Pameran Julung-Julung Kali Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021) Mendapat Sokongan Daripada Tourism Malaysia

Digital Travel Technology Association of Malaysia (DiTTAM) dengan
sukacitanya mengumumkan pameran maya secara atas talian
Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021) bertemakan “Semuanya Ada
Di Malaysia” akan julung-julung kali diadakan pada 27 – 29 Ogos
2021.

VTE2021 telah mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia,
Jabatan Pelancongan Negeri serta penggiat industri pelancongan
tempatan dalam mempromosikan pelancongan domestik.
Kerjasama ini sehaluan dengan tujuan Kerajaan Malaysia
mempromosikan pelancongan domestik. Ia juga mewujudkan
platform pemasaran maya untuk pemain industri yang terlibat
secara khusus dalam pakej dan perkhidmatan domestik.

VTE2021 akan dianjurkan di DiTTAM Virtual Convention Center
(DVCC) pada 27 – 29 Ogos dari jam 10.00 pagi hingga 10.00
malam secara atas talian. DiTTAM Virtual Convention Center
(DVCC) adalah sebuah pusat pameran maya yang diwujudkan khas
oleh DiTTAM.

VTE2021 akan memberikan suatu pengalaman baharu kepada para
pengunjung ekspo. Mereka akan teruja dengan ruang pameran
maya berteknologi tiga dimensi atau 3-D yang direka khas
menyerupai pameran secara fizikal. Sebelum ini ruang pameran
lebih berbentuk 2 dimensi atau 2-D.

Para pengunjung akan dapat berinteraksi secara maya dan live
dengan pemamer atau exhibitor serta dapat membeli pakej-pakej
pelancongan secara atas talian melalui teknologi digital canggih 3-D
yang disediakan oleh DiTTAM.

Tourism Malaysia serta Jabatan Pelancongan Negeri seperti
Langkawi, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka
sudah mengesahkan akan berada di Pameran VTE 2021 ini. Selain
daripada itu, VTE 2021 ini juga akan disertai oleh Persatuan
Kelab-kelab Golf, Persatuan Penyelam, Inap Desa, Hotel, Resort
dan agensi pelancongan yang akan berkampung secara maya di
VTE2021 selama 3 hari. Yang Berhormat Menteri Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia dijangka akan merasmikan pelancaran
VTE2021.

DiTTAM telah menyediakan lebih daripada 150 ruang pameran
teknologi 3-D dalam VTE 2021 yang boleh dikunjungi secara maya
oleh para pengunjung pada bila-bila masa ketika Pameran VTE2021
berlangsung.

Dengan sokongan dari Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan
Negeri, Persatuan Pelancongan, Hotel dan Resort serta pemain
Industri Pelancongan Tempatan, Pameran VTE 2021 akan dapat
menyumbang dan menyokong pertumbuhan pelancongan domestik.

Ini semua adalah sebahagian daripada usaha DiTTAM untuk
mempertingkatkan pelancongan dan ekonomi domestik.
DiTTAM telah ditubuhkan pada April 2021 yang lalu. Visi DiTTAM
adalah untuk menjadi pemangkin transformasi digital ke arah
pelancongan pintar. Misi utama adalah untuk mendorong inovasi
dengan bekerjasama dengan pihak berkepentingan pelancongan
dan teknologi untuk merapatkan jurang digital dan
memperkukuhkan lagi industri pelancongan melalui teknologi digital.
Pameran VTE2021 adalah salah satu usaha DiTTAM. Sebagai
persatuan berteras teknologi pelancongan, DiTTAM sentiasa
komited untuk menyokong seruan kerajaan ke arah
mempromosikan pelancongan secara digital.

Dalam suasana pendemik Covid 19 yang masih serius dengan
jumlah kes positif dan kematian yang tinggi maka pilihan untuk
berpindah ke platform maya atas talian adalah pilihan bijak dan
terbaik untuk dapat membantu menggurangkan penularan virus
kerana ketiadaan sentuhan fizikal.

Keadah norma baharu ini dijangka akan membantu melonjakkan
semula industri pelancongan dalam negara yang tergugat dan
terjejas teruk akibat pandemik COVID 19.

Penyelesaian digital yang disediakan oleh DiTTAM akan
mencetuskan revolusi sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 dan
Digital Economy Blueprint Malaysia. Ia juga akan mengubah
perniagaan pelancongan semasa yang tidak mampu berhadapan
dengan situasi semasa pandemik COVID 19 dan perubahan
ekonomi global.

Industri pelancongan Malaysia diharap akan mengambil
kesempatan daripada peluang keemasan baharu ini untuk
mengubah kaedah menjalankan operasi perniagaan semasa
mereka kepada perniagaan secara digital yang lebih berkesan.
Dengan pengumuman terkini YAB Perdana Menteri bahawa warga
Malaysia yang sudah mendapat vaksinasi dos kedua akan diberikan
kelonggaran untuk melancong dalam negeri maka semua pihak
dalam industri pelancongan wajar bersedia untuk memulakan
operasi mereka semula.

Penganjuran VTE2021 memang tepat pada masanya dan
dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana para pengunjung boleh
membeli pelbagai pakej pelancongan yang ditawarkan.
DiTTAM mengalu-alukan para pengunjung untuk membuat
pendaftaran percuma secara atas talian dengan melayari laman
sesawang VTE 2021 di https://vte2021.malaysiaexpo.net.
Oleh itu pendaftaran rasmi sebagai pengunjung amat penting untuk
memastikan kehadiran pengunjung ke VTE 2021.

Bagi pengunjung yang telah mendaftar, mereka akan berpeluang
memenangi cabutan bertuah. Selain itu, VTE 2021 menyediakan
juga beberapa hadiah menarik yang bakal dimenangi dalam
peraduan pembeli. Butiran lengkap mengenai cabutan bertuah dan
peraduan pembeli boleh didapati di laman sesawang VTE 2021.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai VTE 2021, sila layari
https://vte2021.malaysiaexpo.net atau e-mel kepada kami di
[email protected]. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga
hubungi melalui telefon atau Whatsapp di Tel: +60 19
215 7116, atau melayari laman web kami di: www.dittam.org.

Previous ArticleNext Article

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.