Apple Menjadi Syarikat Teknologi Pertama Yang Bernilai $2 Trilion

Selepas kematian Steve Jobs, ramai penganalisis pasaran percaya bahawa Apple akan turut terkubur kerana hilangnya inovasi daripada beliau. Mereka percaya hanya Steve Jobs sahaja yang mampu mengemudi Apple ke puncak kejayaan.

Kepercayaan mereka ini ada asasnya kerana Steve Jobs telah membawa Apple yang di ambang muflis pada tahun 1997, sehingga menjadi sebuah syarikat gergasi yang mana bernilai $400 bilion ketika beliau meninggal dunia.

Kini sangkaan tersebut meleset kerana di bawah era kepimpinan Tim Cook, Apple telah berjaya menjadi syarikat pertama di dunia yang bernilai $1 trilion.

Kini satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pemengang saham Apple, apabila syarikat ini sekali lagi berjaya memecah rekod dan mencapai market value sebanyak $2 trilion pada tarikh 19 Ogos 2020 yang lalu.

Jika Steve Jobs yang terkenal dengan membawa inovasi kepada sarikat apple, Tim Cook pula terkenal dengan menggunakan keadah outsource dan mempunyai hubungan yang akrab dengan para supplier mereka.

Tim Cook juga seorang yang terbuka berbanding dengan Steve Jobs yang kurang digemari oleh kebanyakan pekerja kerana ketegasannya. Tim Cook lebih memahami keadaan pekerja mereka dan tidak terlalu berahsia di dalam penghasilan produk Apple.

Selain itu juga, Tim Cook lebih mendengar kehendak pelanggan mereka berbanding Steve Jobs. Ketika era Steve Jobs, Apple hanya menghasilkan satu jenis iPhone sahaja.

Bagi Steve Jobs, beliau memegang falsafah kita perlu tunjuk produk kepada pelanggan berbanding dengan pelanggan yang membuat keputusan. Ini kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu.

Oleh sebab itu, kita melihat pada era Tim Cook, produk Apple mula didatangkan dengan pelbagai saiz dan harga. Selain itu juga, Tim Cook turut mempenalkan iPad Pro yang didatangkan bersama stylus dan juga keyboard cover yang mendapat permintaan tinggi di dalam pasaran.

Jika Steve Jobs masih hidup, penganalisis percaya benda seperti ini sukar mendapat tempat di dalam produk keluaran Apple.

Kehebatan Tim Cook dalam menguruskan Apple telah berjaya menarik minat pelabur lagenda terkenal dunia iaitu Warren Buffett, untuk memiliki sebahagian saham syarikat.

Seperti kita tahu, Warren Buffett terkenal dengan prinsip tidak akan melabur ke dalam syarikat yang berasaskan teknologi. Tetapi dengan pengurusan yang Tim Cook ini, Warren Buffett membuat pengecualian di dalam pembelian syarikat yang berteraskan teknologi.

Tindakan yang dilakukan oleh Warren Buffett itu ternyata tepat kerana syarikat Berkshire Hathaway mendapat pulangan sebanyak $87 bilion daripada pelaburan tersebut.

Apa yang menarik mengenai Apple, ketika kebanyakan syarikat lain mengalami kejatuhan dan ada di antara mereka yang telah bankrap kerana kesan pandemik, sebaliknya yang berlaku kepada Apple. Syarikat ini masih berjaya menyakinkan para pelabur mereka supaya tidak panik, kerana ianya masih di dalam kawalan mereka.

Tidak seperti syarikat teknologi lain seperti Netflix, Microsoft, Facebook atau Google; Apple masih lagi bergantung kepada hardware daripada syarikat lain untuk beroperasi, Namun, mereka masih lagi mampu untuk berdiri sama tinggi dengan syarikat teknologi yang lain.

Ketika musim pandemik ini, syarikat ini berjaya mendapat revenue hampir  $60 bilion walaupun berdepan dengan keadaan yang tidak menentu. Selain itu juga, Apple turut membuat pengumuman untuk melakukan share split 1 kepada 4 yang telah menarik ramai pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut.

Dengan mencapai nilai $2 trilion, Apple telah menjadi syarikat pertama di dalam industri teknologi yang mencecah nilai tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.