Guo Guangchang, Warren Buffett Versi China

Warren Buffett satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia pelaburan. Ramai pelabur dalam dunia saham menjadikan Warren Buffett sebagai sumber rujukan semasa melakukan pelaburan tetapi gagal kerana mereka tidak sanggup melakukan apa yang dilakukan oleh pelabur tersohor dunia itu dalam pasaran saham.

Sifat utama yang dimiliki oleh Warren Buffett dalam pelaburan adalah sabar, dan hanya membeli saham untuk jangka masa yang panjang. Ternyata ianya sukar bagi seorang pelabur terutamanya pelabur yang baru berjinak dalam pasaran saham.

Disebabkan perkara tersebut, ramai pelabur baru yang gemar trading saham berbanding dengan beli dan peram kerana melihat keuntungan yang sedikit dalam masa yang singkat berbanding dengan keuntungan yang besar dalam tempoh yang panjang.

Warren Buffett Di China

Warren Buffett merupakan tokoh pelaburan yang sangat digemari di negara tersebut. Ramai pelabur di China yang menjadikan Warren Buffett sebagai idola mereka walaupun negara mereka mengamalkan dasar ekonomi sosialis.

Antara tokoh terkenal yang dikenali sebagai Warren Buffett China adalah Guo Guangchang.

Walaupun ramai yang mengamalkan falsafah pelaburan seperti Warren Buffett di China, Guo Guangchang adalah tokoh yang paling menghampiri teknik pelaburan yang digunakan oleh Warren Buffett.

Kenapa Guo Guangchang Dilihat Sebagai Warren Buffett Di China?

This image has an empty alt attribute; its file name is Guo-Guangchang-Warren-Buffett-Versi-China2-700x466.jpg
Kredit Gambar: SCMP

Mesti kita tertanya-tanya kenapa Guo Guangchang dikatakan paling mirip dengan teknik pelaburan yang dilakukan oleh Warren Buffett berbanding dengan pelabur China yang lain.

Sebab utama Guo Guangchang dikatakan mirip dengan Warren Buffett adalah disebabkan beliau mengembangkan perniagaan yang dimilikinya melalui pembelian saham sesebuah syarikat dan keuntungan yang diperolehi daripada syarikat tersebut kemudian dilaburkan ke dalam syarikat lain.

Tindakan pelaburan yang dilakukan oleh Guo Guangchang amat menyerupai kaedah yang dilakukan oleh Warren Buffett. Sebelum wujudnya Berkshire Hathaway seperti sekarang, Warren Buffett merupakan pelabur yang melabur menggunakan duit rakan, kenalan dan ahli keluarga melalui syarikat Buffett Associates.

Beliau kemudian mengubah teknik pelaburannya setelah membeli Berkshire Hathaway dan menjadikannya sebuah syarikat konglomerat. Pada ketika itu, Syarikat Insurans Geico merupakan syarikat yang menjadi tunjang utama bagi Warren Buffett.

Geico merupakan syarikat yang dimiliki oleh mentor beliau iaitu Benjamin Graham. Disebabkan perkara tersebut, Warren Buffett juga memiliki saham syarikat terbabit dan syarikat itu telah banyak membantu mengembangkan perniagaan Berkshire Hathaway.

Guo Guangchang juga melakukan perkara yang sama dengan mengembangkan syarikat pelaburan yang dimilikinya dengan menggunakan syarikat insurans. Menurut Guo Guangchang, beliau melakukan pelaburan dengan melihat kaedah yang digunapakai oleh Warren Buffett.

Oleh sebab yang demikian, beliau hanya melabur ke dalam sektor yang mudah difahami dan memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang seperti insurans, farmaseutikal dan pelancongan.

Beliau mengasaskan syarikat pelaburan yang dikenali sebagai Fosun pada tahun 1992 bersama dengan empat lagi rakannya. Pada permulaan penubuhan syarikat, mereka hanya bermula dengan modal permulaan sebanyak USD4,000 dan mengambil bidang farmasi sebagai perniagaan utama.

Sejak sedekad yang lalu, Fosun telah menjadi sebuah syarikat konglomerat terkenal di China dan telah membeli beberapa syarikat yang bertaraf antarabangsa untuk mengembangkan portfolio perniagaan mereka. Eropah merupakan destinasi utama pelaburan bagi Fosun.

Kredit Gambar: Birmingham Mail

Mereka melakukan pelaburan ke atas syarikat Eropah disebabkan ramai rakyat China yang menggemari barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Eropah. Antara sektor yang menjadi pilihan pelaburan Fosun di Eropah adalah perbankan, perlancongan dan juga barangan mewah jenama terkenal.

Ekonomi China yang semakin berkembang maju telah memberi peluang yang besar kepada Fosun untuk melabur terhadap syarikat yang memberi mereka pulangan yang lumayan.

Fosun juga turut melabur dalam bidang sukan dan memiliki kelab bola sepak Wolverhampton Wanderers yang dibeli mereka pada tahun 2016. Kelab tersebut kini berada di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kontroversi Melibatkan Guo Guangchang

Walaupun berjaya di dalam dunia perniagaan, beliau tidak terlepas daripada kontoversi yang melanda diri. Ketika Xi Jinping dilantik menjadi presiden China, beliau terkenal dengan polisi memerangi rasuah.

Guo Guangchang tidak terlepas daripada disoal siasat oleh kerajaan China sama seperti beberapa bilionaire yang lain. Beliau hilang seketika di khalayak ramai selama beberapa minggu kerana disoal siasat oleh Kerajaan China dan ada sebahagian bilionaire China yang ditangkap kerana mengambil rasuah.

Kini kekayaan yang dimiliki oleh Guo Guangchang adalah berjumlah USD7.1 bilion dan merupakan salah seorang bilionaire terkaya di China.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Pengangkutan: Keputusan Menepati Jangkaan, Tekanan Kos Bahan Api Mereda

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Westports

Daripada tiga saham pengangkutan dan logistik yang kami kaji, Westports dan FM Global Logistics (FM) melaporkan keputusan kewangan yang menepati jangkaan, sedangkan perolehan teras FY26 (Mac) oleh TASCO gagal mencapai jangkaan kami. Melihat ke masa hadapan, kami meramalkan Westports untuk muncul sebagai penerima manfaat utama sekiranya genjatan senjatan di Asia Barat masih berlangsung, memandangkan harga-harga bunker dan diesel yang lebih rendah akan merendahkan kos-kos operasi. Dalam keadaan sebaliknya, kesan terhadap pengendali pengangkutan barangan secara amnya neutral kerana surcaj bahan api selalunya dialihkan kepada pengguna

Keputusan 1Q26 oleh Westports menepati jangkaan

Pertumbuhan YoY berpunca daripada kenaikan tarif secara berturutan. Walaupun impak penuh daripada peningkatan kos bahan api diramalkan dirasai pada 2Q26, kami percaya kesannya akan dapat dikawal kerana kenaikan tarif lebih daripada cukup untuk menampung kos-kos bahan api yang lebih tinggi.

FM menepati jangkaan namun TASCO tersasar

Untung teras sepanjang 9MFY26 (Jun) yang dicatatkan oleh FM mencapai jangkaan kami tetapi sedikit melepasi ramalan konsensus akibat GPM lebih kukuh dan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah. Perolehan teras FY26 oleh TASCO sebaliknya gagal mencapai ramalan kami ekoran sumbangan perniagaan rantaian bekalan sejuk (CSC) yang lebih rendah daripada yang dijangkakan, selepas penarikan diri pelanggan-pelanggan F&B

Prospek

Keadaan konflik Asia Barat yang semakin mereda sepatutnya dapat menstabilkan harga minyak dan bahan api bunker, sekali gus mengurangkan kos operasi Westports yang mendapatkan diesel pada harga bukan bersubsidi untuk kegunaan kapal tunda, lori, dan kren kontenanya. Tambahan itu, tahap penggunaan bahan apinya dijangka akan menurun sekitar 10% pada 4Q25 susulan pengerahan 60 buah lori elektrik menjelang 3Q26. Sementara itu, syarikat ini dikecualikan daripada mekanisme Pelarasan Bahan Api Secara Automatik (AFA), lantas menghalangnya daripada terkena sebarang tempias kenaikan kos elektrik susulan konflik Asia Barat.

Kesesakan pelabuhan yang berlaku pada Jan 2026 sudahpun selesai sepenuhnya, dengan daya pemprosesan bagi Apr 2026 meningkat 3% YoY dan kadar penggunaan kawasan simpanan kontena baik pada kira-kira 70-80%. Sehubungan dengan itu, kami mengekalkan ramalan pertumbuhan daya pemprosesan pada 4.5% YoY yang menepati unjuran pihak pengurusan yang sama pada angka berdigit tunggal rendah.

Saham Pilihan Utama sektor

Kami bertindak mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor ini, selaras dengan saranan BELI yang diberikan kepada saham terbesar sektor. Westports masih menjadi Saham Pilihan Utama sektor kami. Kami terus menyukai saham ini disebabkan oleh

i) kenaikan berturutan dalam kadar tarif yang mengatasi kenaikan kos bahan api

ii) kadar kepadatan kawasan simpanan kontena yang baik yang berlegar kira-kira 70-80

iii) pertumbuhan jumlah pengangkutan yang bertahan, disokong oleh aliran perdagangan intra-Asia.

Oleh itu, kami menyarankan para pelabur untuk mengumpul saham ini semasa harga rendah kerana kami percaya risiko-risiko konflik sudah dimasukkan dalam penilaian. Westports diniagakan pada P/E kira-kira 16x untuk FY27F, dan kami masih menjangkakan adanya potensi untuk kenaikan sekiranya Kerajaan melaksanakan mekanisme pengalihan kos bahan api walaupun garis masa untuk pelaksanaan ini masih tidak jelas buat masa sekarang

Risiko-risiko utama

Jumlah TEU lebih rendah daripada jangkaan dan kos-kos operasi lebih tinggi daripada yang diramalkan.

Penganalisis
John Liew +603 2302 8105 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.