10 Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language) Komputer Yang Terkenal Di Dunia

Sebut sahaja pasal komputer, ramai orang tidak boeh menafikan sumbangannya yang besar kepada kehidupan kita sekarang ini yang serba moden. Komputer merupakan peralatan yang telah mengubah peradaban dan juga cara manusia bekerja.

Komputer membantu dalam perkembangan teknologi yang kemudiannya telah menjadikan telefon satu realiti. Sekarang semuanya boleh dicapai di hujung jari saja.

Untuk sesebuah komputer atau telefon pintar dapat berfungsi seperti yang dikehendaki, kita memerlukan perisian untuk memacunya.

Salah satu perisian komputer yang paling popular dan sering digunakan oleh orang ramai adalah perisian yang dibangunkan oleh Microsoft yang dikenali sebagai Windows. Ada satu ketika, 98% komputer peribadi dunia menggunakan Microsoft Windows ini.

Tapi tahukah anda untuk membina perisian secanggih Windows itu memerlukan bahasa pengaturcaraan untuk membangunkannya?

Bahasa yang digunakan oleh Microsoft dalam membangunkan Windows adalah gabungan beberapa bahasa komputer seperti C++, C# dan Assembly Language.

Jadi mari kita lihat senarai 10 Bahasa Pengaturcaraan atau juga dikenali sebagai Programming Language komputer yang terkenal di dunia.

10. Ruby

Kredit Gambar: pxfuel

Merupakan bahasa pengaturcaraan yang dicipta oleh seorang saintis komputer yang berasal dari Jepun bernama Yukihiro Matsumoto.

Kegunaan utama Ruby adalah dalam peyimpanan maklumat di perpustakaan, server dan juga aplikasi pembangunan laman web.

Bahasa komputer Ruby ini mudah dan boleh digabungkan untuk menjadi aplikasi yang kompleks.

9. C

Merupakan bahasa komputer yang popular dan merupakan subjek asas bagi mana-mana pelajar di peringkat pengajian tinggi yang mengambil jurusan kejuruteraan komputer.

Bahasa ini dicipta oleh saintis komputer yang bernama Dennis Ritchie pada tahun 1972. Kebanyakan bahasa komputer pada hari ini menggunakan asas yang diambil daripada bahasa C ini.

8. Shell

Bukan stesen minyak Shell yang kita biasa pergi itu, tetapi program bahasa yang banyak digunakan.

Kelebihan bahasa komputer ini adalah untuk install dan uninstall, back up, manage dan copy file pada skala yang besar.

7. TypeScript

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Merupakan bahasa komputer yang dibangunkan oleh Microsoft.

Bahasa komputer ini adalah mirip kepada bahasa Java (bukan bahasa Jawa) tetapi lebih advanced jika dibandingkan dengan bahasa Java yang membolehkan para pembangun laman web mencipta aplikasi mereka.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah bahasa pengaturcaraan ini lebih cepat berkembang walaupun masih baru di dalam dunia komputer jika dibandingkan dengan bahasa yang lain.

6. C++

Merupakan program bahasa yang diperkenalkan oleh Bjarne Stroustrup ketika menyiapkan tesis PHD beliau. Ia merupakan kesinambungan kepada bahasa program C dan mempunyai ciri-ciri yang dipertingkatkan.

Kini banyak laman web dan aplikasi termasukah browser menggunakan bahasa C++ untuk pembangunan program tersebut.

5. C#

Disebut sebagai C sharp. Program ini dibangunkan oleh seorang Jurutera Microsoft yang bernama Anders Hejlsberg.

Ia juga bahasa yang hampir menyerupai Java dan banyak digunakan untuk membuat aplikasi telefon pintar dan juga permainan.

4. PHP

Image by Mian Shahzad Raza from Pixabay

Merupakan bahasa komputer yang dikategorikan sebagai sumber terbuka. Bahasa komputer ini banyak digunakan dalam pembangunan laman web.

Facebook dan Yahoo yang banyak menggunakan bahasa ini dalam penyimpanan data maklumat syarikat. Bagaimanapun, ramai programmer tidak menyukai bahasa komputer ini kerana dikatakan sedikit sukar berbanding dengan bahasa komputer yang lain.

3. Java

Bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan oleh Sun Microsystems pada tahun 1995. Oracle kemudiannya telah membeli bahasa Java ini daripada mereka.

Di antara software popular yang menggunakan Java adalah perisian Android yang banyak digunakan di dalam telefon pintar. Oracle telah mengemukakan saman terhadap Google kerana menggunakan Java dalam perisian Android mereka.

2. Python

Merupakan sebuah bahasa komputer sumber terbuka. Juga merupakan bahasa pengaturcaraan yang berkembang dengan sangat pesat.

Di antara kegunaan terbesar Python adalah pembangunan Artificial Intelligence dan juga data untuk sains. Kelebihan yang  dimiliki oleh bahasa komputer ini adalah ianya mudah untuk dipelajari dan digunakan oleh kebanyakan programmer baru.

1. JavaScript

This image has an empty alt attribute; its file name is source-code-583537_1920-700x396.jpg
Image by Christopher Kuszajewski from Pixabay

Merupakan bahasa komputer yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Antara aplikasi yang menggunakan JavaScript adalah pembangunan laman web.

Kebanyakan laman web menggunakan JavaScript untuk berfungsi dan ramai programmer menggunakannya kerana ianya mudah, ringan dan sangat berkuasa.

Sumber Rujukan: Business Insider

Previous ArticleNext Article

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm