Cyberjaya: Lubuk Hartanah Pilihan Syarikat Ternama Tempatan

Dahulu, Cyberjaya yang terletak di mukim Sepang dan bersempadanan dengan Puchong lebih dikenali sebagai Kampung Air Terentang.

Sebelum tahun 1995, pemandangan di Kampung Air Terentang hanyalah ladang pokok getah dan kelapa sawit milik FELCRA dan sebahagian daripada peneroka dari Kampung Jenderam Hilir yang terletak bersebelahan dengan Kampung Air Terentang.

Bermula Mei 1997, baharulah Cyberjaya diteroka pada skala mega untuk merealisasikan hasrat dan wawasan Malaysia untuk mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu.

Baca : Kenali Tan Sri Mustapha Kamal – Jutawan Hartanah Melayu

Setia Haruman Sdn Bhd yang diterajui Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal merupakan syarikat yang bertanggungjawab membangunkan projek Cyberjaya dengan nilai RM2.5 bilion.

Daripada segi geografi, Cyberjaya terletak 35KM dari ibu kota Kuala Lumpur dan terletak bersebelahan dengan Putrajaya, Dengkil dan Bandar Saujana Putra.

Setakat tahun 2020, 47.34% demografi di Cyberjaya adalah daripada warganegara asing dan kaum terbesar yang mendiami Cyberjaya adalah Melayu dan Cina.

Baca : 6 Sebab Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Utama Pelabur Hartanah Antarabangsa

Kredit Gambar: Cyberjaya City

Sebahagian besar warganegara asing yang menetap di Cyberjaya adalah pelabur, usahawan dan pelajar daripada :-

  1. China
  2. Benua Afrika
  3. Timur Tengah

72% daripada tanah di Cyberjaya sebenarnya telah diteroka dan dibangunkan untuk pembangunan masa depan. Terdapat lebih daripada 20,000 unit kediaman dan 1,500 lot komersial di Cyberjaya.

Apa yang lebih menakjubkan adalah, terdapat lebih daripada 90,000 orang yang tinggal di Cyberjaya dengan 400 daripada 800 syarikat adalah daripada luar negara.

Jarak bukan lagi isu utama jika nada tinggal di Cyberjaya. Hal ini kerana, Cyberjaya mempunyai infrastruktur yang baik dengan

  • ELITE – 10 minit ke KLIA dari Cyberjaya
  • South Klang Valley Expressway (SKVE) – Akses 40 minit ke Port Klang
  • Maju Expressway (MEX) – Cyberjaya ke Kuala Lumpur hanya 25 minit
  • Express Rail Link (ERL) – Pengangkutan awam ke KL Sentral
  • MRT 2 (SSP) – Menghubungkan hingga ke Sungai Buloh (bakal beroperasi tahun 2022)

Sungguhpun Cyberjaya menerima banyak kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak akan visi asalnya untuk menjadi bandar pintar moden, keadaan ini ternyata sudah berubah selepas lebih daripada 20 tahun pembangunannya.

Ternyata, harapan Malaysia menjadikan Cyberjaya sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia suatu ketika dahulu kini mula menampakkan hasilnya.

Baca : Betul Ke Melayu Pemalas? Kenali 200 Orang Melayu Hebat

Jom kita tengok syarikat-syarikat terkemuka yang telah menjadikan Cyberjaya sebagai pilihan mereka.

1. Aerodyne Group

Kredit Gambar: UTM Events

Merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan dron nombor 2 dunia semenjak tahun 2014.

Setakat ini, Aerodyne Group adalah peneraju utama dunia teknologi berasaskan drone dan Artificial Intelligence untuk menyelesaikan masalah kompleks dalam pelbagai industri.

2. Deriv

Sebuah platform pelaburan dan perdagangan yang bermula pada tahun 1999 dengan 20 tahun pengalaman di 40 buah negara. Deriv.com membuka hab kedua mereka di Cyberjaya sejak tahun 2004 lagi.

3. Hematogenix

Hematogenix adalah syarikat yang fokus kepada pengkajian barah dari Amerika Syarikat.  Mereka secara rasminya telah melabur sebanyak US$15 juta untuk membangunkan makmal onkologi di Cyberjaya.

4. Monsta

Turut dikenali sebagai Animonsta Studios, Monsta adalah sebuah syarikat animasi tempatan yang menerbitkan animasi popular BoboiBoy.

Mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam filem, rancangan televisyen, aksesori dan pelbagai produk yang berkaitan dengan harta intelek.

5. Global NTT

Sejarah Global NTT dapat dijejaki seawal tahun 1870 apabila menjadi syarikat terawal yang menyediakan perkhidmatan telegraf di Tokyo dan Yokohama.

Syarikat telekomunikasi dari Jepun ini mendapat status MSC dari Kerajaan Malaysia dan baru sahaja membuka pusat data raya yang kelima di Cyberjaya.

Baca : 36 Lokasi Dijangka Alami Kenaikan Harga Hartanah Bermula Julai 2021

Sungguhpun proses pembangunan Cyberjaya sebagai pusat Koridor Raya Multimedia dilihat agak perlahan, sebenarnya banyak syarikat tempatan dan antarabangsa yang cenderung untuk menjadikan Cyberjaya sebagai hab perniagaan mereka.

Tidak cukup di Cyberjaya, hartanah mampu milik pada harga RM300,000 – RM500,000 wujud di sekitar Cyberjaya seperti Dengkil dan Kota Warisan.

Baca : 7 Township Pilihan Ramai Di Lembah Klang

Menjelang tahun 2022, harga kediaman dan lot komersial di Cyberjaya dijangka meningkat ekoran terdapat dua stesen MRT 2 yaqni :-

  • MRT Cyberjaya North
  • MRT Cyberjaya City Centre

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah di Myra Senja Melalui Kerjasama Bersama Unity Kitchen

Shah Alam, Jun 22: Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2. Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman
baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” ujarnya. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200. Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa

Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis “pulau” (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

“Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik,” ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun
tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.
Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH. Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook