10 Kereta Pilihan Bilionaire

Ramai percaya bahawa orang yang kaya-raya ni mesti akan memandu kereta mewah yang mahal. Maklumlah, nak jaga status sebagai seorang bilionaire katanya.

Namun hakikatnya, kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk menggunakan kereta yang berpatutan daripada segi kualiti berbanding dengan harga.

Jom kami kongsikan 10 kereta pilihan bilionaire terkenal seperti berikut.

1. Volkswagen R32

Kredit Gambar: encyCARpedia

Pengasas bersama Facebook dan Asana, Dustin Moskovitz mempunyai nilai bersih USD21.7 bilion, menurut Forbes. Profilnya di The Seattle Times pada tahun 2011 menyatakan bahawa beliau memandu Volkswagen R32 pada masa itu.

2. Toyota Prius

Kredit Gambar: Wikipedia

Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet dan pengasas Google, Larry Page mendapat tempat sebagai orang ke-8 terkaya dunia, beliau hanya membawa kereta Toyota Prius.

Harga sebuah kereta tersebut pada tahun 2019 adalah sekitar USD23,770.

3. Tesla Roadster

Kredit Gambar: Tesla

CEO jutawan Tesla dan SpaceX, Elon Musk memiliki kereta syarikatnya sendiri. Kereta tersebut dianggarkan berharga sekitar USD250,000.

Nampak cantik sangat, pasti seorang bilionaire akan memilih kereta Tesla Roadster ini!

4. Ford F-150

Kredit Gambar: Ford

Alice Walton adalah salah seorang pewaris kekayaan Walmart dan merupakan wanita kedua terkaya di dunia. Beliau memiliki koleksi seni bernilai ratusan juta dolar.

Beliau mempunyai trak pikap Ford F-150 King Ranch tahun 2006. Harga bagi kereta pilihan jutawan terkenal ini pada tahun itu adalah sekitar USD40,930.

5. Porsche 959

Kredit Gambar: Wikipedia

Tahukah anda bahawa Bill Gates yang merupakan pengasas Microsoft, mempunyai nilai bersih aset sekitar USD126.6 bilion? Sedangkan beliau hanya membawa kereta Porsche 959 keluaran tahun 1988.

Ianya pernah menjadi kereta terpantas di dunia satu ketika duu, sudah pasti kereta Porsche ini merupakan kereta pilihan bilionaire terkenal ini!

6. Ford Fusion Hybrid

Kredit Gambar: Ford

Steve Ballmer, bekas CEO Microsoft dan pemilik Los Angeles Clippers, mempunyai aset bersih bernilai USD73.1 bilion merupakan pelanggan tetap bagi syarikat Ford.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Alan Mulally secara peribadi telah menyampaikan Ford Fusion Hybrid kepada Steve Ballmer pada tahun 2009.

7. Cadillac XTS

Kredit Gambar: Wikipedia

Cadillac XTS juga tersenarai sebagai kereta pilihan biionaire yang terkenal, iaitu Warren Buffett. Beliau memang sangat terkenal dengan sikapnya yang suka berjimat cermat.

Pemilik Berkshire Hathaway ini telah memiliki kereta Cadillac XTS pada tahun 2014.

8. Roewe RX5

Kredit Gambar: Wikipedia

Jack Ma adalah pengasas konglomerat e-dagang dan teknologi, Alibaba. Dengan nilai kekayaannya sekitar USD46.9 bilion, Jack Ma memilih untuk memakai kereta Roewe RX5 SUV pada Oktober 2018.

9. Honda Accord 1996

Kredit Gambar: Wikimedia

Siapa sangka, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Amazon, Jeff Bezos ini bernilai kira-kira USD186.8 bilion. Namun, Beliau masih memandu Honda Accord 1996 yang dimilikinya sejak awal penubuhan Amazon.

Beliau berkata bahawa kereta tersebut sangat bagus dan sebab itulah ianya menjadi kereta pilihan beliau.

10. Acura TSX

Kredit Gambar: Wikipedia

Kereta pilihan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg adalah Acura TSX. Tujuan beliau memiliki kereta tersebut adalah supaya tidak mudah dikenali orang.

Kesimpulannya, walaupun mereka mempunyai wang yang banyak, mereka tetap hidup dalam keadaan sederhana. Boleh dikatakan berbeza dengan kita, ada duit sikit mulalah nak pakai kereta mahal dan tambah liabiliti.

Oleh itu, contohilah para bilionaire di atas dalam berbelanja untuk memantapkan lagi tahap kewangan kita.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.