Perkahwinan Hampir Musnah Akibat Hutang 6 Angka, Wanita Ini Kembali Bangkit

Wanita ini berkongsi bersama kami akan perit getir kehidupan beliau sebelum ini apabila menghadapi masalah kewangan yang serius. Beliau dan suami bukanlah orang yang susah pada asalnya namun kelalaian membuatkan mereka ditimpa musibah hutang. 

Ya. Dalam pengurusan kewangan, siapa sahaja boleh mempunyai masalah. Yang kaya atau yang miskin, jika gagal menguruskan duit dengan betul, mereka akan gagal dan mungkin boleh dijatuhkan bankrap. 

Apakah Masalah Yang Berlaku?

Bermula dengan keseronokan mempunyai wang atau pendapatan tetap yang banyak, tanpa berfikir panjang, si suami membeli sebuah kereta ‘mahal’  dengan komitmen bulanan yang tinggi. Akhirnya, apabila hilang pendapatan tetap, bayaran bulanan kereta tertangguh selama berbulan-bulan dan kereta perlu ditarik.

Untuk menyelesaikan masalah bayaran bulanan kereta yang tidak mampu dibayar, si suami mengambil keputusan untuk menjual kereta yang dibeli melalui seorang kawan yang bekerja di used car dealer. Harapkan pegar, pegar makan padi. Kawan yang diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk membantu mereka menjual semula kereta tersebut, lesap. Begitu juga dengan kereta, turut lesap sekali. 

Gambar ilustasi.

Hampir setahun mereka mencari dan terus mencari ‘kawan’ dan ‘kereta’ yang lesap. Hutang pula tertunggak sebanyak RM 150,000. Sudahlah kereta pun tiada, hutang pula perlu ditanggung dan tidak dapat dilangsaikan. 

Bayangkan apa yang berlaku apabila kereta yang telah lesap dan tidak dapat dilelong oleh bank. Disebabkan oleh kekangan kewangan, pasangan ini banyak menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian. Haa. Mesti ramai dah terfikir apa yang terjadi kan? 

Betul! Mereka hanya membayar kad kredit pada had minimum yang ditetapkan. Makin bertambahlah hutang bersama ‘interest’ kad kredit yang tinggi. Ketika itu, hutang kad kredit juga tertunggak hampir RM 30,000.00. 

Cabaran Kepada Diri & Keluarga

Ketika keadaan yang mendesak dan penuh dengan tekanan, wanita ini menceritakan bahawa beliau dan suaminya bergaduh hampir setiap hari. Pastinya, dengan dihimpit beban kewangan sebegini rupa, umpama tiada jalan lagi untuk masalah ini diselesaikan.

Ahli keluarga terdekat menasihati untuk terus bersabar dan ada yang menasihati untuk bercerai. Namun, ianya tidak semudah yang diungkapkan dengan kata-kata. Memikirkan anaknya yang baru sahaja lahir, dengan rasa cinta yang tidak pernah lusuh, mungkin ujian ini adalah untuk menguji kekuatan cinta dua insan ini. 

Mengatasi Masalah Kewangan

Memilih untuk menyelesaikan masalah yang dialami, pasangan yang sebelum ini bergaji tetap kini menukar kerja dan mencari pendapatan lebih dengan membuat sales. Suaminya mengambil keputusan untuk menjadi sales advisor di sebuah cawangan kereta mewah. Wanita ini pula menjadi ejen pelaburan, insuran dan perancangan pusaka.

Mereka bekerja tanpa henti selama bertahun-tahun demi misi untuk bebas dari hutang. Ia merupakan fasa yang perit kerana kepenatan bekerja siang dan malam membuatkan mereka terus menerus bergaduh. Sekali lagi mereka diuji. Kedua-duanya masih tidak bersependapat dari aspek yang lain dan masing-masing mula makan hati.

Mereka mengambil keputusan untuk menghabiskan duit baki yang ada untuk mendapatkan bantuan daripada life coach antarabangsa. Ini merupakan pelaburan yang mendatangkan hasil yang lumayan kerana mereka diajar untuk melihat masalah dari sudut yang membina. Melalui bimbingan seorang profesional, mereka berjaya menyusun semula kehidupan dan perkahwinan.

Sehingga sekarang, wanita ini dan suaminya masih lagi berada dalam proses kebangkitan daripada zaman kegelapan kewangan yang dihadapinya beberapa tahun dulu. 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut kisah wanita ini, bagaimana beliau dan suami berjaya menguruskan kewangan dan hutang yang pada ketika itu sangat serius, Majalah Labur membawakan kepada anda semua, Puan Aisya Rahman, Perancang Kewangan berdaftar untuk berkongsi serta membantu anda semua dalam pengurusan kewangan yang efektif.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.