Jangan Pandang Rendah Dengan Hartanah Di Seremban

Mula wujud seawal kurun ke-14 dan dikenali sebagai Sungai Ujong, Seremban juga dikenali sebagai Somban dan Soghomban terletak 60 kilometer dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Setakat Julai 2020, jumlah keseluruhan penduduk Seremban menerusi program Banci 2020 mencatatkan terdapat sekurang-kurangnya 1.16 juta orang yang menetap di sini.

Semenjak tahun 1870-an, Seremban memainkan peranan yang besar sebagai salah sebuah destinasi pertanian, perlombongan dan ekonomi masyarakat Melayu, Cina dan Arab.

Baca : 5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia

Dan pada Januari 2020, Seremban mencatatkan rekod sebagai sebuah bandaraya iaitu Majlis Bandaraya Seremban dengan penggabungan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai.

Bercakap soal harga rumah di Seremban pula, harga purata rumah teres setingkat di Seremban adalah RM250,000 pada tahun 2020.

Teres dua tingkat pula RM400,00, Semi-D setingkat RM500,000 dan Semi-D dua tingkat adalah RM600,000.

Baca : 7 Township Pilihan Ramai Di Lembah Klang

Seremban hari ini merupakan bandar yang pesat membangun dengan perkembangan pembangunan sektor perindustrian, perumahan, pengangkutan dan pelancongan.

Berbalik kepada topik artikel ini, sebenarnya terdapat beberapa sebab kenapa kita tidak boleh pandang sebelah mata terhadap hartanah di Seremban.

Disebabkan penawaran bank tanah yang terhad dan mahal di bandaraya Kuala Lumpur, banyak pemaju hartanah mengambil langkah proaktif dengan membina projek hartanah baharu di sekitar Seremban.

Baca : Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021

Dan jika anda sedang berkira-kira untuk membeli hartanah di Seremban, artikel review kawasan ini memang untuk anda!

Jom kita tengok kenapa kita tak boleh pandang rendah kepada hartanah di Seremban.

1. Lokasi

Kredit: Majlis Bandaraya Seremban

Seremban merupakan sebahagian daripada kawasan Greater Kuala Lumpur dan bersempadan dengan Selangor di bahagian utara, Pahang di bahagian Timur dan Melaka di bahagian selatan.

Seremban merupakan salah satu bandar paling matang di Malaysia dan lengkap dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan asas untuk kehidupan seharian anda.

Baca : 4 Sebab Kita Perlu Elak Beli Rumah Di ‘Negative Listing Area’?

Untuk rekod, Seremban mempunyai beberapa tarikan pelancong dan keluarga di hujung minggu seperti Dataran Seremban, Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Ladang Burung Unta, Muzium Negeri, Tasik Seremban dan Taman Budaya.

Untuk keluar dari Seremban, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat akses mudah menerusi lebuhraya PLUS dan LEKAS.

2. Pembangunan Berintegrasi

Bermula dari tahun 2004 lagi, Seremban telah menjadi pilihan utama pemaju hartanah bereputasi tinggi seperti IJM Land, Matrix Concepts dan Sime Darby Properties yang giat membina projek hartanah kediaman.

Hampir kesemua projek hartanah terletak berdekatan dengan lebuhraya utama di samping terletak berdekatan dengan sekolah, universiti dan pusat beli belah.

Di antara kolej dan universiti yang ada di Seremban adalah Open University Malaysia, UiTM Kampus Seremban, MSU College dan IMU Clinical School.

AEON Mall Seremban 2, Palm Mall, Terminal Shopping Centre, Seremban Gateway dan Centrepoint Seremban merupakan pusat beli belah yang wujud.

3. Harga Rumah Masih Mampu Milik

Kredit Gambar: Travel Triangle

Jujurnya, harga median rumah teres setingkat dan teres dua tingkat di Seremban yang dijual pada harga RM250,000 dan RM400,000 masih lagi mampu milik untuk golongan M40.

Seremban juga menawarkan lebih banyak hartanah baharu jenis landed berbanding high-rise yang terdapat di Lembah Klang.

Baca : Boleh Ke Dapat Cashflow & Capital Gain Serentak Dalam Hartanah?

Seremban mempunyai kadar peningkatan harga rumah tahunan yang paling positif serendah 50% – 108% untuk hartanah jenis landed dalam masa 20 tahun.

4. Infrastruktur & Jaringan Pengangkutan

Daripada segi infrastruktur dan jaringan pengangkutan, warga Seremban boleh berbangga kerana wujudnya akses mudah ke Kajang menerusi LEKAS, utara dan selatan tanah air menerusi PLUS dan KLIA melalui ELITE.

Selain itu, KTM kekal sebagai medium pengangkutan awam utama yang menghubungkan bandaraya Seremban sehingga KL Sentral setiap hari.

20 tahun dahulu, Nilai dan Seremban terasa begitu jauh dari Kuala Lumpur.

Hari ini, kedua-duanya termasuk dalam jajaran Greater Kuala Lumpur dan bakal memperlihatkan pembangunan sosial, ekonomi, pengangkutan dan perumahan yang lebih berdaya saing.

Seremban mungkin berada di ‘dunia’ yang berbeza dengan Kuala Lumpur, tetapi Seremban sebenarnya mampu menawarkan kehidupan berkomuniti yang tidak kurang hebat dengan Lembah Klang.

Lambat laun, orang ramai akan mula sedar dengan RM500,000 di Kuala Lumpur kita hanya dapat kondominium 3 bilik, tetapi di Seremban kita mampu memiliki teres dua tingkat superlink dengan sistem sekuriti gated and guarded.

Sumber Rujukan :

This image has an empty alt attribute; its file name is beli-rumah-tanpa-modal-27-jan-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu lepas? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 14 Februari 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman