Bugatti Divo, Kereta Termahal Di Dunia Kini Milik Orang Malaysia!

Sebelum ini kami ada keluarkan artikel bertajuk 5 Kereta Termahal Dunia Pada Tahun 2021, tapi tak sangka pula bahawa Bugatti Divo yang merupakan kereta termahal dalam senarai yang berharga USD5.8 juta dan hanya 40 unit dikeluarkan di seluruh dunia – salah satu daripadanya adalah milik rakyat Malaysia.

Apa Itu Bugatti Divo?

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Kereta-Termahal-Dunia-Pada-Tahun-2021-5-700x393.jpg
Kredit Gambar: Wikipedia

Sekali tengok gambar Bugatti Divo ini memang menggiurkan.

Walaupun anda bukan peminat kereta sekalipun, pasti akan terpesona dengan kecantikannya.

Dan kalau nak tahu, Bugatti Divo adalah kesinambungan kepada salah sebuah hypercar yang juga menjadi kegilaan ramai iaitu Bugatti Chiron. Hasil daripada penambahbaikan Chiron inilah, maka terhasilnya Bugatti Divo.

Sumber: Bugatti

Di antara penambahbaikan tersebut adalah:

  • Berat berkurang sebanyak 35kg
  • ‘Downforce’ meningkat sebanyak 90kg
  • Pecutan meningkat menjadi 1.6g
  • Peningkatan prestasi penyejukan radiator dan brek
  • Tetapan casis dan suspensi yang lebih baik
Sumber: Bugatti

Merujuk kepada data teknikal pula, memang padu. Dengan enjin 8 liter, tork 1,600nm dan pecutan 0-100km/h hanya dalam masa 2.4 saat.

Memang kena bawa atas trek baru layan ni, bawa atas jalan biasa tak dapat nak test power Bugatti Divo ini sepenuhnya.

Jika kita baca di laman web Bugatti, kesemua 40 unit Bugatti Divo ini telah pun sold out.

Siapa Pemilik Malaysia Bertuah Bugatti Divo?

Kredit Gambar: DSF

Dengan hanya 40 unit dikeluarkan dan harga USD5 juta untuk memilikinya, bukan calang-calang orang dapat beli. Beliau yang dimaksudkan adalah Chin Jit Pyng atau lebih dikenali sebagai JP Chin.

Beliau terlibat dalam bidang IT pada awal kariernya dan selepas itu menceburi pula bidang hartanah.

Sumber: Bursa Marketplace

Dan beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat hartanah Symphony Life yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Congak secara mudah kekayaan beliau berdasarkan pegangan saham sebanyak 13.31 juta di dalam Symphony Life ini:

13.31 juta unit * RM0.68 sen = RM9.05 juta (harga pada 24 Mei 2021)

Dengan kejayaan dan kemewahan yang dikecapinya, kini beliau memiliki lebih daripada 100 kereta dan motosikal mewah, sport, klasik dan yang seangkatan dengannya.

Sumber Rujukan:

Kalau Ambil Loan 5 Tahun Berapa Instalment Bulanan?

Sumber: Calculator

Mungkin ada yang nak tahu berapa instalment bulanan sekiranya guna loan bank untuk membelinya.

Dengan harga kereta USD5 juga, kita anggarkan ianya bernilai RM20 juta (belum termasuk cukai/duti kastam) dalam duit kita.

Kemudian bayar pula 10% downpayment, maka RM18.8 juta sekiranya buat loan 5 tahun dengan kadar faedah sebanyak 3.7%.

Maka instalment bulanan dalam RM355,500 sebulan. Fuh, berapakah agaknya pendapatan sebulan beliau ya?

Ini baru betul-betul ‘hobi kita mahal’, tapi tiada masalah sekiranya memang kita mampu dan berduit.

Tapi kalau kereta mahal, beli pula dengan pinjaman 9 tahun, rumah pun belum ada – memang cari nahas jawabnya.

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.