Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2022

Bursa Malaysia kembali ke paras bawah 1,600 mata pada bulan Mac 2022 dengan kekurangan sentimen pasaran berbanding dengan bulan Februari lepas.

Dalam keadaan pasaran yang bercampur-campur ini, sudah pasti ada kaunter yang untung dan rugi pada bulan Mac 2022. Kaunter paling rugi pada Mac 2022 mencecah kejatuhan melebihi 60% dalam tempoh sebulan. 

Mari kita lihat senarai 10 saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mac tahun 2022. Senarai saham tersebut adalah seperti berikut:-

1. SMTRACK BERHAD

SMTRACK Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mac 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 64.44% dalm tempoh sebulan dagangan. 

2. VINVEST CAPITAL HOLDINGS BERHAD

Vinvest Capital Holdings Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Mac 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 56.07%. 

3. KANGER INTERNATIONAL BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Kanger International Berhad dengan kejatuhan sebanyak 41.38% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. KRETAM HOLDINGS BHD

Kretam Holdings Bhd berada di tangga keempat untuk kaunter saham paling rugi sepanjang bulan Mac 2022 dengan kejatuhan sebanyak 23.03%.

5. HONG SENG CONSOLIDATED BERHAD

Di tempat kelima pula adalah syarikat Hong Seng Consolidated Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 21.86% untuk tempoh sebulan pada Mac 2022. 

6. AHB HOLDINGS BHD

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah kaunter saham syarikat AHB Holdings Bhd dengan kejatuhan sebanyak 20.83% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. BINA DARULAMAN BHD

Pada tempat ketujuh adalah kaunter saham syarikat Bina Darulaman Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 20.73% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mac 2022. 

8. TH PLANTATIONS BHD

Syarikat TH Plantations Bhd pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Mac 2022 dengan penurunan sebanyak 18.40%. 

9. WOODLANDOR HOLDINGS BHD

Woodlandor Holdings Bhd merupakan kaunter saham kesembilan paling rugi pada bulan Mac 2022 dengan kejatuhan sebanyak 18.12%.

10. MALAYSIAN GENOMICS RES CENTRE BHD

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah kaunter daripada syarikat Malaysian Genomics Res Centre Bhd dengan penurunan sebanyak 14.51% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mac 2022. 

Mampukah Sentimen Raya Merancakkan Pasaran?

Kita telah melihat kaunter paling rugi diatas pada bulan Mac 2022 dengan keadaan indeks Bursa yang dalam keadaan bercampur-campur. 

Pada bulan April pula merupakan bulan Ramadhan dan bulan persiapan untuk umat islam menyambut raya. 

Mampukah sentimen ini merancakkan keadaan pasaran terutamanya sektor perkhidmatan dan pengguna apabila bazar dan sambutan hari raya telah dibenarkan setelah dua tahun berkurang? 

Semoga kita tidak mengalami kerugian yang sia-sia dalam pelaburan kita. Ada duit lebih boleh bersedekah lebih nanti!

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian