Ada Ke Yang Beli Kereta Tesla?

Pernah dengar kereta berjenama Tesla? Tesla merupakan pengeluar model kenderaan elektrik (EV) dan boleh dikatakan antara salah satu syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang terbaik di dunia.

Tesla ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik, panel solar dan bateri kenderaan. Diasaskan oleh Martin Eberhard dan Marc Tarpenning dan syarikat ini mendapat namanya sempena nama pencipta lagenda iaitu Nikola Tesla. 

Elon Musk pula merupakan pengasas bersama Tesla. Sebagai pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengetuai semua reka bentuk produk, kejuruteraan dan pembuatan global kenderaan elektrik syarikat, produk bateri dan produk tenaga solar. 

Sejak penubuhan syarikat pada tahun 2003, misi Tesla adalah untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga mampan. 

Industri kenderaan elektrik dilihat mempunyai masa depan yang cerah kerana pengeluar kenderaan kini mula bergerak ke arah tenaga hijau dan mengambil inisiatif mengurangkan pelepasan.

Mungkinkah tidak lama lagi orang ramai akan mula menggunakan kereta elektrik berbanding kereta konvensional yang menggunakan petrol?

Baca : Masa Depan Industri Kenderaan Elektrik. Sudah Bersediakah Kita?

Jika anda antara yang memiliki kenderaan Tesla di Malaysia, ramai pastinya terpegun kerana tidak banyak kereta Tesla yang masuk ke dalam negara setakat ini.

Umpama barang ‘rare’ di atas jalan raya.

Gambar: Reuters 

Cybertruck adalah model pikap pertama yang dikeluarkan oleh Tesla. Pada awalnya Cybertruck dianggap sebagai bahan jenaka kerana reka bentuknya yang unik. 

Trak pikap elektrik pertama Tesla kelihatan seperti kenderaan berperisai sudut futuristik berwarna kelabu ‘gunmetal’.  

Pasaran pikap kini dikuasai oleh Ford Motor Co F-150, selain daripada model keluaran General Motors Co dan Fiat Chrysler Automobiles NV.

Baca : 6 Syarikat Bakal Menjadi Pesaing Tesla

Kita dah bercerita panjang lebar berkenaan dengan Tesla, rasanya ada tak orang yang beli kereta Tesla ni?

Jualan Kenderaan Tesla Meningkat Hampir 2 Kali Ganda Pada 2021

Sumber: Statista

Data di atas diperoleh daripada laman Statista dan data di atas adalah data daripada tahun 2012 sehingga 2021. 

Bayangkan pada tahun 2012, hanya 2600 unit kenderaan Tesla yang terjual. Pada ketika itu, penerimaan terhadap kenderaan Tesla mungkin belum lagi tinggi. 

Namun, lama kelamaan permintaan terhadap kenderaan elektrik semakin meningkat saban tahun. 

Pada tahun 2020, sejumlah 499,550 unit kenderaan Tesla berjaya dijual. Meskipun pandemik melanda seluruh dunia, permintaan terhadap Tesla tidak terhenti malah permintaan terhadap kereta ini meningkat hampir dua kali ganda pada tahun 2021.

Sebanyak 936,172 unit kenderaan Tesla yang berjaya dijual pada tahun lepas.

Status Syariah Saham Tesla

Tak mampu beli kereta Tesla? Anda mungkin mampu membeli saham Tesla dan menjadi pemegang saham syarikat tersebut.

Tahukah anda saham Tesla adalah patuh syariah?

Sumber: Islamicly

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

PROTON Cemerlang Jual 16,995 Unit Pada Mei, Saga Model Terlaris Malaysia Bulan Lalu

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menguasai pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 16,995 kenderaan pada Mei.

Prestasi itu dicapai walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dianggarkan susut 15.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Prestasi kukuh itu meningkatkan jualan PROTON bagi setakat tahun ini kepada 84,294 unit dalam lima bulan pertama 2026.

Jumlah itu mewakili peningkatan 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan memberikan syarikat pegangan pasaran dianggarkan 26.7 peratus.

Pertumbuhan itu dicatatkan ketika TIV keseluruhan dianggarkan menguncup 1.4 peratus dalam tempoh yang sama, sekali gus menunjukkan keupayaan pengeluar automotif itu untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pemacu utama prestasi Mei ialah kebangkitan semula model Proton Saga, yang kembali menjadi kenderaan paling laris di Malaysia dengan 7,398 unit didaftarkan pada bulan lalu, sekali gus meningkatkan jualan setakat tahun ini sebanyak 41 peratus kepada 37,375 unit.

Syarikat itu turut melaporkan permintaan kukuh bagi model Proton S70 dan Proton X50, masing-masing mencatat jualan 2,350 unit dan 2,793 unit.

Jualan terkumpul Proton S70 meningkat kepada 10,525 unit, manakala Proton X50 mencapai 12,967 unit, sekali gus menjadi model dengan jualan tertinggi dalam segmen kenderaan utilitik sukan (SUV).

Sementara itu, Proton X90 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV D dengan jualan mencecah 402 unit pada Mei, menjadikan jumlah jualan YTD meningkat 38.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa, berkata prestasi itu mencerminkan keyakinan pengguna yang berterusan terhadap kenderaan yang menawarkan nilai, teknologi dan pengalaman pemilikan yang baik.

Selain itu, perniagaan kenderaan elektrifikasi PROTON turut mencatat keputusan memberangsangkan apabila penghantaran gabungan model e.Mas mencecah 3,022 unit pada Mei merangkumi pasaran domestik dan eksport.

Jualan bagi model e.Mas setakat tahun ini pula mencapai 14,687 unit selepas lima bulan pertama tahun ini.

Model hibrid plug-in (PHEV) baharu Proton e.Mas 7 PHEV mencatat jualan 1,181 unit pada Mei, iaitu bulan kedua berturut-turut mencipta rekod baharu, sekali gus menjadikannya PHEV paling laris di Malaysia.

Jualan terkumpul model itu mencecah 2,936 unit sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Versi elektrik sepenuhnya Proton e.Mas 7 turut kembali menjadi EV paling laris di Malaysia bagi bulan berkenaan, dengan penghantaran melonjak kepada 958 unit selepas pengeluaran pemasangan tempatan mencapai tahap yang lebih stabil.

Sementara itu, Proton e.Mas 5 kekal sebagai EV paling laris di negara ini bagi tempoh setakat tahun ini, dengan 9,357 unit telah dihantar setakat ini pada 2026.

Penghantaran bulanan model itu sedikit menurun kepada 883 unit menjelang permulaan operasi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata permintaan pengguna terhadap EV dan PHEV mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrifikasi di Malaysia.

“Ketika operasi pemasangan tempatan untuk Proton e.Mas 7 terus dipertingkatkan dan pemasangan tempatan Proton e.Mas 5 mula dijalankan, kami sedang memperkukuhkan keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan sambil menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia,” katanya.