4 Cabaran Yang Rakyat Malaysia Lalui Bila Beli Rumah

Buat sesetengah orang, membeli rumah pertama merupakan salah satu kejayaan terbesar dalam hidup dan tanda yang dirinya kini sudah dewasa dan matang. 

Keperluan memiliki rumah sendiri (ruang peribadi) sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih tinggal di rumah ibu bapa mereka. 

Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa rumah boleh jadi satu aset dan dalam masa sama menjadi satu beban. 

Hal ini kerana, 26% daripada 300,000 rakyat Malaysia yang muflis setakat Ogos 2019 adalah kerana pinjaman hartanah! 

Logiknya mudah, jika anda gagal buat bayaran balik pinjaman hartanah pada bank, bank berkuasa melelong rumah itu dan anda boleh diisytihar bankrap!

Baca : Anak Muda, Buat 6 Perkara Ini Untuk Urus Kewangan Peribadi Dengan Lebih Bijak

Kredit Imej : Kuala Lumpur City

Semenjak dulu hingga kini, terdapat 4 cabaran yang kerap kali dihadapi rakyat Malaysia dalam membeli rumah. Cabarannya adalah :- 

  • Projek hartanah tergendala 
  • Peguam hartanah lambat follow up
  • Masalah 10% deposit dari harga rumah
  • Gagal dapat pinjaman hartanah dari bank

Ada banyak sebab kenapa sebuah projek hartanah itu tergendala sehingga belasan bahkan puluhan tahun lamanya. 

Antara sebab utamanya adalah :- 

  • Pemaju hartanah disenarai hitam 
  • Pemaju hartanah tiada lesen (APDL)
  • Pemaju hartanah gagal bayar kompaun

Baca : Reputasi Pemaju Main Peranan Dalam Jualan Hartanah?

Anda berisiko kehilangan deposit & ditipu sekiranya membeli unit kediaman dari pemaju hartanah yang tiada lesen APDL yang sah. 

Ada juga kes di mana pemaju hartanah disenarai hitam kerana terlibat dengan pelanggaran undang – undang, muflis dan kes penipuan. 

Pemaju hartanah yang dikompaun dan gagal membuat bayaran juga antara faktor sesebuah projek itu gagal kerana mereka kurang / hilang modal untuk membangunkan projek perumahan itu. 

Apa yang perlu anda buat? 

1. Semak reputasi pemaju hartanah dan maklum balas pembeli projek silam mereka di forum hartanah dan media sosial. 

2. Semak senarai pemaju hartanah yang disenarai hitam oleh KPKT. 

Rujukan : Senarai Hitam Pemaju Hartanah di Malaysia 

Masalah peguam hartanah yang lambat follow up sebenarnya kerap berlaku dalam kalangan pembeli rumah di Malaysia. 

Hal ini kerana, kebanyakan firma guaman tidak hanya menawarkan servis guaman hartanah sahaja, sebaliknya terdapat banyak servis guaman yang mereka tawarkan pada umum.

Ini menyebabkan mereka sukar memberi perhatian khusus dalam mempercepatkan proses jual beli rumah anda. 

Baca : 5 Sebab Kita Perlukan Peguam Dalam Jual Beli Hartanah

Apa yang anda perlu buat? 

1. Pilih firma guaman yang fokus kepada hartanah dan bukan kes jenayah, syariah dan lain-lain.

2. Jangan upah peguam yang dalam masa sama menjadi ejen insurans, ejen ASBF dan sebagainya.

Masalah untuk menyediakan 10% deposit dari harga rumah merupakan masalah terbesar yang dihadapi ramai pembeli rumah pertama tidak kira bangsa dan latar belakang. 

Antara faktor utamanya adalah kadar gaji yang tidak setimpal dengan penawaran harga rumah di Malaysia. 

Selain itu, faktor gaya hidup mewah dan kurangnya ilmu pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

3/4 daripada rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1,000 sekiranya berlaku kecemasan, apatah lagi untuk menyediakan 10% deposit daripada harga rumah.

Baca : Cara Kumpul Deposit Rumah Tak Sampai 3 Tahun

Solusinya adalah :- 

1. Beli rumah baru (undercon) dengan pakej 0% deposit. 

2. Beli rumah yang anda mampu dan bukan rumah yang anda layak. 

3. Cuba sediakan 3% deposit dan baki 7% gunakan wang dari Akaun 2 KWSP.

4. Elak beli rumah subsales dan lelong jika anda tidak mampu sediakan 10% deposit rumah.

Bayangkan, anda mempunyai wang deposit dan dokumen yang cukup untuk membeli rumah, tetapi pihak bank tidak meluluskan permohonan pinjaman hartanah anda. 

Perkara ini tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia khususnya buat golongan yang bekerja sendiri (bisnes) dan freelance. 

Puncanya? 

  • Tidak pernah ada rekod pinjaman (CCRIS bersih)
  • Mohon pinjaman terlalu besar dan tidak sesuai dengan pendapatan 
  • Tiada rekod simpanan di institusi kewangan termasuk ASB & Tabung Haji
  • Nisbah Debt Service Ratio (DSR) yang tinggi & tak layak untuk mohon pinjaman

Kredit Imej : Kuala Lumpur City

Apa Yang Anda Perlu Buat? 

1. Wujudkan Hutang 

Sebelum bank beri anda pinjaman hartanah yang besar jumlahnya, mereka perlu tahu dan menilai kemampuan anda membuat bayaran balik pinjaman hutang lain. 

Jadi, apa yang anda boleh buat adalah wujudkan hutang kecil seperti kad kredit dan ASBF dahulu.

Jaga komitmen bayaran bulanan supaya skoring CCRIS anda sentiasa cantik di mata pegawai bank. 

2. Buat Simpanan Secepat Mungkin

Jangan simpan duit cash di rumah sebaliknya simpan semua wang anda di bank atau menerusi akaun ASB dan Tabung Haji anda. 

Kemudian, cetak penyata kewangan untuk buktikan yang anda mempunyai wang dan bersedia untuk komitmen pinjaman hartanah. 

Hal ini kerana, bank perlu pastikan anda seorang peminjam yang kurang risiko. 

3. Mohon Pinjaman 90% Dan Ikut Kemampuan 

Kalau boleh, jangan mohon 100% pinjaman hartanah tetapi mohon 90% sahaja. Sediakan 10% deposit supaya pinjaman lebih senang diluluskan dan beli rumah ikut kemampuan pendapatan anda. 

Jika pendapatan bulanan anda adalah RM3,500 sebulan, jangan pula anda mohon pinjaman 100% untuk rumah berharga RM650,000 yang anggaran bayaran bulanannya adalah RM3,000!

4. Kurangkan Debt Service Ratio (DSR)

Untuk kurangkan nisbah DSR anda, perkara pertama yang anda perlu buat adalah selesaikan hutang – hutang lapuk (jika ada) seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya. 

Semakin rendah DSR anda, semakin cerah peluang anda untuk dapat pinjaman hartanah dari bank. 

Dalam masa sama, kurangkan komitmen dan tingkatkan pendapatan anda. 

Semua cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia di atas boleh diselesaikan sekiranya anda dapatkan khidmat nasihat dari ejen hartanah berdaftar yang sah. 

Baca : Pinjaman Rumah Tak Lulus Sebab Kau Terlalu Muda? Ini Penjelasannya

Dan paling penting, buat kajian yang menyeluruh berkenaan status pemaju dan rekod projek silam mereka supaya anda tidak menjadi mangsa. 

Ambil tahu kadar faedah pinjaman hartanah semasa dari pelbagai bank supaya anda dapat kadar faedah dan jenis pinjaman yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda. 

Sumber Rujukan :

Makin berumur, makin mahal bayaran bulanan bank. Sebab maksimum tempoh pinjaman / pembiayaan bagi kebanyakan bank adalah sehingga umur 70 tahun. Kalau umur sekarang 40 tahun, hanya tinggal 30 tahun sahaja. Semakin pendek tempoh pinjaman / pembiayaan, semakin mahal bayaran bulanan bank. Erti kata lain kalau ada peluang beli rumah masa muda, belilah sekarang.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawless, bank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.