Kenali Ibnu Khaldun, Bapa Ekonomi

Ibnu Khaldun merupakan Bapa Sejarah Dunia dan Peradaban Manusia. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Ekonomi dengan memperkenalkan sistem ekonomi manusia, nilai timbangan dan sebagainya.

Latar Belakang Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya adalah Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan. Beliau dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 27 Mei 1332 atau bersamaan dengan 1 Ramadan 732H.

Keluarga Ibnu Khaldun pada asalnya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Itali, dan Sepanyol. Akhirnya mereka berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya iaitu pemerintah Tunis pada waktu itu.

Ibnu Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al’Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik.

Ibnu Khaldun tidak secara jelas membezakan teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau menegaskan bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.

Beliau mengatakan bahawa tidak ada cara lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh. Secara hakikinya, sejajar dengan Shiddiqy Boulokia dalam penulisannya mengenai Ibnu Khaldun: A Fourteenth Century Economist”, mengatakan:

Ibnu Khaldun  discovered  a great number of fundamental economic notions a few centuries before their official births. He discovered the virtue and the necessity  of a division of labour before Smith and the principle of labour value before Ricardo. He elaborated  a theory  of population before Malthus and insisted  on the role  of the state in the economy before Keyneys. But much more than that, Ibnu Khaldun used these concepts to build a coherent dinamics system in which the economic mechanism inexorably led economic activity to long term fluctuation….(Boulokia, 1971)

Ibnu Khaldun telah  menemui sejumlah cara dan pemikiran ekonomi fundamental, beberapa abad sebelum kedatangan “rasmi” (di Eropah). Ia  menemukan keutamaan dan keperluan sesuatu pembagian kerja sebelum konsep Smith dan prinsip tentang nilai kerja diperkenalkan pada zaman Ricardo.

Ia telah mengolah suatu teori tentang pupulasi setempat sebelum Malthus dan mendesak akan peranan negara di dalam perekonomian sebelum Keynes.

Lebih daripada itu, Ibnu Khaldun telah menggunakan konsep ini untuk  membangun suatu sistem dinamik yang mudah difahami di mana mekanisma ekonomi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi untuk fluktuasi jangka masa panjang.

Presiden Ronald Reagan yang mempopularkan teori Laffer Curve dalam polisi kerajaan Amerika Syarikat, mengaku bahawa beliau mengambil konsep Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun telah mengemukakan teori ekonomi iaitu mengecilkan perbelanjaan dan meningkatkan sumber bahan mentah.

Sehubungan dengan itu, maka tidak hairanlah jika ramai cendikiawan dan pakar ekonomi terkemuka meneliti dan membahas pemikiran Ibnu Khaldun, khususnya dalam bidang ekonomi.

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.