BBK, Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia Yang Tak Dikenali Ramai

Penggunaan telefon pintar kini merupakan satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Berbanding dengan beberapa tahun dahulu, di mana penggunaan telefon pintar hanya untuk golongan atasan.

Antara faktor utama mengapa telefon pintar mampu dimiliki adalah disebabkan China yang telah membangunkan telefon pintar dengan skala yang sangat besar sehingga menjadikan ianya murah.

China kini terkenal dalam menghasilkan telefon pintar berkualiti tinggi dan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang awam.

Sebelum ini, kita telah lihat bagaimana Foxconn berjaya menjadi contract manufacturer terkenal dalam membina peralatan elektronik untuk syarikat terkenal.

Baca: Foxconn, Pengeluar Barangan Elektronik Kedua Terbesar Dunia Yang Kurang Dikenali

Kali ini kita akan lihat pula bagaimana sebuah syarikat pengeluar telefon yang tidak dikenali ramai menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, menewaskan Samsung.

Permulaan BBK

Kredit Gambar: Finansialku

Syarikat yang tidak dikenali ini adalah BBK. Ia merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Duan Yongping yang merupakan seorang industrialist di dalam bidang elektronik.

Beliau merupakan seorang CEO yang amat menjaga privasi dan tidak gemar bermesra dengan media berbanding dengan tokoh teknologi yang lain.

Duan Yongping merupakan seorang graduan dari University Zhejiang pada tahun 1982 dan menjadi guru di Beijing Radio Tube Factory. Beliau kemudian menyambung pengajian di dalam bidang ekonomi di Universiti Renmin.

Pada tahun 1989, beliau bekerja di syarikat Zhongshan Subor selama hampir 6 tahun. Kejayaan pertama yang dikecapi oleh Duan Yongping ketika bekerja di syarikat tersebut adalah, beliau berjaya bersaing dengan Nintendo dalam menghasilkan konsol permainan tape.

Beliau memegang jawatan sebagai general manager sebelum meninggalkan syarikat tersebut kerana tidak bersetuju dengan cara perniagaan mereka.

Pada tahun 1995, Duan Yongping telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang bernama BBK. Oleh kerana belilau mempunyai hubungan baik dengan para supplier, ramai suppliernya memberi kerjasama yang baik dalam membantu Duan Yongping mengembangkan syarikatnya.

Pada awal permulaan BBK, mereka hanya mempunyai 6 orang pekerja sahaja.

Falsafah Pemasaran BBK

Menurut falsafah Duan Yongping, sesuatu barang itu tidak perlu original. Apa yang penting adalah kualiti barang tersebut dapat memenuhi kehendak orang ramai.

BBK memegang falsafah di mana produk mesti berkualiti tinggi dan pemasaran perlu dilakukan dengan cara yang unik untuk menarik perhatian pengguna.

Oleh yang demikian, Duan Yongping sangat terkenal di China dalam melakukan teknik pemasaran yang berkesan. Antaranya mereka tidak kedekut untuk menggunakan artis bertaraf dunia untuk menjadi duta produk mereka.

Artis terkenal yang pernah menjadi duta mereka adalah Jackie Chan, Jet Li, Arnold Schwarzenegger dan Leonardo Di Caprio.

Pada awal alaf baru, syarikat ini mula teribat dalam menghasilkan pemain VCD dan DVD. Ini disebabkan permintaan terhadapnya yang sangat tinggi di dalam pasaran.

Kredit Gambar: Ejin Sight

Pada tahun 2001, Duan Yongping telah meletak jawatan sebagai CEO dan berpindah ke California. Walaupun demikian, beliau masih lagi merupakan pengerusi syarikat bagi memastikan BBK terus berkembang.

Ketika menetap di California, Duan Yongping telah melabur ke dalam beberapa buah syarikat termasuk Apple. Beliau juga pernah makan bersama Warren Buffett pada tahun 2006 dan membawa protégénya Colin Huang, yang kini merupakan pengasas Pinduoduo, syarikat gergasi e-commerce di China selepas Alibaba.

Baca: Bagaimana Pinduoduo Mencabar Dominasi Alibaba Dan JD Dalam Pasaran e-Dagang Di China

Selepas Duan Yongping meletak jawatan, syarikat ini telah memecahkan operasi mereka di mana bahagian audio diberi nama Oppo dan bahagian telefon diberi nama Vivo.

Sebelum telefon pintar menjadi fenomena, kedua-dua jenama ini merupakan pengeluar MP3 dan telefon yang terkenal di China.

Menjadi Kuasa Besar Pengeluar Telefon Pintar Android

Ketika telefon android pertama kalil dilancarkan pada tahun 2008, kedua-duanya fokus dalam menghasilkan telefon pintar secara besar-besaran. Disebabkan perkara tersebut, kita dapat lihat telefon jenama Oppo dan Vivo adalah hampir sama.

Selain Vivo dan Oppo, BBK juga turut memiliki saham yang besar dalam OnePlus dan Realme. Disebabkan perkara tersebut, pada tahun lepas BBK menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia kerana banyak syarikat popular dari China berada di bawah payung syarikat ini.

BBK dipercayai menyumbang sebanyak 20% pengeluaran telefon pintar dunia pada tahun lepas.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.