Lepas Habis Wabak COVID-19, Buat Ini Untuk Bangunkan Ekonomi Negara!

Wabak yang melanda telah terkena satu dunia sehingga mengakibatkan kegawatan ekonomi berlaku. Kerajaan seluruh dunia telah mengeluarkan arahan agar orang ramai duduk di rumah dan kita di Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan adanya PKP, diharapkan penularan wabak Covid-19 ini akan berkurangan dan akhirnya terhenti. Tetapi disebabkan PKP ini jugalah, ramai yang terjejas teruk; terutamanya peniaga kecil dan sederhana (SME).

Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia berdepan dengan situasi sukar ini. Tetapi apakah yang mampu kita lakukan untuk bangunkan ekonomi negara yang terjeas teruk ini?

Hayati perkongsian Tuan Naim Mustafa ini.

Mula Dengan Bangunkan Ekonomi Setempat

Kita perlu bangunkan ekonomi setempat dulu.

1. Makan di gerai/restoran di kawasan rumah kita.

2. Belanja di gerai runcit kawasan rumah kita.

3. Gunakan servis yang ditawarkan di kawasan rumah kita.

4. Support penjaja tepi jalan di kawasan rumah kita.

5. Bercuti di dalam Malaysia.

Dengan melakukan benda ini, ekonomi setempat akan berkitar. Bila orang mula membeli di kawasan itu, pekedai akan restock barang dari supplier. Supplier akan guna logistic chain untuk hantar barang. Dekat sini saja sudah libatkan 4 pihak.

  • Pembeli
  • Pekedai
  • Pembekal
  • Logistik

So, duit akan berputar.

1.Pembeli bagi duit dekat kedai.

2.Kedai bayar barang dekat supplier.

3.Supplier bayar postage dekat logistik.

4.Logistik akan gajikan driver.

5.Kemungkinan driver tu adalah pembeli di kedai runcit tersebut.

Ini adalah kitaran dalam ekonomi.

Dengan membangunkan ekonomi setempat, secara tak langsung ia akan bawa kepada pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Kita tak boleh support banyak, support sikit pun jadilah.

Sebab kerajaan dah belanja hampir RM250 bilion untuk bantu rakyat. Dengan harapan rakyat terus berbelanja untuk memastikan pusingan ekonomi itu berlaku.

Jika ekonomi gagal berpusing dengan baik contohnya:

1. Jika orang kurang berbelanja

2. Demand terhadap barang runcit menurun

3. Supplier tak untung, terpaksa buang pekerja

4. Bila takda demand juga, logistik terpaksa downsizing

5. Buang lagi pekerja

Ini kitaran ekonomi yang kurang sihat.

Jadi nasihat saya teruskan berbelanja di kawasan setempat. Tapi, belanjalah secara berhemah.

Sumber: Twitter Naim Mustafa

Jom kita sama-sama membantu Makcik Kiah, Lee Beauty Saloon, Restoran Mi Kolok Hj Salleh dan Syarikat Surjit Kaur Sdn Bhd di seluruh Malaysia. Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan ini, #StayAtHome dan #KitaJagaKita

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.