4 Langkah Mudah Untuk Semak Status Pelesenan Individu Atau Syarikat

Jika anda seorang pelabur, mesti pernah dengar nama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ni kan? Kalau nak tahu, SC merupakan sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Dalam dunia pelaburan, adalah penting untuk kita berurusan dengan individu atau syarikat yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh SC supaya tidak ditipu sifu saham jadian dan scammers.

Untuk itu, jom kita tengok 4 langkah mudah untuk menyemak status pelesesan seseorang individu atau sesebuah syarikat seperti berikut:

1. Layari laman web https://www.sc.com.my/

2. Klik “Licensed and Registered Persons” di bawah “Resources”

3. Klik “Public Register of License Holders”

4. Semak status pelesenan dengan memasukkan nama individu atau syarikat

Hanya dengan 4 langkah mudah kita dah boleh semak status pelesenan mereka. Sangat penting untuk kita berurusan dengan individu atau syarikat yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh SC ini.

Semoga kita semua dijauhkan daripada para scammers dan skim penipuan yang semakin berleluasa.

Kredit: https://www.facebook.com/InvestSmartSC

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.