Hanya 1 Daripada 3 Bumiputera Teroka Pasaran Hartanah Lelong

Cakap-cakap orang kita bila masuk bab rumah yang kena lelong, mereka akan mengatakan puncanya adalah gara – gara institusi perbankan yang begitu mudah memberikan pinjaman hartanah.

Kenyataan ini mungkin ada betulnya jika kita lihat data dan statistik yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia pada tahun 2017 yang lalu.

“Hanya 23.1% permohonan pinjaman hartanah ditolak pada tahun 2017.”

Ini bermakna, daripada 100 orang pemohon pinjaman hartanah, hanya 23 orang yang gagal mendapat pinjaman dan selebihnya berjaya.

Lain pula dengan statistik AKPK yang dikeluarkan pada tahun 2019 yang lalu menunjukkan pinjaman perumahan adalah faktor ketiga tertinggi kes kebankrapan di Malaysia yang melibatkan 13,400 orang dari tahun 2014 – 2018.

Kita sedia maklum, adalah tidak mudah untuk bank mengisytiharkan seorang peminjam hartanah muflis dan melelong hartanah mereka. Perkara ini memerlukan proses yang memakan masa berbulan – bulan lamanya.

Tetapi, semua orang bersetuju yang punca hartanah di lelong adalah kerana peminjam, gagal membayar ansuran pinjaman hartanah dari institusi perbankan.

Mungkin kerana kecundang dalam pelaburan hartanah, dibuang kerja atau ditimpa kecelakaan. Kita tidak tahu.

Buat pengetahuan pembaca, terdapat tiga jenis lelongan yang berlaku melibatkan hartanah di Malaysia.

Kredit Gambar: Berita Harian

Yang pertama, lelongan hartanah LACA, kedua lelongan Pejabat Tanah dan yang terakhir lelongan Mahkamah Tinggi.

  • Lelongan LACA – Unit hartanah tiada geran hakmilik dan biasanya dilelong oleh institusi perbankan.
  • Lelongan Pejabat Tanah – Lelongan berlaku hanya di Pejabat Tanah untuk hartanah yang dikeluarkan hakmilik oleh Pejabat Tanah.
  • Lelongan Mahkamah Tinggi – Unit hartanah yang didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Negeri dan hanya dilakukan di Mahkamah Tinggi.

Untuk lelongan LACA, anda boleh melawat website institusi perbankan atau website pelelong yang dilantik institusi perbankan.

Lelongan Pejabat Tanah dan Mahkamah Tinggi perlu diperoleh melalui surat khabar harian.

‌Hanya 1 Daripada 3 Bumiputera Teroka Pasaran Lelong

Majoriti besar golongan Bumiputera tidak teroka pasaran lelong adalah kerana tidak tahu prosedur dalam pasaran lelong.

Setiap pasaran samada undercon, subsales dan lelong mempunyai sepak terajangnya tersendiri.

Baca : Step by Step Nak Beli Rumah Lelong

Rata – rata tidak tahu proses bermula mencari ejen hartanah lelong, membida hartanah, proses dokumentasi dan juga proses selepas menang lelong.

Ini diburukkan lagi dengan stigma awam yang rumah lelong adalah rumah busuk, rumah lama dan tidak sesuai diduduki.

Realitinya, ada banyak unit hartanah lelong yang berada dalam keadaan baik dengan fasiliti berkualiti tinggi dan terletak di kawasan matang.

Pantang 7 keturunan orang Malaysia sekiranya dikatakan tidak berduit. Realitinya, ramai orang kita yang kurang kuasa modal dalam pembelian aset.

Baca : Berapa Downpayment Untuk Rumah Subsale, Lelong dan Undercons?

Tiga daripada empat individu di Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang – kurangnya RM1,000.

Data dan statistik yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia pada tahun 2019 menunjukkan

“ Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan hidup lebih enam bulan pada waktu kecemasan atau tempoh susah manakala 18% lagi boleh hidup lebih tiga bulan.”

Majoriti rakyat Malaysia akan menyalahkan tangga gaji yang tidak meningkat seiring dengan kadar inflasi dan kadar kenaikan harga barang komoditi.

Sedangkan hakikat sebenarnya kita semua tahu bahawa disiplin kewangan kita lah yang menjadi faktor utama.

Pasaran lelong merupakan lubuk pelaburan hartanah yang sebenar dengan syarat anda menjalankan kajian selidik yang mendalam akan kawasan hartanah, kelebihan dan kekurangan hartanah, pasaran semasa, pasaran mendatang dan strategi pelaburan yang sesuai.

Ramai yang tidak kenal potensi sebenar dalam pasaran lelong lebih – lebih lagi sebagai instrumen pelaburan hartanah bagi mendapatkan capital gain yang tebal.

Kredit Gambar: Booking.com

Semenjak tahun 2017 lagi penjualan hartanah di bawah harga pasaran (BMV) telah menjadi norma baharu dalam industri hartanah.

Baca : Rumah Lelong: Merugikan atau Menguntungkan? Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Untuk mendapatkan hartanah yang dijual 10% – 20% di bawah harga pasaran adalah tidak sukar pada hari ini.

Dengan strategi dan ilmu hartanah yang betul, anda mampu mengenal pasti potensi dalam pasaran lelong.

Unit kediaman hartanah Bumiputera banyak yang dijual oleh pemaju dan masih tidak dibeli oleh mana – mana Bumiputera.

Info terkini dari ejen hartanah lelong dari Puchong (identiti dirahsiakan) juga menunjukkan terlalu banyak projek hartanah high rise yang dibina di atas tanah rizab Melayu yang telah dilelong tetapi masih belum dibeli.

Tidak dinafikan, ada yang berstatus ‘rumah busuk’. Sebaliknya, ada juga unit yang fully furnished dan hanya menunggu masa untuk didiami.

Kesimpulannya, pasaran lelong bukanlah pasaran yang menakutkan dan kotor.

Sekiranya anda tahu potensi pasaran lelong, maka secara automatik anda memiliki lebih banyak pilihan untuk memiliki rumah dan tidak hanya terbatas kepada pasaran undercon yang harganya sudah lama tidak masuk akal.

Sumber Rujukan :

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.