Ini Kuota Pemilikan Hartanah Bumiputera Di Setiap Negeri

Perkara pertama yang kita perlu tahu tentang kuota pemilikan Bumiputera adalah ianya tidak sama dengan konsep Lot Bumiputera.

Sungguhpun 49 tahun telah berlalu sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak, masih ramai lagi rakyat Malaysia khususnya golongan Bumiputera sendiri yang tidak faham akan perbezaan kuota Bumiputera dan lot Bumiputera.

Baca : Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ya, bunyi macam sama tapi sebenarnya tak sama.

Buat pengetahuan kita, kuota Bumiputera adalah satu undang-undang dalam hartanah yang diperkenalkan dengan objektif meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera kepada sekurang-kurangnya 30%.

Ini bermakna, pemaju hartanah swasta yang membangunkan sebarang projek kediaman mahupun komersial WAJIB menyediakan 30% daripada keseluruhan unit kepada golongan Bumiputera untuk dimiliki.

Baca : 8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Perkara ini terus menjadi agenda utama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam pembangunan rumah mampu milik yang trendnya bermula seawal tahun 2011 lagi.

Kenapa Kuota Bumiputera Ini Penting?

Kuota Bumiputera merupakan satu-satunya sekatan yang dikenakan kerajaan kepada pemaju hartanah supaya pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum adalah lebih majmuk dan tidak dimonopoli oleh satu bangsa atau kaum sahaja.

Baca : Nak Tingkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera? Ini Caranya

“Kalau Sime Darby Properties membangunkan sebuah kawasan perumahan dengan 100 unit kediaman dan 10 unit lot komersial, 30 unit kediaman dan 3 unit lot komersial diwajibkan diletakkan di bawah kuota Bumiputera.”

Kuota Bumiputera setiap negeri adalah berbeza. Lain negeri lain peratus kuota Bumiputeranya. Kuasa menentukan kuota Bumiputera dalam hartanah jatuh kepada Kerajaan Negeri tersebut.

Jom kita lihat berapa kuota Bumiputera bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur

Hartanah Kediaman : 30%

Hartanah Komersial : 30%

Selangor

Hartanah Kediaman : Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

Hartanah Komersial Bawah RM 120,000 : 60%

Hartanah Industri Kos Rendah RM 150,000 Melebihi 10 Ekar : 50%

Hartanah Industri Lain : 40% 

Negeri Sembilan

Pembangunan Melebihi 5 Ekar : 30%

Pembangunan Kurang 5 Ekar : 10%

Pulau Pinang

Semua Jenis Hartanah : 30%

Johor

Hartanah Kediaman & Komersial :

i) Di Bawah Harga Jualan RM 200,000 : 40%

ii) Harga Jualan Melebihi RM 200,000 : 30%

iii) Harga Jualan Melebihi RM 300,000 : 20%

Perak

Tanah Pindah milik Dari Kerajaan Negeri : 30%

Tanah Persendirian : 20%

Pahang

Hartanah Kediaman & Komersial : Minimum 30%

Hartanah Pembangunan Melebihi 2 Ekar : Minimum 30%

Melaka

Hartanah Kediaman :

i) Kawasan Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir : 40%

ii) Kawasan Lain : 60%

Terengganu

Tanah Persendirian : 30%

Tanah Serahan Semula/Pindah Milik :  50%

Perlis

Kediaman & Komersial :

 i) Dalam Tanah Lingkungan Bebas : 70%

Kelantan

Tanah Rizab Melayu : 100% Anak Kelantan

Kedah

Hartanah Kediaman : 30% – 50%

Hartanah Komersial : 30%

Perlu kita ketahui bahawa kuota Bumiputera ini boleh ditukar oleh pemaju hartanah dengan cara membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera selepas gagal menjual hartanah tersebut.

Biasanya, tempoh bagi permohonan ini adalah dua tahun selepas pelancaran penjualan hartanah tersebut,

Akan tetapi, terdapat negeri yang telah mengurangkan tempoh masa dua tahun kepada kurang dari satu tahun sahaja.

Sebagai contoh, di Perak apabila Dasar Perumahan Negeri Perak (DPNP) pada April 2019 yang lalu membenarkan pemaju membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera dalam tempoh 6 bulan berbanding 2 tahun.

Dan kerana itulah pengurusan kewangan dan ilmu hartanah adalah dua ilmu yang perlu dikuasai Bumiputera supaya tidak wujud lagi pemaju hartanah yang membuat permohonan sedemikian rupa.

Sekiranya kita tak puas hati dengan angka pemilikan hartanah Bumiputera, usahalah untuk tingkatkan angka tersebut. Bantulah Bumiputera lain dalam menyebarluaskan ilmu kewangan dan hartanah. Boleh mulakan dengan share artikel ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-12: Johor Bahru Menerajui Permintaan Hartanah Pengguna

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 — Johor Bahru muncul sebagai kawasan pertumbuhan paling pesat di Malaysia pada tahun 2025, berdasarkan data permintaan hartanah terbaharu yang diumumkan di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-12 dengan kerjasama iProperty. Buat pertama kali, anugerah ini menggabungkan penilaian pakar, data pasaran, dan pilihan pengguna untuk memberikan gambaran pasaran hartanah yang dipacu data — menonjolkan kawasan tumpuan pembeli dan pelabur, serta pemaju yang berjaya meraih kepercayaan rakyat.

Berdasarkan jutaan carian dan metrik penglibatan di PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, anugerah ini mencerminkan peralihan permintaan di seluruh negara — dari pusat bandar ke koridor pertumbuhan wilayah yang mempunyai rangkaian infrastruktur baik, terutamanya di Johor dan Selangor. Dapatan tahun ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia semakin cenderung kepada perbandaran bersepadu, pembangunan bercampur, dan projek berteraskan ESG yang menggabungkan gaya hidup menarik, nilai jangka panjang, dan kelestarian, sejajar dengan keutamaan baharu terhadap kemampuan, kesalinghubungan infrastruktur, serta perubahan keutamaan kerja dan kehidupan.

Data Pengguna Menunjukkan Johor Terus Menjadi Tumpuan

Anugerah Permintaan Pengguna edisi pertama meraikan lapan pembangunan paling mendapat perhatian pencari hartanah. R&F Princess Cove dan Leisure Farm mendahului senarai, mencerminkan daya tarikan Johor Bahru yang semakin meningkat dalam kalangan pembeli. Johor turut cemerlang dalam segmen pejabat apabila City Square Office Tower dinobatkan sebagai “Pejabat Paling Diminati untuk Disewa (Johor)”, manakala The Exchange 106 di Kuala Lumpur menduduki tempat teratas bagi “Pejabat Paling Diminati untuk Disewa (Kuala Lumpur)”.

Ketua Perisikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, Dr. Lee Nai Jia berkata, “Data menunjukkan pencari rumah Malaysia semakin melihat ke luar kawasan tumpuan tradisional Lembah Klang. Penguasaan Johor Bahru dalam pelbagai kategori mencerminkan transformasinya sebagai hab serantau yang dinamik, disokong oleh pelaburan infrastruktur berskala besar seperti RTS Link dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura. Faktor-faktor ini meningkatkan akses rentas sempadan dan keyakinan pembeli serta pelabur tempatan. Kami juga melihat peningkatan minat terhadap komuniti terancang dan bersepadu di mana penduduk boleh tinggal, bekerja dan beriadah dalam komuniti yang sama. Peralihan ke arah perbandaran mampan dan menyeluruh ini menandakan kematangan pasaran hartanah, di mana nilai, kesalinghubungan dan kualiti hidup menjadi pemacu utama keputusan pembelian — bukan sekadar lokasi.”

Pemaju yang Meraih Kepercayaan Awam

Anugerah Pilihan Rakyat, yang ditentukan melalui hampir 28,000 undian awam, mengiktiraf 10 pemaju paling dipercayai pengguna Malaysia. Pemenangnya ialah Berinda Group; CPI Land; Gunung Impian Development Sdn Bhd; Mah Sing Group Berhad; Malton Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Platinum Victory; Tiland Group; Tropicana Corporation Berhad; dan TRX City Sdn Bhd. Pemenang dipilih daripada senarai pendek 30 pemaju terkemuka.

Keputusan ini mengesahkan bahawa pengguna terus menaruh kepercayaan terhadap pemaju hartanah mapan yang konsisten menawarkan kualiti dan nilai jangka panjang. Dapatan ini memberi panduan berguna kepada pemaju, pelabur dan pembuat dasar tentang projek paling mendapat permintaan serta pemaju yang menikmati tahap kepercayaan pengguna tertinggi.

Pemimpin Industri Tetapkan Piawaian Baharu dalam Kelestarian & Inovasi

JLand Group muncul sebagai pemenang paling cemerlang, meraih gelaran Pemaju Terbaik (Malaysia), Pemaju Terbaik (Malaysia Selatan) dan Pemaju Perindustrian Terbaik. Projek unggulnya, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, turut meraih pelbagai anugerah termasuk Pembangunan Perbandaran Terbaik (Malaysia), menyerlahkan kepimpinan JLand dalam pembangunan komuniti bersepadu.

Pemaju negeri PKNS menonjol sebagai peneraju ESG dengan gelaran Sustainable Design Champion dan Low Carbon Champion, mengiktiraf komitmen kukuh terhadap reka bentuk mesra alam melalui projek seperti Linkar 52, Aludra Residensi dan Galeria SA Sentral.

Pengurus Besar PropertyGuru Asia Property Awards & Events, Jules Kay berkata, “Anugerah ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan, tetapi turut mencerminkan gambaran tentang apa yang paling dihargai oleh pasaran hartanah. Pemaju kini menetapkan piawaian dalam kelestarian, kesalinghubungan dan kualiti hidup, manakala data pengguna menunjukkan permintaan jelas terhadap pembangunan berkualiti. Terdapat peralihan ketara ke arah komuniti yang selesa didiami dan mempunyai rangkaian baik, khususnya di Johor dan Selangor yang menyaksikan pembangunan berskala besar mengubah landskap hartanah. Dalam masa yang sama, kelestarian bukan lagi pilihan — pemaju memimpin dengan mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam setiap projek. Penyelarasan antara inovasi, data dan keperluan pengguna inilah yang akan membentuk kejayaan hartanah Malaysia pada masa depan.”

Meraikan Kecemerlangan Hartanah di Seluruh Malaysia

Sebanyak 73 kategori mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri hartanah Malaysia — daripada kediaman mewah hingga perumahan mampu milik, serta pembangunan komersial inovatif di seluruh negara. Menandakan edisi ke-20 pada tahun 2025, siri Anugerah Hartanah Asia PropertyGuru akan mencapai kemuncaknya dalam Grand Final di Bangkok pada 12 Disember 2025. Seramai 23 pemenang dari Malaysia akan bersaing bagi gelaran Terbaik di Asia bersama penyertaan dari 14 pasaran lain di pentas antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai penuh pemenang di bawah atau layari: AsiaPropertyAwards.com.