9 panduan asas sebelum memulakan pelaburan Unit Trust

Unit Amanah adalah salah satu instrumen pelaburan yang boleh dijadikan pilihan jika anda tidak berani menanggung risiko yang tinggi.

Baca panduan ini jika anda berminat untuk melabur ke dalam Unit Amanah

1. Sebelum melabur, mulakan dengan simpanan 10% gaji. Simpan ke Tabung Haji sebaiknya kerana ia boleh memberi pulangan lebih baik dari simpanan biasa.

2. Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai dana kecemasan untuk masa hadapan.

3. Selepas cukup simpanan tersebut, baru boleh mulakan pelaburan menggunakan duit LEBIHAN simpanan. Jangan gunakan wang simpanan, guna wang lebihan simpanan.

4. Jangan buat “Dollar Cost Averaging” (DCA) secara membuta tuli. Buat secara bijak kerana selepas setahun dua melabur kita tahu harga paling tinggi dan harga paling rendah. Jadi selepas itu, memilihlah waktu kita membeli dana baru pada harga murah.

5. Guna wang dari Kumpulan Wang Simpanan Persaraan? Ia kaedah terakhir. Jika gunakan cara ini, gunakan juga tip-tip yg dikongsi di sini terutama jangan lakukan DCA secara membuat tuli. Tahukah anda, CEO Kumpulan Wang Simpanan Persaraan pernah membuat kenyataan bahawa hanya 20% sahaja pelabur yg mengeluarkan wang Dana Persaraan untuk unit trust mendapat pulangan melebihi pulangan Dana Persaraan tersebut?

6. Letakkan benchmark ASB 8% setahun sebagai ROI. Jika ROI dana kurang 8%, maka lakukan sesuatu – review dana dan switching.

7. Jangan Bergantung harap kepada ejen atau broker, mereka hanyalah fasilitator dalam pelaburan ini. Jika dapat ejen yang bagus, itu ialah bonus.

8. Sebenarnya, tanpa melalui ejen pun kita boleh membeli sendiri dana-dana pilihan kita dan dapat menjimatkan kos dan caj.

9. Semak prestasi dana-dana pelaburan unit amanah melalui laporan Lipper dan bukan semata-mata bergantung kepada ejen sebab ejen akan mempromosi dana syarikat mereka.

Sumber asal : Afyan Mat Rawi, IFP

Afyan Mat Rawi, IFP ialah seorang konsultan dalam bidang servis kewangan sepenuh masa di INFAQ Consultancy.

Nota : Hubungi Tuan Afyan jika berminat untuk melabur dalam Top 5 dana Unit Amanah di Malaysia, dari pelbagai syarikat Unit Amanah!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.