5 Tentangan Konsep Harry Gordon, “Customer Isn’t Always Right”

“Customer tidak semestinya betul atau customer is always right?”

Mungkin ramai yang tahu bahawa Harry Gordon Selfridge telah mengasaskan konsep ‘Customer Always Right’ pada tahun 1909. Pada mulanya ia diterima ramai.

Namun zaman berganti zaman, konsep ini telah mula menerima tentangan ramai dalam kalangan para peniaga.

Jom kita lihat 5 tentangan terhadap konsep Harry Gordon ini dan kenapa ianya tidak boleh digunapakai lagi.

1. Pelanggan Tidak Beretika

Pelanggan yang tidak beretika adalah pelanggan yang membuat kesalahan dalam tindakan jual beli atau mengganggu para peniaga. Gangguan yang dimaksudnya adalah daripada segi mengganggu polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Pelanggan seperti ini sememangnya bersalah dan perlu diketepikan oleh perniagaan kita. Apa yang penting, perniagaan akan menjadi lebih baik tanpa pelanggan kasar dan menyinggung perasaan para pekerja.

2. Martabat Pekerja Diutamakan

Ramai yang berpendapat bahawa lebih banyak pelanggan adalah sesuatu perkara yang lebih baik. Tetapi perlu diingatkan juga kerana ada sesetengah pelanggan yang tidak bagus untuk perniagaan kita.

Sebagai contoh, ada beberapa syarikat perniagaan di luar negara yang mengambil tindakan tegas sekiranya pekerjanya dilayan dengan kasar oleh pelanggan.

Sebagai pemilik perniagaan, kita juga haruslah memandang serius martabat pekerja dan bukannya sekadar mengira untung dan rugi semata-mata.

3. Konflik Pelanggan Dan Pekerja

Konsep ‘customer is always right’ pasti akan menimbulkan konflik di kalangan pelanggan dan pekerja kerana perasaan pekerja sangat penting dan ketika pelanggan membeli, ia tidak bermaksud mereka berhak untuk mengutuk pekerja.

Apa yang penting, kita haruslah mempercayai pekerja daripada pelanggan yang kadang-kadang mempunyai emosi yang berlebihan.

4. Jauhi Pelanggan Yang Biadab

Penggunaan slogan pelanggan selalunya betul juga membolehkan pelanggan meminta apa sahaja yang mereka mahukan dan membuatkan mereka sedikit biadab.

Sememangnya diakui bahawa amat sukar untuk memenuhi sesuatu permintaan yang tak masuk akal.

Jadi, lebih baik jika kita hanya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang beradab dan berbudi bahasa saja.

5 Menjejaskan Perkhidmatan Pelanggan

Sekiranya kita meletakkan pekerja sebagai keutamaan, pastinya pekerja pula akan meletakkan pelanggan tersebut sebagai keutamaan mereka.

Pekerja akan berasa senang dan seronok bekerja apabila mereka dijaga dengan baik.

Sekiranya ‘customer is always right’ diterapkan, seolah-olah pekerja terpaksa melakukan kerja dengan acuh tak acuh saja dan ianya dapat menjejaskan perkhidmatan pelanggan.

Kesimpulannya, walaupun pelanggan amat penting dalam sesebuah perniagaan, itu tidak bererti mereka boleh melakukan apa saja.

Sebaliknya bagi pelanggan yang baik, kita kena sayang ketat-ketat.

Sumber Rujukan: Facebook

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.