Kenapa Kena Jual Dan Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah?

Tak perlu kita ceritakan betapa rumit dan kompleks proses jual beli rumah. Proses jual beli rumah dari sudut perundangan sememangnya memerlukan penglibatan banyak pihak hatta anda hanya ingin membeli sebuah rumah kos rendah.

Urusan dokumentasi, pentadbiran dan perundangan memerlukan seorang individu atau organisasi yang layak dan berkemahiran tinggi dalam menguruskannya.

Baca : 7 Filem Inspirasi Dalam Industri Hartanah

Dan, orang yang menguruskan proses jual beli rumah dari A-Z adalah ejen hartanah berdaftar yang sah.

Ejen hartanah adalah individu berdaftar yang mempunyai lesen dikeluarkan Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) untuk menguruskan segala proses berkenaan jual beli, sewaan, pajakan hartanah.

Skop kerja mereka tidak terhad kepada itu sahaja, mereka juga perlu membuat pemasaran samada secara offline dan online untuk mendapatkan pembeli/penjual, membuat semakan nilai pasaran semasa hartanah, dan memeriksa keadaan semasa rumah tersebut.

Sebenarnya, ada banyak kelebihan sekiranya anda, (pembeli/penjual) menggunakan perkhidmatan ejen hartanah berdaftar yang sah.

Antara sebab paling utama anda kena jual & beli rumah melalui ejen hartanah berdaftar yang sah adalah untuk mengelakkan diri anda dari ditipu broker kampung atau golongan ‘makan atas angin’.

Pada 2016, seorang warga emas berusia 72 tahun di Kuantan telah kerugian RM26,000 selepas ditipu dua lelaki dalam penjualan tanah dengan keluasan enam hektar.

Di Klang, Selangor pula seorang ahli perniagaan telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Klang gara-gara memalsukan dokumen dan menipu urusan jual beli tanah melibatkan kerugian RM2.1 juta.

Dan banyak lagi kes penipuan dan pemalsuan dokumen jual beli hartanah dan deposit yang tidak dikhabarkan di arus perdana.

Buat pengetahuan anda, 75% urusan hartanah di Singapura diuruskan sepenuhnya oleh ejen hartanah berdaftar yang sah.

Termasuk juga Australia yang mempunyai polisi undang-undang yang ketat dalam jual beli hartanah lebih-lebih lagi untuk warga asing.

Ini antara faedah kenapa anda kena jual & beli rumah dengan ejen hartanah…

Kenapa Anda Kena Beli Rumah Dari Ejen Hartanah

PEMBELI

Hartanah Pilihan

Dilema terbesar seorang pembeli hartanah (termasuk penulis) adalah mencari sebuah rumah yang ideal dengan profil kewangan.

Ejen hartanah berdaftar yang sah adalah orangnya bila kita mencari seorang yang boleh membantu kita mencari hartanah pilihan mengikut bajet, lokasi dan jenis hartanah.

Baca : 4 Tips Berunding Dengan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah

Urusan Pinjaman & Guaman

Ejen hartanah berdaftar yang sah pasti akan mengajak anda sesi teh tarik untuk mengetahui profil kewangan anda. Dengan maklumat tersebut, mereka boleh mengesyorkan jenis pinjaman, bank dan peguam yang baik untuk bantu proses pembelian hartanah anda.

Dokumen

Segala dokumen bermula booking form, Letter Offer (LO), Sales & Purchase Agreement (SPA) dan Memorandum of Transfer (MOT) diuruskan sepenuhnya oleh ejen hartanah yang bakal anda lantik kelak.

Telus

Ejen hartanah berfungsi sebagai orang tengah untuk urusan pembelian hartanah anda. Mereka berada di bawah agensi yang menguruskan bayaran deposit dan sebagainya.

Sekiranya ejen hartanah yang anda jumpa meminta anda deposit kan wang di dalam akaun peribadi dan bukan akaun agensi, maka itu tandanya individu tersebut tidak telus dan berkemungkinan bukanlah seorang ejen hartanah berdaftar yang sah.

PENJUAL

Bantu Cari Pembeli

Masalah utama kebanyakan penjual hartanah dari pasaran subsales adalah mencari pembeli rumah mereka. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini, bukan mudah untuk mencari pembeli rumah.

Lebih parah apabila pemilik rumah ingin menjual rumah tersebut melebihi harga pasaran semasa. Bayangkan, rumah yang dijual di bawah harga pasaran pun belum tentu ada orang nak beli, apatah lagi rumah yang dijual lebih mahal!

Dan di sinilah gunanya seorang penjual rumah mengupah khidmat ejen hartanah berdaftar bagi mencari pembeli.

Baca : Tak tahu pula selama ini ada 6 jenis Ejen Hartanah di Malaysia

Urusan Dokumen

Ejen hartanah berdaftar akan membantu anda (penjual rumah) menyelesaikan segala urusan guaman dan proses tukar milik hartanah anda kepada pemilik baru mengikut jangka masa yang dipersetujui bersama.

Setiap agensi hartanah mempunyai tim peguam hartanah mereka yang menguruskan segala urusan perundangan berkaitan urusan jual beli dan pertukaran hak milik hartanah.

Nasihat

Sebagai seorang pemilik rumah yang ingin menjual rumah, anda pasti inginkan tips dan strategi untuk meningkatkan keuntungan anda hasil dari penjualan hartanah anda.

Ejen hartanah berdaftar yang sah pada kebiasaannya akan memberikan khidmat tips & strategi secara percuma tentang bagaimana anda boleh tingkatkan nilai hartanah anda secara maksimum.

Orang Tengah

Seperti yang anda tahu, urusan jual & beli hartanah melibatkan lebih daripada satu pihak dan antara pihak yang terlibat secara langsung adalah penilai hartanah, pegawai bank, pembeli rumah, peguam hartanah dan juga kontraktor (sekiranya anda ingin membuat renovasi tambahan sebelum menjual).

Dengan mengupah ejen hartanah, anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. Apa yang penting, ejen hartanah tidak akan mengenakan sebarang caj kepada anda!

Baca : 4 Perkara Perlu Faham Sebelum Deal Dengan Ejen Hartanah

Dalam bahasa mudah, ejen hartanah berdaftar yang sah berfungsi sebagai individu yang membantu urusan jual & beli hartanah anda.

Tak rugi sekiranya anda mendapatkan khidmat ejen hartanah untuk menguruskan urusan jual & beli hartanah.

Ejen hartanah akan bantu anda dari permulaan sampai akhir proses tersebut. Apa yang penting, dapatkan ejen yang berpengalaman yang berdaftar dan mempunyai lesen yang sah sahaja.

Belajar dari sejarah orang lain, jangan sesekali terfikir untuk mencari broker kampung.

Sumber Rujukan:

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah di Myra Senja Melalui Kerjasama Bersama Unity Kitchen

Shah Alam, Jun 22: Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2. Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman
baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” ujarnya. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200. Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa

Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis “pulau” (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

“Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik,” ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun
tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.
Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH. Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook