The Ting Hai Effect, Fenomena Luar Biasa Yang Menggemparkan Pasaran Saham Hong Kong

Terdapat satu peribahasa dalam etnik Zhuang di China yang berbunyi seperti ini ‘八月雷公唤,五谷掉一半。(Bet nyied duzbyaj hemq, haeux gwn saet it buenq)’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud lebih kurang seperti ‘Guruh pada bulan Ogos, akan mengurangkan hasil tuaian di penghujung tahun’.

Kami akan berkongsi satu fenomena unik yang berlaku dalam pasaran saham Hong Kong, iaitu fenomena Ting Hai Effect. Ianya juga dikenali sebagai The Adam Cheng effect.

Fenomena ini telah memberi impak yang sukar dijelaskan kerana mampu menyebabkan kejatuhan mendadak pasaran saham setiap kali filem atau siri televisyen yang dibintangi oleh pelakon Hong Kong tersohor, Adam Cheng dilancarkan.

Fenomena yang luar biasa ini masih menjadi topik perbuatan yang popular di kalangan broker saham, walaupun impak Ting Hai effect bermula pada tahun 1992 selepas drama televisyen The Greed of Man disiarkan di Hong Kong.

Siri televisyen The Greed of Man pada awalnya ditayangkan di saluran TVB Hong Kong. Jalan cerita drama ini berlatarbelakangkan pasaran saham Hong Kong.

Watak utama dalam drama siri ini menampilkan plot perjalanan hidup yang sangat dramatik, dengan tujuan mengaut kekayaan yang tidak terhingga melalui perdagangan saham.

Ting Hai (watak utama yang dilakonkan oleh Adam Cheng) watak antagonis mengaut kekayaan yang tidak terhingga bersama empat orang anaknya dengan membuat short selling terhadap pasaran saham ketika Bear Market sedang berlaku.

Dalam drama tersebut, orang ramai yang terlibat dengan dunia saham telah merana dan muflis akibat pasaran saham yang mengalami fasa penurunan. Namun bukan bagi keluarga Ting Hai, mereka meneruskan kekayaan demi kekayaan dalam dunia saham.

Sehinggalah muncul watak protagonis Fong Chin-bok (Sean Lau).

Apabila Ting Hai mati, empayar kekayaan keluarga beliau musnah kerana gagal diteruskan oleh empat orang anaknya.

Kredit Gambar: SCMP

Pada mulanya, The Ting Hai effect berlaku setiap kali The Greed of Man atau sekuelnya ditayangkan oleh stesen TV Hong-Kong. Kita dapat perhatikan bahawa fenomena tersebut juga berterusan setiap kali filem baru atau siri televisyen yang dibintangi oleh Adam Cheng dilancarkan.

Namun begitu, terdapat juga fenomena The Ting Hai effect tidak berlaku. Pada bulan April 2006, terdapat kenaikan mendadak dalam indeks Hang Seng sebanyak 258 mata.

Indeks Hang Seng juga meningkat sepanjang kitaran tayangan siri berikut iaitu Chor Lau-heung (1995), The Driving Power (2003), dan The Conqueror’s Story (2004).

The Ting Hai effect merupakan satu-satunya fenomena luar biasa berkaitan filem yang menggemparkan dunia saham seluruh dunia, maka Adam Cheng telah menjadi perhatian dan tumpuan media.

Adam Cheng juga pernah menyuarakan rasa sedih dan tidak percaya beliau, kerana disifatkan sebagai punca kepada fenomena luar biasa ini. Ada juga pihak yang mengatakan The Ting Hai effect hanyalah kebetulan semata-mata.

Antara yang lantang menyuarakan pendapat tersebut adalah Bank Perancis Crédit Lyonnais, yang telah menulis laporan mengenai fenomena tersebut sebagai tidak munasabah.

Sedikit fakta menarik, tahukah anda kaitan luar biasa Adam Cheng dengan pasaran saham Hong Kong bukanlah berlaku pertama kali selepas drama bersiri The Greed of Man disiarkan?

Pada tahun 1973, ketika beliau membintangi drama bersiri yang diadaptasikan melalui novel karya Chiung Yao, Romance In The Rain telah menyaksikan pasaran saham Hong Kong kucar-kacir apabila jatuh dengan dahsyat sekali.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.