Bagaimana Airbnb Hilang Segala-Galanya Dalam Masa 6 Minggu

Airbnb yang bermaksud ‘Air Bed and Breakfast’ bermula pada tahun 2008 oleh anak muda yang pada mulanya menawarkan sewaan katil dan sarapan atas talian kepada sebuah syarikat gergasi yang bernilai $31 bilion pada tahun 2017.

Setakat tahun 2020, Airbnb mempunyai hampir 6,300 pekerja, 3 juta hos (pemilik hartanah) di seluruh dunia dan 7 hartanah yang disenaraikan di dalam platform Airbnb di 220 buah negara.

Baca : Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb

Penawaran terbaru fungsi Airbnb yang dipanggil ‘Experience’ membenarkan pengguna Airbnb bukan sekadar membuat tempahan rumah, bahkan mencuba pengalaman baru aktiviti luar di sekitar kawasan rumah yang disewa.

Terkini, dengan keadaan pasaran ekonomi yang tidak menentu dan risiko wabak pandemik, perancangan besar Airbnb untuk menjadi syarikat public listed menjelang tahun 2020 diragui ramai pihak khususnya golongan pelabur saham. 

Soalnya, bagaimanakah syarikat startup yang paling berjaya dan menguntungkan ini menjadi begitu lemah?

Sebelum itu, jom kita lihat kembali sejarah awal Airbnb. Ditubuhkan oleh tiga orang anak muda Brian Chesky, Joe Gebbia dan Nathan Blecharczyk pada Ogos 2008 di San Fransisco.

Pada tahun 2008, Amerika Syarikat sedang berdepan dengan Krisis Kewangan yang menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan, dan cuba mencari sumber pendapatan sampingan sementara menunggu krisis tersebut selesai.

Baca : Top 10 Hartanah di Airbnb – Kuala Lumpur (KL)

Tiga anak muda ini, berkongsikan idea pemilik hartanah berkongsikan ruang di rumah mereka secara online dan mampu menjana pendapatan sampingan dari situ.

This image has an empty alt attribute; its file name is Bagaimana-Airbnb-Hilang-Segala-Galanya-Dalam-Masa-6-Minggu3-700x466.jpg

Sambutan yang diterima tiga anak muda ini adalah sangat luar biasa. Ramai pemilik hartanah sukakan idea tersebut sehingga dikhabarkan Airbnb berjaya mengutip keuntungan pada hari pertama dilancarkan!

Untuk rekod, Airbnb mencapai keuntungan yang signifikan pada tahun 2017 dan 2018 sehingga mencetuskan idea untuk program Airbnb Plus.

“Airbnb Plus adalah program khusus untuk hos dengan review yang tinggi dan kualiti tempat tinggal yang sangat istimewa”

99% hartanah yang disenaraikan di Airbnb Plus adalah rumah idaman yang ‘instagrammable’ dengan pengalaman bermalam yang luar biasa.

Airbnb : Syarikat Gergasi Yang Tumbuh Dalam Masa 1 Dekad

Kesan daripada peningkatan keuntungan tahunan, populariti dan trend penggunaan Airbnb di seluruh dunia, banyak pihak yang mula melabur dan memberi dana kepada Airbnb.

Pada Januari 2009, Airbnb menerima dana sebanyak $6 juta daripada Seed yang meningkatkan nilai Airbnb kepada $2.9 juta pada ketika itu.

Semenjak itu, Airbnb terus menerus mendapat suntikan dana dari pelbagai syarikat khususnya di Silicon Valley. Menjelang Januari 2017, Airbnb telah meraih $555.4 juta!

Baca : Airbnb Sumbang RM200.4 Juta Kepada Ekonomi Tempatan, Kat Mana Lokasi Yang Hot di Malaysia?

Data pada tahun 2015 menunjukkan, Airbnb mencatatkan rekod sebagai sebuah syarikat dengan nilai $25 bilion meninggalkan gergasi lain seperti Marriot, Expedia, WYNDHAM dan HomeAway.

Airbnb mencatatkan peningkatan keuntungan sehinga 115% pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya.

Ramai yang menjangkakan Airbnb ‘kenyang 7 keturunan’ dengan keuntungan yang sangat banyak. Hakikatnya, Airbnb memang mencatat keuntungan yang besar, tetapi Airbnb turut menanggung kos operasi yang besar.

“Semakin besar periuk, semakin besarlah keraknya…”

Airbnb telah membelanjakan kos pentadbiran yang terlalu tinggi pada tahun 2017 dan 2018. Kos pentadbiran Airbnb pada tahun 2019 juga naik sehingga 113% berbanding tahun 2017.

Hal ini kerana, pihak pengurusan atasan Airbnb telah mengambil tindakan mengambil pekerja pada skala yang besar dan membina pejabat sendiri di San Fransisco.

Kos operasi Airbnb pada penghujung 2019 telah meningkat tinggi sehingga tidak seimbang dengan aliran tunai syarikat tersebut.

Data dari Reuturs menunjukkan, Airbnb telah mengumpulkan simpanan tunai sebanyak $3 bilion dari bayaran tempahan dan caj yang dikenakan kepada tetamu dan hos.

Manakala pendapatan Airbnb dari yuran pula melebihi $4.8 bilion pada tahun 2019.

“Buat pengetahuan anda, Airbnb mengenakan caj bayaran 3% daripada hos (tuan rumah) dan 14.2% daripada tetamu.”

Bermulanya Masalah Airbnb

Masalah bermula pada Oktober 2019 yang lalu apabila Airbnb telah mengharamkan senarai rumah jenis pesta atau ‘house party’ ekoran insiden tembakan rambang yang mengorbankan 5 jiwa.

Sebagai inisiatif keselamatan, Airbnb telah melabur ke infrastruktur berkenaan keselematan sebanyak $100 juta. Ini menyebabkan kos operasi tahunan Airbnb pada tahun 2019 naik dua kali ganda berbanding 2017 yaqni mencecah $5.3 bilion.

Baca : Terpaksa Menjual Bijirin Sarapan Untuk Langsaikan Hutang, Ini Kisah Suka-Duka Pengasas Airbnb

Saat Airbnb baru ingin mula menyusun kembali profil kewangan mereka pada suku pertama 2020, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengharamkan pergerakan pelancongan ke Eropah selama 30 hari bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang rakus meragut nyawa warga Eropah ketika itu.

Rentetan dari pengharaman pergerakan pelancongan ke Eropah, ramai pengguna Airbnb marah dan inginkan bayaran balik deposit mereka kerana hos tidak memberikan sebarang bayaran balik.

Sebagai tindak balas dan demi menjaga reputasi dan hati pengguna, pengurusan Airbnb telah memberikan 25% bayaran balik dari setiap tempahan yang dibatalkan pengguna ekoran perintah larangan pergerakan rentas negara.

Tambahan, Airbnb telah mebiayai satu dana perumahan sebanyak $17 juta untuk membantu ‘top rated’ hos Airbnb membiayai ansuran pinjaman hartanah mereka.

Hos atau pengusaha Airbnb terpilih dibenarkan membuat permohonan untuk pemberian sehingga AS$5,000.

Menjelang April 2020, Airbnb tidak lebih sekadar sebuah syarikat yang gagal mempunyai aliran tunai, hos yang marah akan polisi Airbnb dan masa depan yang tidak menentu.

Akhirnya, pada Mei 2020 Airbnb mengambil tindakan kurang popular dengan mengurangkan 25% dari jumlah pekerja menyebabkan 2,000 orang dibuang kerja.

Apa yang lebih menyedihkan, keuntungan Airbnb untuk tahun 2020 dijangka menurun sebanyak 50% daripada $4.8 bilion pada tahun 2019.

Kesan daripada insiden – insiden ini, nilai Airbnb turun kepada $26 bilion setakat Jun 2020 berbanding $31 bilion pada tahun 2017.

Penganalisis ekonomi dan pelabur meramalkan Airbnb memerlukan sekurang – kurangnya 6 bulan dengan aliran tunai yang positif untuk membolehkan mereka keluar dari kemelut ini.

Kesan yang berlaku ini tidak hanya mempengaruhi syarikat – syarikat gergasi. Sebaliknya, turut memberi kesan buruk kepada individu yang terlibat secara langsung dengan gig ekonomi di seluruh dunia.

Dan hari ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa asas kepada tertubuhnya Airbnb teruji kerana Airbnb merupakan pengurus hartanah yang tidak memiliki sebarang hartanah seperti hotel.

Masa depan industri pelancongan tampak seakan tiada sinar untuk masa terdekat dengan penuh persoalan dan ketidakpastian akan masa depan.

Apa yang pasti, industri pelancongan di seluruh dunia pada 2020 bakal berdepan dengan kerugian sebanyak AS$1 trilion akibat pandemik COVID-19.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.