Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Baru-baru ini, Bursa Anywhere telah menawarkan feature baru yang membolehkan orang ramai membuka akaun CDS secara online. Pada kebiasaannya kita perlu bayar RM10 untuk pembukaan akaun CDS dengan mana-mana broker, kini ianya percuma jika kita memohon menggunakan aplikasi Bursa Anywhere ini.

Nama penuh CDS ialah Central Depository System. Akaun CDS ini macam seperti akaun simpanan kita tetapi kita bukan simpan duit, tetapi kita simpan saham.

Apa Itu Bursa Anywhere?

Bursa Anywhere merupakan aplikasi yang telah dilancarkan oleh Bursa Malaysia pada Jun 2019. Ianya membolehkan para pelabur mendapatkan maklumat berkenaan semua akaun CDS yang kita ada.

Kita juga boleh mengemaskini maklumat akaun CDS kita secara terus dengan Bursa Malaysia. Nak muat turun penyata akaun CDS pun boleh, dan boleh juga tahu nilai portfolio pegangan saham kita bagi setiap akaun CDS.

Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Bursa Anywhere di Google Play Store atau Apple App Store. Percuma je.

Nak tahu cara-cara untuk buka akaun Bursa Anywhere, boleh rujuk Aplikasi Bursa Anywhere – Semua Pelabur Wajib Download.

Tak sampai 5 minit pun untuk mendaftar akaun baru.

Sekarang jom kita tengok tutorial untuk membuka akaun CDS secara online menggunakan aplikasi Bursa Anywhere ini.

1. Login Bursa Anywhere

2. Klik Account Opening

3. Klik Agree pada Terms & Conditions

4. Klik Yes jika maklumat dalam Kad Pengenalan berbeza dengan alamat semasa

5. Semak maklumat peribadi dan klik Next

6. Semak dan kemaskini Nombor Telefon, klik Next

7. Semak maklumat tambahan dan klik Next

8. Masukkan alamat seperti Kad Pengenalan dan klik Next

9. Masukkan alamat surat-menyurat dan klik Next

10. Muat naik Kad Pengenalan (Depan dan Belakang) dan Penyata Bank dan klik Next

This image has an empty alt attribute; its file name is Tutorial-Buka-Akaun-CDS-Secara-Online-Guna-Aplikasi-Bursa-Anywhere11.png

Namun apakan daya, Kad Pengenalan admin ada problem pula. Tak dapat validate oleh pihak Bursa.

11. Langkah seterusnya, kita boleh pilih broker pilihan. Broker tersebut akan assign remisier atau dealer untuk follow-up dengan permohonan kita. Kita juga akan dimaklumkan dalam masa 2 hari samada permohonan kita berjaya.

Jom rebut peluang untuk buka akaun CDS secara online, ianya percuma sekiranya kita memohon menggunakan aplikasi Bursa Anywhere ini.

Sekurang-kurangnya bila akaun CDS dah ada bolehlah mula beli IPO.

Selain daripada itu, kita juga boleh Pindah Saham Dengan 3 Langkah Mudah Menggunakan Bursa Anywhere. Kalau dulu kena isi borang, kini ianya boleh dibuat secara online.

Anda ada beberapa akaun CDS? Nak pindah saham yang dah lama beli dulu dengan akaun lain, ke akaun CDS yang lain yang baru dibuka? Atau ada beberapa akaun CDS, ada yang dah dorman dah pun, dan lepas ni nak concentrate kepada satu akaun saja?

Buat online saja senang. Muat turun aplikasi Bursa Anywhere di Google Play Store atau Apple App Store hari ini.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN (US-ABC), Brian McFeeters berkata sektor itu merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Beliau berkata syarikat AS pada masa ini sudah beroperasi di Pulau Pinang dan Johor serta meninjau peluang untuk mengembangkan lagi operasi masing-masing.

Antara objektif misi itu adalah mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek seperti permit, kemudahan pengawalseliaan dan menarik bakat atau tenaga kerja untuk mengembangkan operasi.

“Menerusi bantuan yang tepat, kami dapat mempercepatkan lagi pengembangan kami selain meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “ASEAN Trade Strategy” yang dikendalikan oleh hos Gerard Ratnam.

Menurut laman sesawang AS-ABC, misi tiga hari itu bermula pada 12-14 Mei, 2026.

Menjelaskan selanjutnya, McFeeters berkata misi pelaburan yang telah mengunjungi Vietnam, Filipina dan Singapura selain negara-negara ASEAN di masa akan datang, melibatkan penyertaan syarikat baharu dan sedia ada yang berminat mengembangkan operasi mereka.

“Menerusi sokongan yang tepat, kami dapat mempercepatkan pengembangan operasi dan memperdalam pelaburan kami di Malaysia,” katanya.

McFeeters berkata AS-ABC turut mengatur mesyuarat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Kementerian Pendidikan Tinggi: Kementerian Digital selain Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata misi itu juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat itu, katanya, dapat memberi peluang kepada firma terbabit meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia selain mengukuhkan hubungan dalam sektor berkaitan.

Pada masa sama, misi itu juga berharap dapat membantu dari segi memudah cara perniagaan AS beroperasi di Malaysia. “Misi ini juga menunjukkan perniagaan AS kekal komited terhadap pasaran ASEAN walaupun dalam ketidaktentuan semasa, termasuk membabitkan tenaga dan persoalan melibatkan tarif,” katanya.

Data laman sesawang Pejabat Perwakilan Perdagangan AS menunjukkan perdagangan Malaysia dan AS dianggarkan bernilai US$88.5 bilion (US$1 = RM4.92) pada 2025.

Eksport AS ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah US$28.9 bilion atau meningkat 4.5 peratus daripada US$1.2 bilion pada 2024 manakala import AS ke Malaysia pula berjumlah US$59.7 bilion pada 2025 iaitu peningkatan 13.7 peratus daripada US$7.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, AS-ABC turut memperkenalkan satu pelan strategik “Advancing ASEAN: A Strategic Action Plan Supporting The Philippines 2026 Chairship” sebagai cadangan dasar yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN serta perniagaan AS.

Pelan itu antara lainnya menggariskan cadangan sektor swasta AS-ABC yang dirangka dengan kerjasama ASEAN-BAC Filipina dan terhasil daripada pertukaran pandangan dengan kerajaan Filipina yang melibatkan lima tonggak strategik.

“Asas pelan itu adalah daripada lima kertas perbincangan dengan setiap satunya dibincangkan dalam sesi meja bulat khusus dari Mac hingga April 2026 bersama agensi kerajaan, rakan sekutu pembangunan dan masyarakat awam.

“Ini bukan bertujuan menyelesaikan keseluruhan agenda dengan satu tahun kepengerusian, sebaliknya mewujudkan asas-asas institusi dan menghasilkan kerja-kerja teknikal yang boleh diteruskan oleh kepengerusian Singapura pada 2027 dan seterusnya Thailand pada 2028,” menurut AS-ABC.

— BERNAMA