Robinhood, Syarikat Dari Silicon Valley Yang Telah Menggegarkan Wall Street

Sejak seabad yang lalu, untuk melakukan pembelian di dalam pasaran saham, seseorang itu perlu melalui pihak ketiga untuk melakukan transaksi jual beli. Seseorang memerlukan perkhidmatan remisier atau dealer.

Remisier sangat penting bagi seseorang yang ingin melakukan urusan jual beli saham kerana ia telah menjadi tanggungjawab mereka pada ketika itu. Dan setiap urusan yang melibatkan perkhidmatan remisier akan dikenakan caj tertentu yang telah ditetapkan oleh syarikat broker.

Baca: Dealer vs Remisier

Kalau dulu remisier yang tolong key-in order dan beli serta jual bagi pihak pelanggan, kini semuanya boleh dilakukan sendiri. Nak beli guna smartphone pun boleh, ianya lebih jimat dan mudah.

Baca: Perbezaan Brokerage Fee Kalau Remisier Tolong Buatkan

Kini, era baru telah bermula. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Silicon Valley yang baru sahaja ditubuhkan tidak sampai sedekad, telah menggegarkan Wall Street. Banyak broker yang sebelum ini kebal daripada sebarang persaingan, mula terasa bahangnya.

Ia merupakan sebuah syarikat broker yang bernama Robinhood yang diasaskan oleh dua sahabat karib, Baiju Bhatt yang berasal dari India dan Vladimir Tenev yang berasal dari Belarus.

Syarikat ini telah membuat sesuatu yang luar biasa terhadap pasaran saham di Wall Street dengan memperkenalkan commission-free trading yang belum pernah terfikir oleh sesiapa sebelum ini.

Perkara ini menyebabkan Robinhood menjadi popular dalam sekelip mata sahaja.

Syarikat ini yang fokus kepada golongan millennial sebagai pelanggan mereka untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dalam tempoh yang singkat, Robinhood berjaya menarik orang ramai untuk guna platform mereka bagi melakukan trading di Wall Street.

Dalam tempoh enam tahun sahaja, syarikat ini berjaya memiliki sebanyak 10 juta pengguna sedangkan syarikat broker lain yang telah lama wujud di pasaran, memerlukan tempoh yang agak lama untuk memiliki pelanggan  dengan jumlah tersebut.

Selain itu juga, platform Robinhood ini sangat user-friendly berbanding dengan platform yang lain disebabkan mereka fokus kepada pelanggan mereka bagi memudahkan urusan melakukan trading menggunakan telefon pintar.

Broker-broker besar yang lain terpaksa mengikuti jejak langkah Robinhood bagi mengelakkan syarikat mereka kehilangan pelanggan. Kebanyakan daripada mereka telah mengikuti jejak langkah Robinhood dengan memperkenalkan commission-free trading sejak tahun lepas lagi.

This image has an empty alt attribute; its file name is Robinhood-Syarikat-Dari-Silicon-Valley-Yang-Telah-Menggegarkan-Wall-Street2.jpg

Kini dengan pandemik melanda dunia pada awal tahun ini, bilangan pengguna platform Robinhood telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 3 juta pengguna baru yang kebanyakanya terdiri daripada golongan millennial yang baru menceburi dunia pasaran saham.

Ini telah menyebabkan pelabur runcit semakin bertambah dan kebanyakanya pelabur beginner dan sebahagianya sekadar mengisi masa lapang di dalam pasaran saham.

Kontroversi berlaku ke atas pengguna platform Robinhood, di mana salah seorang penggunanya telah membunuh diri akibat tidak memahami dengan betul menggunakan platform tersebut. Beliau dipercayai telah kehilangan wang sebanyak $700,000, namun ianya bukan seperti yang dilaporkan.

Dengan kebanjiran pelabur beginner yang menggunakan platfom ini, ianya telah memberi impak kepada harga saham di sesetengah kaunter di Wall Street.

This image has an empty alt attribute; its file name is Robinhood-Syarikat-Dari-Silicon-Valley-Yang-Telah-Menggegarkan-Wall-Street5-700x393.jpg

Sebagai contoh, pengguna platform Robinhood telah melakukan pertaruhan yang besar terhadap syarikat Hertz yang sedang dilanda krisis. Ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda yang menyaksikan orang ramai kurang menggunakan perkhidmatan kereta sewa mereka. Ramai pengguna Robinhood telah memegang saham mereka, walaupun syarikat tersebut menuju ke arah muflis.

Dengan sambutan yang luar biasa terhadap platform commission-free trading, negara kita juga dijangkan akan menuju ke arah ini dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Walaupun kini kadar komisen sudah terlalu rendah, commission-free trading ini pasti akan berlaku suatu hari jua di negara kita.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian