Kisah Megadeth Dan Metallica

Siapa yang tak ingin berjaya dalam hidup? Siapa yang tak inginkan rumah besar, kereta besar dan bermacam-macam lagi besar?

Dan kesilapan yang paling besar (besar juga?) yang sering kita lakukan, adalah dengan suka membandingkan diri kita dengan orang lain.

Orang lain baru beli kereta baru, kita pun nak beli kereta baru. Orang lain beli handphone baru, kita pun nak beli handphone baru. Orang lain dapat bini baru, kita pun ……..

Jom kita dengar pandangan daripada Ustaz Zul Pandan mengenai isu ini.

MEGADETH&METALLICA

JANGAN SIBUK BANDINGKAN KITA DENGAN ORANG LAIN PASTI KITA KECEWA. AMBILLAH PENGAJARAN DARI KISAH MEGADETH DAN METALLICASokonglah ustazzul.id diustazzul.id/supportAssalamualaikum.Pada tahun 1983 Dave Mustaine ditendang keluar daripada Metallica. Sadisnya kejadian tu berlaku beberapa hari sebelum rakaman album pertama Metallica. Dave bengang lalu menubuhkan satu kumpulan yang bernama Megadeth.Rupanya kemarahan Dave terhadap Metallica menyebabkan Megadeth menjadi band Metal yang hebat. Album mereka terjual sebanyak 25 juta unit. Berjaya menganjurkan konsert seluruh dunia. Dinobatkan pula sebagai antara individu penting dalam dunia muzik heavy metal. Tetapi apabila Dave dapat tahu yang Metallica menjual album mereka sebanyak 180 juta unit sedangkan Megadeth hanya dapat menjual 25 juta unit sahaja, Dave jadi kecewa.Apa sebenarnya masalah Dave ni? Masalah Dave ni, dia suka jadikan Metallica sebagai ukuran kejayaannya. Apabila dia tidak dapat mengatasi Metallica, baginya ia belum mencapai kejayaan. Kalau ikutkan, dia sudah berjaya di mata dunia. Tapi bagi Dave, dia tak berjaya selagi tidak dapat mengalahkan Metallica. Ini menyebabkan ia hidup dalam keadaan suffering. Jadi setting sebegini menyebabkan dia sendiri derita. Inilah perkara yang jangan kita buat. Iaitu membandingkan kejayaan karier, bisnes dan kehidupan kita dengan pencapaian orang lain. Selagi kita buat demikian kita akan merasakan gagal selama-selamanya .Akhirnya di hujung-hujung, Dave mula berfikir apa guna berlawan dengan Metallica. Tidak ada guna pun sebenarnya.Dia mula setting balik fikiran dan perasaannya. Lebih baik ia berkawan dengan Metallica dari menjadikan Metallica sebagai musuhnya.Bila Dave dah mula berfikir begitu. Akhirnya Megadeth boleh sepentas dengan Metallica. Pada masa itu semua pihak untung.Di sini, jadikanlah persaing kita sebagai rakan kita. Ini yang pernah dibuat oleh Steve Job. Ia pernah bergaduh dengan Bill Gates kerana dikatakan Gates meniru perisiannya.Namun akhirnya Job sedar, ia perlu bekerjasama dengan Microsoft untuk mantapkan lagi Apple.Di sini, ada dua tindakan yang perlu kita buat.Pertama: Jangan bandingkan kejayaan kita dengan orang lain. Nanti kita kecewa.Kedua: Tukar pesaing atau musuh kita sebagai rakan kita.Sabda Nabi المُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كالْبُنْيانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًاMukmin sesama mereka seperti satu binaan yang saling melengkapi(Hadis Bukhari)Sebarkan video ini demi membantu rakan-rakan kita lain yang kesedihan kerana suka membuat perbandingan. Semoga mereka diselamatkan. Semoga Allah jadikan anda asbab perubahan.Assalamualaikum.#megadeth #metallica#ustazzulpandan#ustazzulid#maqas#maqasidSertai saya di Telegram https://t.me/ustazul

Ustaz Zul Pandan 发布于 2020年8月12日周三

Ambillah Pengajaran Daripada Kisah Megadeth Dan Metallica

Assalamualaikum.

Pada tahun 1983 Dave Mustaine ditendang keluar daripada Metallica. Sadisnya kejadian tu berlaku beberapa hari sebelum rakaman album pertama Metallica.

Dave bengang lalu menubuhkan satu kumpulan yang bernama Megadeth.

Rupanya kemarahan Dave terhadap Metallica menyebabkan Megadeth menjadi band Metal yang hebat. Album mereka terjual sebanyak 25 juta unit. Berjaya menganjurkan konsert seluruh dunia. Dinobatkan pula sebagai antara individu penting dalam dunia muzik heavy metal.

Tetapi apabila Dave dapat tahu yang Metallica menjual album mereka sebanyak 180 juta unit sedangkan Megadeth hanya dapat menjual 25 juta unit sahaja, Dave jadi kecewa.

Apa sebenarnya masalah Dave ni? Masalah Dave ni, dia suka jadikan Metallica sebagai ukuran kejayaannya. Apabila dia tidak dapat mengatasi Metallica, baginya ia belum mencapai kejayaan.

Kalau ikutkan, dia sudah berjaya di mata dunia. Tapi bagi Dave, dia tak berjaya selagi tidak dapat mengalahkan Metallica. Ini menyebabkan ia hidup dalam keadaan suffering.

Jadi setting sebegini menyebabkan dia sendiri derita.

Inilah perkara yang jangan kita buat. Iaitu membandingkan kejayaan karier, bisnes dan kehidupan kita dengan pencapaian orang lain. Selagi kita buat demikian kita akan merasakan gagal selama-selamanya .

Akhirnya di hujung-hujung, Dave mula berfikir apa guna berlawan dengan Metallica. Tidak ada guna pun sebenarnya.

Dia mula setting balik fikiran dan perasaannya. Lebih baik ia berkawan dengan Metallica dari menjadikan Metallica sebagai musuhnya.

Bila Dave dah mula berfikir begitu. Akhirnya Megadeth boleh sepentas dengan Metallica. Pada masa itu semua pihak untung.

Di sini, jadikanlah persaing kita sebagai rakan kita. Ini yang pernah dibuat oleh Steve Job. Ia pernah bergaduh dengan Bill Gates kerana dikatakan Gates meniru perisiannya.

Namun akhirnya Job sedar, ia perlu bekerjasama dengan Microsoft untuk mantapkan lagi Apple.

Di sini, ada dua tindakan yang perlu kita buat.
Pertama: Jangan bandingkan kejayaan kita dengan orang lain. Nanti kita kecewa.

Kedua: Tukar pesaing atau musuh kita sebagai rakan kita.

Sabda Nabi

المُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كالْبُنْيانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Mukmin sesama mereka seperti satu binaan yang saling melengkapi
(Hadis Bukhari)

Sebarkan video ini demi membantu rakan-rakan kita lain yang kesedihan kerana suka membuat perbandingan. Semoga mereka diselamatkan.

Semoga Allah jadikan anda asbab perubahan.

Kredit: FB Ustaz Zul Pandan

Usaha, Doa Dan Tawakkal

Nak kereta baru kena usaha dulu. Nak rumah baru kena usaha dulu.

Lepas kita dah berusaha, maka kita berdoalah. Doalah yang baik-baik dan mintaklah yang baik-baik.

Selebihnya kita serahkan kepada Allah. Dapat ke tak dapat, itu bukan kerja kita. Allah nak makbulkan doa kita atau tidak, itu terpulang kepada-Nya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

I-Berhad Catat Prestasi Q1 Yang Berdaya Tahan Seiring Momentum Strategi AI-Living Meningkat

KUALA LUMPUR: I-Berhad (IBHD 4251) (“Kumpulan”) memulakan FY2026 dengan asas yang kukuh, mencatatkan pendapatan yang berdaya tahan sambil meneruskan peralihan strategiknya ke arah platform ekosistem bandar bersepadu yang dipacu AI.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“Q1 FY2026”), Kumpulan merekodkan hasil sekitar RM44.0 juta dan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM12.7 juta, mewakili peningkatan berbanding RM12.4 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Keputusan ini mencerminkan bukan sahaja disiplin operasi, tetapi juga perubahan berterusan dalam kualiti pendapatan, disokong oleh pengoptimuman margin, pengukuhan asas pendapatan berulang serta integrasi kecerdasan secara progresif merentasi ekosistemnya.

“Kami melihat perubahan struktur dalam cara hartanah ditakrif dan dinilai. Ia bukan lagi sekadar mengenai ruang fizikal, tetapi bagaimana persekitaran berfungsi sebagai platform untuk perkhidmatan, data dan sistem pintar. Fokus kami di i-City adalah membina ekosistem di mana AI dan robotik disepadukan dalam kehidupan harian, bukan sebagai satu ciri, tetapi sebagai lapisan operasi,” kata Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Daripada Pemaju Hartanah kepada Platform Ekosistem AI

Prestasi I-Berhad menyerlahkan evolusi strategik yang sedang berlaku di i-City, ibu negeri Selangor — daripada bandar digital yang dibina atas kesalinghubungan kepada ekosistem AI hidup di mana kecerdasan disepadukan dalam persekitaran harian.

Transformasi ini berteraskan dua struktur platform:
· AI World Development, yang mengintegrasikan AI World Experience Centre (AIWEC) dan AI Living untuk membawa robotik dan sistem pintar daripada persekitaran dunia sebenar ke dalam kehidupan harian.
· Aset pendapatan berulang, yang menyediakan kestabilan, keterlihatan pendapatan dan asas untuk pengoptimuman modal jangka panjang.

Daripada menjadikan AI sekadar ciri tambahan, Kumpulan meletakkannya sebagai lapisan operasi teras merentasi hartanah, hospitaliti dan perkhidmatan bandar.

Peningkatan Keuntungan Walaupun Hasil Peralihan

Sepanjang suku tersebut, segmen Pembangunan Hartanah Kumpulan memasuki fasa pasca penyiapan susulan penyerahan berjaya BeCentral Residences.

Walaupun hasil menyederhana kepada RM10.5 juta, PBT meningkat 21% kepada RM5.6 juta, didorong oleh pembangunan margin tinggi seperti 8 Premier dan Twenty8, pengoptimuman kos, keuntungan variation order dan inisiatif penambahbaikan margin.

Ini mencerminkan peralihan yang disengajakan daripada pertumbuhan berasaskan volum kepada pendapatan berkualiti tinggi yang meningkatkan margin, dengan baki saluran GDV sekitar RM5 bilion menyediakan keterlihatan jangka panjang.

Kekuatan Pendapatan Berulang Menjadi Asas Kestabilan

Segmen Pelaburan Hartanah terus menyediakan asas pendapatan yang stabil dengan mencatatkan PBT sebanyak RM6.7 juta.

Prestasi disokong oleh kadar penghunian 95% di Mercu Maybank Corporate Tower, penghunian penuh aset pusat data Kumpulan dan prestasi kukuh di Central i-City Mall (~97% kadar penghunian).

Ini mengukuhkan strategi Kumpulan untuk membina portfolio berdaya tahan yang menjana pendapatan dalam ekosistem bersepadu, mengurangkan kebergantungan terhadap kitaran pembangunan sambil meningkatkan kebolehramalan pendapatan.

Skala dan kematangan aset ini juga meletakkan Kumpulan dalam kedudukan untuk membuka nilai dan inisiatif kitar semula modal pada masa depan.

Segmen Leisure Berkembang Menjadi Tapak Ujian AI

Walaupun segmen Leisure & Hospitality mencatatkan PBT lebih rendah disebabkan normalisasi bermusim, ia terus memainkan peranan strategik melebihi sumbangan kewangan.

Aset seperti AI World Experience Centre kini semakin berfungsi sebagai persekitaran dunia sebenar untuk pelaksanaan dan ujian AI serta pemangkin kepada pelancongan dan penglibatan pengunjung sambil menjana data interaksi dan tingkah laku pengguna secara masa nyata.

Ini meletakkan i-City bukan sekadar sebagai destinasi, tetapi sebagai ekosistem hidup di mana aplikasi AI boleh dialami, diperhalusi dan diperluaskan.

AI Living: Membina Fasa Pertumbuhan Seterusnya

Melangkah ke hadapan, Kumpulan mempercepatkan pelaksanaan AI Living, satu konsep yang mentakrif semula hartanah kediaman sebagai sebahagian daripada ekosistem pintar. Berbeza dengan pembangunan konvensional, AI Living direka sebagai persekitaran AI-native dan bukannya kediaman yang diubah suai, serta serasi dengan robotik domestik sebagai penghuni berfungsi.

Ini akan disokong oleh model Robotics-as-a-Service (RaaS) bagi mengurangkan halangan penggunaan. Pendekatan ini selaras dengan trend struktur termasuk populasi menua, kekangan tenaga kerja dan peningkatan peranan automasi dalam kehidupan harian.

Dengan mengintegrasikan seni bina, infrastruktur digital dan perkhidmatan pintar, I-Berhad meletakkan pembangunannya untuk kebolehsuaian jangka panjang dan bukannya keusangan jangka pendek.

Perubahan Struktur dalam Penciptaan Nilai

Apabila pasaran hartanah Malaysia berkembang, nilai kini semakin ditentukan bukan sahaja oleh lokasi, tetapi bagaimana pembangunan berfungsi sebagai ekosistem bersepadu. Strategi I-Berhad mencerminkan perubahan ini di mana hartanah tidak lagi dilihat sebagai aset statik, tetapi sebagai infrastruktur untuk perkhidmatan, data dan sistem pintar.

Strategi I-Berhad di i-City selaras dengan peralihan ini, mengintegrasikan infrastruktur kediaman, komersial, hospitaliti dan digital ke dalam persekitaran yang direka untuk menyokong cara hidup, bekerja dan berinteraksi setiap hari. Dalam konteks ini, inisiatif seperti AI World dan AI Living bukanlah pembangunan terpencil, tetapi komponen utama pendekatan platform yang lebih luas terhadap pembangunan bandar.

Dengan asas pendapatan yang pelbagai, pendapatan berulang yang kukuh dan pelan hala tuju dipacu AI yang jelas, I-Berhad kini meletakkan dirinya melangkaui pembangunan hartanah tradisional ke arah membina persekitaran pintar bersepadu yang direka untuk relevan jangka panjang. Ketika AI dan robotik semakin membentuk cara manusia hidup dan berinteraksi, fokus Kumpulan terhadap pembangunan ekosistem meletakkan i-City di barisan hadapan perubahan struktur ini.

MENGENAI I-BERHAD

I-Berhad (“I-Berhad”) ialah pemaju hartanah tersenarai di Pasaran Utama dan perancang induk i-City di ibu negeri Selangor, Bandar Digital No.1 Malaysia. Sejak penubuhannya, Kumpulan telah mengubah i-City menjadi bandar pintar bersepadu sepenuhnya yang menampilkan komponen kediaman, komersial, leisure dan hospitaliti. Pembangunan utamanya termasuk BeCentral Serviced Residences, DoubleTree by Hilton i-City, dan i-City Finance Avenue yang baru dilancarkan, sebuah hab perniagaan dan kewangan utama dalam ultrapolis bandar tersebut.

Disokong oleh baki nilai pembangunan kasar (“GDV”) sekitar RM5 bilion dan portfolio hartanah pelaburan yang semakin berkembang, I-Berhad kini meneruskan fasa pertumbuhan seterusnya melalui AI World, presint bandar pertama Malaysia yang dipacu AI, serta pelaksanaan Robotics-as-a-Service (“RaaS”) merentasi asas asetnya, sekali gus menekankan komitmennya terhadap inovasi, kemampanan dan penciptaan nilai jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.i-bhd.com/