Sejarah Mee Segera Yang Ramai Orang Tak Tahu

Sebut saja Maggi, pastinya ramai rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur akan mengenali makanan tersebut. Walaupun mee segera jenama lain yang dibeli, kita akan tetap memanggilnya Maggi.

Dominasi pasaran produk Maggi keluaran Nestlé ini benar-benar menjadikan produk makanan tersebut sebagai produk yang berjaya memikat hati rakyat Malaysia. Lagi-lagi bila masuk hujung bulan, Maggi adalah makanan yang penting untuk mengisi perut apabila keadaan terdesak.

Dengan kejayaan Maggi ini, maka banyak syarikat makanan yang turut membangunkan makanan mee segera bagi memenuhi permintaan pasaran yang terbentang luas. Walaupun ramai yang kenal dan makan mee segera ini secara rutin, tapi pasti tak ramai yang tahu tentang asal usul mee segera dan bagaimana ia boleh tercipta.

Bagaimana Mee Segera Terhasil?

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Mee-Segera-Yang-Ramai-Orang-Tak-Tahu2.jpg
Kredit Gambar: The Dieline

Mee segera pertama dicipta oleh rakyat Jepun yang dilahirkan di Taiwan yang bernama Momofuku Ando. Ia telah dicipta selepas tamatnya Perang Dunia Kedua apabila pihak Jepun mengaku kalah dalam peperangan  tersebut disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Selepas kekalahan tersebut, Jepun mengalami masalah ekonomi yang sangat teruk. Jepun pada ketika itu hanya bergantung kepada bantuan ekonomi dari Amerika Syarikat untuk meneruskan kehidupan. Makanan terpaksa dicatu dan industri pertanian di negara tersebut sangat teruk.

Amerika Syarikat turut memberi bantuan makanan kepada Jepun. Di antara bekalan makanan yang popular pada ketika itu adalah gandum. Ia merupakan komoditi yang dikawal oleh tentera Amerika Syarikat.

Pada ketika itu, rakyat Jepun yang terpaksa memakan makanan yang diperbuat daripada gandum dan roti merupakan makanan utama bagi penduduk Jepun pada masa itu.

Momofuku Ando melihat perkara itu adalah bertentangan dengan budaya Jepun yang lebih gemar kepada mee berbanding dengan roti. Pada waktu tersebut, beliau turut merasakan budaya Jepun akan terhakis sekiranya roti semakin berleluasa di Jepun.

Beliau kemudiannya memikirkan satu kaedah untuk menyakinkan orang ramai bahawa mee adalah makanan terbaik berbanding dengan roti. Beliau kemudiannya melakukan beberapa uji kaji bagi menghasilkan mee untuk rakyat Jepun.

Akhirnya pada tahun 1958, Momofuku Ando berjaya menemui kaedah untuk menghasikan mee segera dengan mengeringkan mee tersebut. Beliau melakukannya dengan menggoreng mee di dalam minyak panas bagi menghilangkan wap air yang berada di dalam gandum.

Pada tahun tersebut jugalah, beliau telah berjaya menjual mee segera pertamanya di bawah Syarikat Nissin dan menjadi fenomena di Jepun pada ketika itu.

Kredit Gambar: SCMP

Masyarakat Jepun begitu meminati mee segera yang dikeluarkan oleh syarikatnya kerana cara menyediakan mee segera tersebut sangatlah mudah. Hanya rendam beberapa minit di dalam air panas, hidangan tersebut berjaya siap dan sedia untuk dimakan.

Perkembangan Mee Segera Di Serata Dunia

Kredit Gambar: SCMP

Sambutan yang diterima terhadap mee segera pada era 1960-an sungguh luar biasa. Jualan mee segera yang dikeluarkan oleh Nissin berjaya  menarik perhatian orang ramai.

Pada era 1970-an, syarikat ini sekali lagi membuat pembaharuan dengan mencipta mee segera di dalam cawan plastik. Mee segera cawan menjadi kegilaan ramai kerana ianya lebih senang untuk disediakan.

Ketika zaman ini juga, Nissin telah mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara dan Amerika Syarikat merupakan destinasi utama.

Dengan memperkenalkan mee segera di sana, rakyat Amerika Syarikat mula menerima makanan tersebut sebagai salah satu menu kegemaran dalam kehidupan seharian.

Banyak Syarikat Mula Mengeluarkan Mee Segera

Melihat kejayaan yang dibawa oleh Nissin, banyak syarikat makanan dunia telah menghasilkan mee segera mereka sendiriuntuk bersaing di dalam pasaran. Kini, mee segera menjadi pilihan orang ramai yang sibuk bekerja untuk mengisi perut mereka.

Kredit Gambar: Instant Noodles

Industri mee segera dijangka mencecah USD32 bilion pada tahun 2027 dan China merupakan negara yang paling ramai mempunyai penggemar mee segera. Malaysia juga tidak ketinggalan menjadi antara negara paling ramai penggemar mee segera.

Momofuku Ando yang merupakan bapa mee segera meninggal dunia pada tahun 2007 ketika usianya mencecah 96 tahun. Makanan ciptaannya kini dimakan hampir 100 bilion mangkuk setiap tahun dan menjadi salah satu makanan yang penting kepada ramai orang.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ATLAS Vending Lancar ‘Nutri-Aid’ Sebagai Penyelesaian Berasaskan Teknologi Untuk Menangani Ketidaksamaan Pemakanan di Sekolah Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Susu Sedunia, ATLAS Vending, cabang mesin layan diri milik Etika Sdn Bhd, hari ini melancarkan ATLAS Nutri Aid di Kilang Susu Goodday di Petaling Jaya. Dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menangani ketidaksamaan pemakanan dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

ATLAS Nutri Aid memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyediakan akses harian yang konsisten kepada susu berkualiti tinggi secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Bagi ramai kanak-kanak dalam komuniti B40 di Malaysia, akses kepada pemakanan harian masih merupakan cabaran yang senyap tetapi kritikal. Inisiatif ini memastikan nutrisi tenusu asas bukan sahaja tersedia, malah boleh diakses secara berterusan di persekitaran sekolah dan komuniti.

Pelancaran rasmi ini menyusuli kejayaan program perintis di beberapa sekolah terpilih yang mencatatkan penglibatan pelajar yang tinggi serta peningkatan konsistensi transaksi. Susulan keputusan positif tersebut, program ini akan diperluaskan melalui pemasangan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Inisiatif ini turut disokong oleh YRMS yang memainkan peranan penting dalam pembiayaan, penyelarasan komuniti dan mengenal pasti penerima yang layak, bagi memastikan program ini sampai kepada kanak-kanak yang paling memerlukan.

ATLAS Nutri Aid berteraskan komitmen untuk menangani cabaran kesihatan kompleks yang dihadapi belia Malaysia, khususnya isu “kelaparan tersembunyi” (hidden hunger) dan krisis terbantut (stunting) yang semakin membimbangkan. Tidak seperti negara jiran yang menunjukkan kemajuan sejak tahun 2000, kadar stunting kanak-kanak di Malaysia terus meningkat dan mencapai 24% pada tahun 2024, mengatasi Indonesia (23%), Kemboja (22%), Vietnam (19%), Thailand (12%) dan Singapura (3%). Ini menunjukkan satu kebimbangan kesihatan awam yang serius, ditambah pula dengan dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian yang disyorkan bagi Kalsium dan Vitamin D.

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai keluarga B40 menghadapi cabaran besar untuk menyediakan makanan seimbang, dengan kadar kelaparan kanak-kanak dilaporkan mencecah 58.4% di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah. ATLAS Nutri Aid menangani isu ini dengan membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma melalui mesin layan diri. Produk susu di bawah portfolio Etika ini diformulasikan khusus untuk meningkatkan tenaga, menyokong kesihatan tulang dan memperbaiki fungsi kognitif menerusi gabungan 10 nutrien penting yang membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Bagi ramai keluarga, menyediakan pemakanan harian bukanlah sesuatu yang sentiasa terjamin dan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tumbesaran kanak-kanak,” kata Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika & International Exports. “Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan teknologi dan tujuan, kami dapat menyampaikan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak. Ini juga akan membantu meningkatkan kehadiran ke sekolah supaya generasi masa depan kita tidak terlepas peluang pembelajaran.”

Memperluaskan kerangka Hygiene Aid, ATLAS Nutri Aid menggunakan mesin layan diri pintar proprietari dan sistem kad “tap-and-go” yang lancar untuk memberikan akses pemakanan harian secara telus dan bersasar kepada pelajar. Dengan menyelaraskan kad dengan kalendar sekolah, sistem ini memastikan pengagihan yang konsisten pada hari persekolahan sambil mengelakkan penyalahgunaan dan ketirisan. Mekanisme berasaskan data ini membolehkan ATLAS Vending memantau impak program dengan berkesan, sambil memberikan pengalaman yang bermaruah dan berdikari kepada kanak-kanak.

Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) berkata, “Misi YRMS sentiasa tertumpu kepada membangunkan potensi belia. Pemakanan yang baik adalah asas kepada keupayaan kanak-kanak untuk belajar, memberi tumpuan dan berjaya di sekolah. Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, tetapi menghapuskan halangan penting kepada pendidikan dan memberikan tenaga serta peluang yang sewajarnya untuk mereka mencapai impian.”

Inisiatif ATLAS Nutri Aid mencerminkan komitmen jangka panjang untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas dan perkembangan fizikal generasi akan datang. Dengan menyediakan sumber nutrisi yang boleh dipercayai, program ini membantu merapatkan jurang penting dalam kesihatan kanak-kanak sambil menyokong keluarga kurang mendapat perhatian yang berdepan tekanan ekonomi.

Pada terasnya, ATLAS Nutri Aid dibina atas satu kepercayaan mudah: setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar, belajar dan berkembang maju, bermula dengan pemakanan yang baik.