4 Usahawan China Yang Berjaya Membida Makan Tengah Hari Bersama Warren Buffett

Apabila sesuatu barangan berharga menjadi rebutan ramai, maka proses pembidaan akan dilakukan bagi mencari pembeli yang sanggup membayar untuk memiliki barangan tersebut. Begitulah yang berlaku kepada pelabur lagenda tersohor dunia Warren Buffett setiap tahun.

Satu badan kebajikan akan membuka bidaan untuk sesiapa yang sanggup membayar jumlah wang tertinggi untuk makan tengah hari bersamanya.

Acara ini telah berlangsung sejak dua dekad yang lalu dan dianjurkan oleh sebuah yayasan yang bernama Glide. Yayasan ini beribu pejabat di California dan ditubuhkan sejak tahun 1929.

Warren Buffett merupakan salah seorang peyumbang utama kepada yayasan ini. Makan tengah hari bersama Warren Buffett ini bermula sejak tahun 2000 dan pada ketika itu, jumlah bidaan hanyalah USD25,000.

Tetapi dari setahun ke setahun, jumlahnya semakin meningkat kerana semakin ramai orang yang berminat untuk makan tengah hari bersamanya.

Kredit Gambar: Business Circle

Tiket bidaan untuk makan bersama dengan Warren Buffett ini boleh dibida di eBay setiap tahun. Sejak dua dekad yang lalu, ramai usahawan dari China yang berjaya membida untuk keluar makan bersama Warren Buffett.

Ianya selari dengan perkembangan pesat ekonomi di China yang mana saban tahun, negara itu berjaya menghasilkan ramai bilionaire.

Sebahagian besar mereka yang berjaya membida makan tengah hari tersebut lebih gemar untuk merahsiakan identiti mereka.

Jom kita lihat senarai usahawan dari China yang berjaya membida makan tengah hari bersama-sana dengan Warren Buffett ini.

Kredit Gambar: Business Circle

Tahun: 2006

Pemenang: Duan Yongping

Jumlah dibayar: USD620,100

Duan Yongping merupakan seorang bilionaire dari China yang pernah tinggal di Amerika Syarikat selama 20 tahun. Beliau jarang keluar di media dan suka menjalani kehidupan peribadi.

Beliau hanya berkomunikasi dengan pengikutnya melalui blog. Duan Yongping merupakan seorang yang mempunyai pengaruh besar di China melalui syarikat yang diasaskannya iaitu BBK  Group.

BBK merupakan syarikat pengeluar telefon pintar terbesar di dunia pada tahun lepas dengan jenama Oppo, Vivo, OnePlus dan Realme.

Baca: BBK, Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia Yang Tak Dikenali Ramai

Kredit Gambar: Business Circle

Tahun: 2008

Pemenang: Zhao Danyang

Jumlah dibayar: USD2.1 juta

Zhao Danyang merupakan ketua hedge fund untuk syarikat Pure Heart yang berpangkalan di Hong Kong. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2003.

Sebelum mengasaskan syarikat ini, Zhao Danyang pernah mengalami kerugian yang sangat besar dalam pasaran saham ketika krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997. Pada ketika itu, beliau berjanji untuk tidak akan masuk semula ke dalam pasaran saham selama-lamanya.

Mindsetnya mula berubah apabila membaca buku tentang teknik pelaburan yang dilakukan oleh Warren Buffett. Beliau mula sedar bahawa teknik pelaburan yang dilakukannya itu banyak yang tidak betul.

Zhao Danyang mula bangkit dan menubuhkan Pure Heart. Ketika sesi makan tengah hari bersama Warren Buffett, beliau mendapat banyak nasihat berharga mengenai pelaburan jangka masa yang panjang yang pasti membawa keuntuungan.

Warren Buffett turut menjangkakan bahawa China bakal menjadi kuasa besar dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Kredit Gambar: Business Circle

Tahun: 2015

Pemenang: Zhu Ye

Jumlah dibayar: USD2.35 juta

Zhu Ye merupakan CEO syarikat Dalian Zeus Entertainment yang bermula sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan perkayuan dan kemudian berubah dengan menyediakan perkhidmatan video game online di China.

Zhu Ye berminat dengan teknik pelaburan value investing yang digunapakai Warren Buffett yang berjaya menajdikannya seorang pelabur berjaya di era moden ini.

Walaubagaimanapun, Dalian Zeus Entertainment telah didapati melanggar peraturan dan Zhu Ye telah disiasat oleh pihak berkuasa China pada tahun 2018 kerana terlibat dalam skandal yang menimpa syarikatnya itu.

Kredit Gambar: Coin Gecko

Tahun: 2020

Pemenang: Justin Sun

Jumlah dibayar: USD4.6 juta

Justin Sun merupakan pembida yang paling muda yang berjaya makan malam bersama dengan Warren Buffett. Beliau yang membida pada tahun 2019 dan akhirnya berjaya makan malam bersama Warren Buffett pada tahun 2020 sebelum menularnya pandemik Covid-19.

Justin Sun merupakan seorang usahawan kripto yang mempunyai syarikat bernama TRON yang menyediakan perkhidmatan kripto. Dalam pertemuan tersebut, Justin cuba menyakinkan Warren Buffett tentang penggunaan wang kripto untuk masa hadapan.

Namun, Warren Buffett bertegas bahawa beliau tidak mempercayai sistem kripto dan tidak mahu melabur ke dalamnya.

Sumber Rujukan: Business Circle

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA