia 30-an dan 40-an.

Kita sebagai ibu bapa boleh mulakan simpanan dan pelaburan untuk anak masing-masing sejak kecil lagi. Boleh buka akaun SSPN-I, Tabung Haji, ASB dan apabila mereka mula bekerja nanti, KWSP pula mampu menampung apa kekurangan yang ada.

3. Beli Aset Ketika Muda

Beli aset yang mampu memberikan keuntungan. Aset yang kita beli boleh sewakan. Hartanah merupakan satu cara mengumpul kekayaan namun perlu diingat, ia mengambil masa untuk dijual atau dicairkan jika kita memerlukan wang tunai.

Ada juga para ibu yang gemar mengumpul emas katanya untuk kegunaan akan datang. Ya, ia aset yang mudah cair dan meningkat nilainya dan boleh digadai atau dijual apabila memerlukan. Ia juga boleh dimiliki sesiapa saja tanpa mengira latar belakang. Tak perlu nak tengok slip gaji atau akaun bank.

Kalau orang dulu-dulu suka beli tanah untuk membuat sawah, tanam cili, pokok getah, pokok kelapa sawit atau durian. Hasilnya dapat bertahun-tahun sehinggalah ke anak cucu walaupun mereka sudah tiada. Hasil tanaman pun dapat, harga tanah pun meningkat.

4. Labur Dalam Pasaran Saham

Ini perlukan modal, ilmu dan keberanian. Jika anda bukan seorang “high-risk taker”, lebih baik kita simpan dan labur dalam instrumen yang lebih tenang dan selamat seperti yang disebutkan di #2 tadi.

Bila orang Cina dapat anak, dia akan belikan 10 lot saham untuk diperam. Contohnya saham Hong Leong Bank. Beli dan peram 10 tahun lepas naik juga dalam 300%. Dividen pun dapat.

Kita boleh buat amalan yang sama. Jangan beli saham Hong Leong Bank pula sebab tak patuh syariah. Belilah saham Bank Islam. (Contohhhh). Kalau nak tahu siapa beli dan peram 10 tahun lepas dah naik dalam 400%.

Ilmu ni mahal, pergilah belajar.

  1. Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia
  2. Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama (Januari-Mac) 2020
  3. Saham Mahal Boleh Naik Lagi Ke Harganya?

5. Berniaga

Berniaga juga tiada had umur minimum atau maksimum, semuanya bergantung kepada usaha masing-masing. Dapat juga kita menjana pendapatan tambahan, selain daripada makan gaji.

6. Carum Takaful

Boleh lah bawa diri berjumpa agen takaful untuk melanggan produk takaful seperti hibah, pelan pelaburan yang sesuai dan kad perubatan. Ini kerana apabila kita semakin tua, semakin banyak sakit yang bakal datang, nauzubillahiminzalik.

Ambillah takaful ketika kita masih sihat dan muda, bayaran premium adalah lebih murah berbanding ketika usia 40-an baru nak ambil.

  1. 5 Perkara Ejen Takaful Tak Beritahu Kita
  2. Perbezaan Takaful Dan Insurans
  3. Alasan Yang Kerap Diberi Untuk Mengelak Mengambil Takaful

Tenang anak muda, jika anda masih mempunyai 10-20 tahun sebelum waktu persaraan, anda masih berpeluang untuk mengubah nasib anda pada masa hadapan. Banyakkan berdoa supaya semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.