Futu, ‘Robinhood Versi China’ Yang Sedang Berkembang Pesat Di Amerika Syarikat

Golongan milenial kini lebih terdedah dengan pasaran saham disebabkan mereka lebih celik mengenainya berbanding dengan generasi sebelum ini. Selain daripada itu, broker juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat mereka.

Syarikat broker di era moden kini lebih kreatif dalam menarik minat generasi baru untuk melabur dalam pasaran saham. Antara platform yang paling diminati oleh pelabur generasi baru adalah platform Robinhood yang popular di Amerika Syarikat.

Platform ini merupakan platform pertama yang tidak mengenakan brokerage fees kepada pelanggan mereka. Sebelum ini, kadar brokerage fees boleh dikatakan mahal untuk pelabur baru.

Kredit Gambar: SCMP

Kehadiran Robinhood telah memberi nafas baru dalam industri pelaburan saham.

Walaupun tidak mengenakan sebarang brokerage fees, Robinhood mendapat keuntungan apabila menjual que pembelian saham pelanggan mereka kepada hedge fund. Robinhood telah menjadikan pelanggan mereka sebagai barang dagangan.

“When something online is free, you’re not the customer, you’re the product.”

– Jonathan Zittrain

Walaupun begitu, pengguna Robinhood terus meningkat walaupun adanya kontroversi ini. Kini Robinhood bakal menghadapi satu lagi persaingan baru dari syarikat China iaitu Futu.

Futu Juga Menawarkan Brokerage Percuma

Futu turut menawarkan perkhidmatan yang hampir sama iaitu menawarkan brokerage percuma. Setakat ini, tiada lagi kes yang melibatkan syarikat ini menjual que jualan saham mereka kepada pihak hedge fund.

Walaupun syarikat ini dilihat menyerupai Robinhood, syarikat ini mempunyai asas perniagaan yang hampir sama dengan hedge fund.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2008 sebagai sebuah syarikat Fintech. Futu di dalam Bahasa Inggeris bermaksud “the road to wealth

Pandemik Merancakkan Lagi Peranan Broker

Futu menyediakan pelbagai pelan pelaburan yang menarik kepada para pelanggan mereka yang mendaftar menggunakan perkhidmatan yang ditawarkanya.

Selepas berjaya dalam pasaran China, mereka mula mengorak langkah untuk mengembangkan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa.

Antara pelabur terbesar yang melabur dalam Futu ini adalah Tencent yang memiliki sebanyak 38.2% saham dan menjadi pemegang kedua terbesar selepas pengasas syarikat tersebut.

Syarikat tersebut menjadikan Amerika Syarikat sebagai destinasi mereka kerana negara tersebut mempunyai pasaran yang bernilai sebanyak USD34 trilion yang mewakili 43% saham dunia.

Disebabkan mempunyai bilangan pelanggan yang semakin bertambah, syarikat ini mula mengembangkan pasaran mereka ke Amerika Syarikat dan telah berjaya IPO di Nasdaq pada tahun 2019.

Ketika krisis pandemik Covid-19 mula melanda dunia, saham syarikat ini meningkat dengan mendadak kerana ramai golongan milenial menceburi bidang saham secara tiba-tiba.

Krdit Gambar: CNBC

Robinhood juga menerima tempias yang sama. Oleh kerana ingin bersaing dengan Robinhood dalam pasaran saham, Futu telah membangunkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Moomoo yang menawarkan perkhidmatan yang hampir sama dengan platform Robinhood.

Pada tahun ini, saham syarikat telah naik dengan mendadak disebabkan keuntungan yang diperolehi tahun lepas meningkat.

Meluaskan Empayar Ke Asia-Pasifik

Mereka mula mengorak langkah dalam mengembangkan platform mereka  ke Asia-Pasifik, dengan Singapura menjadi negara pertama. Mengikut perancangan yang dilakukan oleh CEOnya, pasaran Singapura masih lagi belum tepu dengan perkhidmatan fintech.

Moomoo juga turut membenarkan pengguna mereka untuk membeli saham-saham yang terdapat di Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.

Setakat ini, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Futu di Singapura masih lagi berbayar tetapi dengan kos yang paling rendah berbanding dengan pesaing mereka yang lain.

Kini, mereka telah menjadi pencabar kepada syarikat broker di Barat dan tidak mustahil akan menjadi salah sebuah syarikat broker terbesar jika mampu mengusai pasaran di Timur pula.

Sumber Rujukan: Fortune

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.