6 Sebab Golongan Lelaki Mati Lebih Awal Berbanding Wanita

Ramai yang tak percaya dan seakan-akan tidak dapat menerima perkara ini. Mengikut fakta, wanita dikatakan hidup lebih lama berbanding lelaki.

Mengikut statistik terkini di Malaysia, golongan lelaki dijangka akan hidup sehingga umur 74 tahun, manakala wanita pula dijangka hidup sehingga umur 79 tahun.

Pernahkah anda terfikir, kenapa jangka hayat wanita lebih lama berbanding dengan kaum lelaki? Pasti ada sebabnya.

1. Sakit Jantung Pada Usia Muda

50% lelaki lebih cenderung daripada wanita mati disebabkan sakit jantung. Fakta mengatakan bahawa penyebabnya adalah kerana lelaki mempunyai kadar estrogen yang lebih rendah daripada wanita.

Tetapi ia juga boleh terjadi disebabkan tekanan darah tinggi yang tidak dirawat dengan betul atau tahap kolesterol yang tidak baik. Penting untuk kita semua jaga kesihatan dan jaga pemakanan.

2. Kurang Bersosial

Ada juga yang mengatakan bahawa orang yang mempunyai hubungan sosial yang sedikit dan lemah, adalah cenderung mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan lelaki sememangnya kurang berhubungan secara sosial dan tidak banyak bercakap.

3. Elak Terima Rawatan Doktor

Lelaki lebih cenderung untuk mengelakkan diri daripada pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan oleh doktor. Melainkan dah sakit yang serius, baru nak pergi dapatkan rawatan di hospital.

Berbanding dengan wanita yang lebih kerap melakukan pemeriksaan, oleh itu dapat juga kesan penyakit serius di peringkat awal.

4. Kes Bunuh Diri Lebih Tinggi

Perkara ini berlaku walaupun pada hakikatnya penyakit kemurungan dianggap lebih biasa terjadi kepada wanita. Ada juga yang mengaitkannya dengan kecenderungan lelaki untuk tidak mencari rawatan bagi masalah kemurungan.

Selain daripada itu, norma budaya turut mendorong lelaki daripada tidak meminta pertolongan, yang akhirnya berakhir dengan mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri.

5. Pekerjaan Yang Lebih Berbahaya

Kenapa lelaki lebih ramai golongan lelaki yang meninggal dunia lebih awal berbanding wanita adalah disebabkan kepada jenis pekerjaan. Lelaki jauh lebih banyak melakukan pekerjaan yang lebih berbahaya.

Ini termasuklah pekerjaan yang berisiko seperti tentera, bomba dan bekerja di tapak pembinaan.

6. Suka Mengambil Risiko

Secara umumnya, lelaki selalunya memerlukan masa yang  lebih lama untuk membuat penilaian sama ada sesuatu perkara yang ingin dilakukan adalah berisiko atau tidak. Bahagian lobus frontal otak lelaki berkembang lebih perlahan berbanding wanita.

Akibatnya, lelaki lebih cenderung mengambil langkah berisiko dan terdedah kepada bahaya seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Walaupun memang tidak dinafikan bahawa statistik menunjukkan jangka hayat lelaki lebih rendah berbanding wanita, namun kita masih boleh mencegah beberapa perkara.

Di antaranya adalah tabiat merokok, pengambilan alkohol, kehidupan dan pemakanan yang tidak sihat dan banyak lagi. Selain daripada itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu dilakukan bagi mengesan dan merawat penyakit lebih awal.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm