Kereta Bangsa Kayangan Di Malaysia

Trend biasa orang yang banyak duit di Malaysia akan membeli kereta import seperti Mercedes, BMW dan Volvo. Ini biasa sangat. Kecuali Mercedes model Maybach Exelero.

Jika nak tahu mereka yang lebih kaya akan membeli kereta yang jauh lebih mahal. Bangsa kayangan ini akan tinggal di rumah-rumah di kawasan kediaman elit seperti berhampiran KLCC, Selangor Polo Club, Damansara Heights, Country Heights Damansara, Mont Kiara, Bukit Tunku, Bangsar dan di Pulau Pinang seperti Codrington Avenue dan Tanjung Bungah.

Apa agaknya kereta kegemaran bangsa kayangan ini?

1. Maserati Ghibli

Kredit Gambar: Maserati

Katanya kereta Maserati Ghibli ini ada lebih 80 buah di atas jalanraya kita. Tetapi macam jarang dapat nampak. Harganya dalam lingkungan RM538,800 ke RM628,000.

Sumber: ZigWheels

2. Ferrari 458 Italia / Ferrari 488

Kredit Gambar: Wikipedia

Ferrari 458 Italia ini pula berharga RM1,460,000. Cantik kan?

Kredit Gambar: Wikipedia

Ferrari 488 mempunyai harga yang sama iaitu RM1,460,000. Dan dengarnya hanya ada 50 buah di Malaysia.

Jika berminat nak pakai satu, boleh ke showroom Naza Italia.

3. Lamborghini Aventador / Lamborghini Urus / Lamborghini Huracan

Kredit Gambar: Lamborghini

Lamborghini Aventador merupakan model kereta idaman ramai. Berharga dalam RM2.27 juta. Dengarnya ada lebih daripada 70 buah di Malaysia.

Kredit Gambar: Wikipedia

Lamborghini Huracan ini murah sikit dengan harga RM2.24 juta.

Kredit Gambar: Wikipedia

Lamborghini Urus pula berharga RM1.0 juta.

Sumber: WapCar

4. Rolls-Royce Phantom / Rolls-Royce Ghost / Rolls-Royce Cullinan

Kredit Gambar: Rolls-Royce

Rolls-Royce Phantom ini boleh tahan harganya, dalam RM6 juta, tapi bukan seorang dua sahaja yang mampu memilikinya.

Kredit Gambar: Rolls-Royce

Rolls-Royce Ghost murah sedikit dengan harga RM1.45 juta.

Sumber: Paul Tan

Kredit Gambar: Wikipedia

Rolls-Royce Cullinan pula pelik sikit, tak macam Rolls Royce yang biasa kita tengok. Ianya berharga RM1.31 juta.

5. Bentley Bentayga 4.0

Kredit Gambar: Wikipedia

Bentley Bentayga 4.0 ini pula berharga RM1.9 juta.

Sumber: Carlist

6. Porsche 911 / Porsche Cayenne

Kredit Gambar: Porsche

Porsche 911 yang dikenali ramai ini boleh dimiliki dengan harga RM1.289 juta.

Kredit Gambar: Porsche

Porsche Cayenne ini murah sedikit dengan harga RM665,000 dan ada lebih daripada 100 buah di Malaysia.

Sumber: Porsche

7. Mclaren 720S

Kredit Gambar: Wikipedia

Mclaren 720S memang cantik bangat dan ianya boleh dimiliki dengan harga RM1.218 juta sebelum cukai. Dan dengarnya kurang 10 orang sahaja pemiliknya di Malaysia.

8. Bugatti Divo

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Kereta-Termahal-Dunia-Pada-Tahun-2021-5-700x393.jpg
Kredit Gambar: Wikipedia

Kereta yang paling mahal dalam senarai ini berharga RM25 juta. Hanya ada seorang sahaja pemiliknya. Milik siapakah kereta ini?

Baca: Bugatti Divo, Kereta Termahal Di Dunia Kini Milik Orang Malaysia!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ATLAS Vending Lancar ‘Nutri-Aid’ Sebagai Penyelesaian Berasaskan Teknologi Untuk Menangani Ketidaksamaan Pemakanan di Sekolah Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Susu Sedunia, ATLAS Vending, cabang mesin layan diri milik Etika Sdn Bhd, hari ini melancarkan ATLAS Nutri Aid di Kilang Susu Goodday di Petaling Jaya. Dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menangani ketidaksamaan pemakanan dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

ATLAS Nutri Aid memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyediakan akses harian yang konsisten kepada susu berkualiti tinggi secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Bagi ramai kanak-kanak dalam komuniti B40 di Malaysia, akses kepada pemakanan harian masih merupakan cabaran yang senyap tetapi kritikal. Inisiatif ini memastikan nutrisi tenusu asas bukan sahaja tersedia, malah boleh diakses secara berterusan di persekitaran sekolah dan komuniti.

Pelancaran rasmi ini menyusuli kejayaan program perintis di beberapa sekolah terpilih yang mencatatkan penglibatan pelajar yang tinggi serta peningkatan konsistensi transaksi. Susulan keputusan positif tersebut, program ini akan diperluaskan melalui pemasangan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Inisiatif ini turut disokong oleh YRMS yang memainkan peranan penting dalam pembiayaan, penyelarasan komuniti dan mengenal pasti penerima yang layak, bagi memastikan program ini sampai kepada kanak-kanak yang paling memerlukan.

ATLAS Nutri Aid berteraskan komitmen untuk menangani cabaran kesihatan kompleks yang dihadapi belia Malaysia, khususnya isu “kelaparan tersembunyi” (hidden hunger) dan krisis terbantut (stunting) yang semakin membimbangkan. Tidak seperti negara jiran yang menunjukkan kemajuan sejak tahun 2000, kadar stunting kanak-kanak di Malaysia terus meningkat dan mencapai 24% pada tahun 2024, mengatasi Indonesia (23%), Kemboja (22%), Vietnam (19%), Thailand (12%) dan Singapura (3%). Ini menunjukkan satu kebimbangan kesihatan awam yang serius, ditambah pula dengan dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian yang disyorkan bagi Kalsium dan Vitamin D.

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai keluarga B40 menghadapi cabaran besar untuk menyediakan makanan seimbang, dengan kadar kelaparan kanak-kanak dilaporkan mencecah 58.4% di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah. ATLAS Nutri Aid menangani isu ini dengan membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma melalui mesin layan diri. Produk susu di bawah portfolio Etika ini diformulasikan khusus untuk meningkatkan tenaga, menyokong kesihatan tulang dan memperbaiki fungsi kognitif menerusi gabungan 10 nutrien penting yang membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Bagi ramai keluarga, menyediakan pemakanan harian bukanlah sesuatu yang sentiasa terjamin dan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tumbesaran kanak-kanak,” kata Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika & International Exports. “Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan teknologi dan tujuan, kami dapat menyampaikan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak. Ini juga akan membantu meningkatkan kehadiran ke sekolah supaya generasi masa depan kita tidak terlepas peluang pembelajaran.”

Memperluaskan kerangka Hygiene Aid, ATLAS Nutri Aid menggunakan mesin layan diri pintar proprietari dan sistem kad “tap-and-go” yang lancar untuk memberikan akses pemakanan harian secara telus dan bersasar kepada pelajar. Dengan menyelaraskan kad dengan kalendar sekolah, sistem ini memastikan pengagihan yang konsisten pada hari persekolahan sambil mengelakkan penyalahgunaan dan ketirisan. Mekanisme berasaskan data ini membolehkan ATLAS Vending memantau impak program dengan berkesan, sambil memberikan pengalaman yang bermaruah dan berdikari kepada kanak-kanak.

Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) berkata, “Misi YRMS sentiasa tertumpu kepada membangunkan potensi belia. Pemakanan yang baik adalah asas kepada keupayaan kanak-kanak untuk belajar, memberi tumpuan dan berjaya di sekolah. Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, tetapi menghapuskan halangan penting kepada pendidikan dan memberikan tenaga serta peluang yang sewajarnya untuk mereka mencapai impian.”

Inisiatif ATLAS Nutri Aid mencerminkan komitmen jangka panjang untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas dan perkembangan fizikal generasi akan datang. Dengan menyediakan sumber nutrisi yang boleh dipercayai, program ini membantu merapatkan jurang penting dalam kesihatan kanak-kanak sambil menyokong keluarga kurang mendapat perhatian yang berdepan tekanan ekonomi.

Pada terasnya, ATLAS Nutri Aid dibina atas satu kepercayaan mudah: setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar, belajar dan berkembang maju, bermula dengan pemakanan yang baik.