Kenapa Berlian Mahal?

Berlian memang menjadi idaman kebanyakan wanita. Boleh dikatakan antara favourite jewellery selain emas. Kalau pergi kedai emas atau perhiasan berlian, boleh tengok design cincin dan loket rantai cantik-cantik belaka. Nampak classy dan mewah. Harga juga boleh tahan mahal.

Batuan berlian mentah ini pada asalnya sangat keras, maklumlah ia berasal dari perut bumi. Terhasilnya batu mentah ini secara semula jadi memang makan beribu tahun malah berbilion tahun pun ada. Sebab itulah berlian mahal.

Pembentukan Batu Berlian

Batu intan mentah atau berlian kasar ni adalah batu natural yang belum diproses atau dipotong. Tidak berkilau cantik macam kita nampak di kedai emas.

Batu berlian ini ditolak ke permukaan bumi disebabkan aktiviti gunung berapi. Batu berlian yang tinggi unsur karbonnya terhasil daripada tekanan dan suhu dalam perut bumi yang sangat tinggi.

Kedalaman mencecah antara 150 km ke 250 km. Dalam, bukan? Apabila dapat tahu bukan senang batu berlian ni terbentuk, fahamlah kenapa berlian itu tinggi nilainya.

Karat Berlian

Kalau emas ada karatnya, berlian pun ada juga. Cuma karat dalam emas tak sama dengan berlian. Cara kiranya pun berbeza.

Cerita ringkas, karat emas berkaitan kandungan emas tulen dalam perhiasan itu, manakala karat berlian merujuk kepada unit standard untuk berat berlian.

Jika emas, semakin berat karat, semakin mahal. Sebab itu emas tulen lebih tinggi nilainya daripada emas perhiasan.

Tidak pula bagi berlian kasar. Berlian kasar dinilai harga rendah berbanding berlian perhiasan yang telah dipotong, diproses dan digilap dengan kilauan cahaya yang sempurna.

Walaupun karat berlian kasar lebih berat berbanding karat berlian perhiasan, namun harga berlian perhiasan itu jauh lebih mahal.

Potongan Dan Bentuk Berlian

Oleh sebab proses pemotongan dan reka bentuk berlian itu rumit dan memakan masa, ia menjadi salah satu sebab harga barang kemas berlian mahal.

Kalau potong tak kena gaya, hilang kualiti cahaya berlian itu. Memang perlu skil untuk potong tak terlalu cetek atau terlalu dalam, sebab potongan sempurna membiaskan cahaya yang maksimum. Barulah terpancar “kemewahan”.

Bentuk berlian pun penting juga sebab ada bentuk yang lebih sukar dipotong seperti bulat. Memang lebih teliti untuk menjaga kualiti kilauannya. Pendek kata, setiap bentuk ada ciri cahaya yang berbeza.

Kalau cincin perkahwinan, selalu famous kita dengar bentuk round dan princess cut. Ada pelbagai bentuk popular lain seperti heart, cushion, oval dan pear.

Harganya? Bergantung pada kekemasan potongan, bentuk dan saiz berlian tu. Ada kualiti spesifik yang kena ikut standard global gred berlian.

Warna Berlian

Berlian paling mahal ialah berlian tanpa warna yang tinggi kejernihannya. Ikut gred warna, jenis ideal ini di bawah gred D. Gred D paling baik dan sangat jarang ditemui.

Selalunya batu berlian ada sedikit warna. Kalau ada beza satu atau dua gred warna juga, boleh mempengaruhi harga berlian dengan perbezaan besar.

Kalau warna batu berlian rare seperti hijau, merah dan biru, lagilah tinggi nilai berlian tu. Lagi gelap warna berlian, lagi sukar dijumpai, lagi mahal lah berlian tu.

Sijil Berlian

Kalau ada sijil berlian bertauliah seperti daripada institut gred GIA (Gemological Institute of America), berlian anda lebih dijamin dan ada nilai. Sijil berlian ini ibarat laporan gred yang menunjukkan kualiti perhiasan berlian.

Apa standard kualitinya? 4C kualiti berlian ialah cut (potongan), carat (karat), colour (warna), dan clarity (kejernihan).

Kalau nak pergi shopping diamond, mesti tahu 4C ini untuk match dengan bajet anda. Kalau ada orang nak jual berlian pada anda, tanyakan tentang sijil berlian ini. Barulah tidak senang ditipu.

Kualiti batu berlian ni memang dijaga dan diperiksa dengan teliti. Ringkasnya, jual beli berlian ni ada value tersendiri, sebab tu harganya mahal.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

PROTON Cemerlang Jual 16,995 Unit Pada Mei, Saga Model Terlaris Malaysia Bulan Lalu

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menguasai pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 16,995 kenderaan pada Mei.

Prestasi itu dicapai walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dianggarkan susut 15.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Prestasi kukuh itu meningkatkan jualan PROTON bagi setakat tahun ini kepada 84,294 unit dalam lima bulan pertama 2026.

Jumlah itu mewakili peningkatan 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan memberikan syarikat pegangan pasaran dianggarkan 26.7 peratus.

Pertumbuhan itu dicatatkan ketika TIV keseluruhan dianggarkan menguncup 1.4 peratus dalam tempoh yang sama, sekali gus menunjukkan keupayaan pengeluar automotif itu untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pemacu utama prestasi Mei ialah kebangkitan semula model Proton Saga, yang kembali menjadi kenderaan paling laris di Malaysia dengan 7,398 unit didaftarkan pada bulan lalu, sekali gus meningkatkan jualan setakat tahun ini sebanyak 41 peratus kepada 37,375 unit.

Syarikat itu turut melaporkan permintaan kukuh bagi model Proton S70 dan Proton X50, masing-masing mencatat jualan 2,350 unit dan 2,793 unit.

Jualan terkumpul Proton S70 meningkat kepada 10,525 unit, manakala Proton X50 mencapai 12,967 unit, sekali gus menjadi model dengan jualan tertinggi dalam segmen kenderaan utilitik sukan (SUV).

Sementara itu, Proton X90 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV D dengan jualan mencecah 402 unit pada Mei, menjadikan jumlah jualan YTD meningkat 38.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa, berkata prestasi itu mencerminkan keyakinan pengguna yang berterusan terhadap kenderaan yang menawarkan nilai, teknologi dan pengalaman pemilikan yang baik.

Selain itu, perniagaan kenderaan elektrifikasi PROTON turut mencatat keputusan memberangsangkan apabila penghantaran gabungan model e.Mas mencecah 3,022 unit pada Mei merangkumi pasaran domestik dan eksport.

Jualan bagi model e.Mas setakat tahun ini pula mencapai 14,687 unit selepas lima bulan pertama tahun ini.

Model hibrid plug-in (PHEV) baharu Proton e.Mas 7 PHEV mencatat jualan 1,181 unit pada Mei, iaitu bulan kedua berturut-turut mencipta rekod baharu, sekali gus menjadikannya PHEV paling laris di Malaysia.

Jualan terkumpul model itu mencecah 2,936 unit sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Versi elektrik sepenuhnya Proton e.Mas 7 turut kembali menjadi EV paling laris di Malaysia bagi bulan berkenaan, dengan penghantaran melonjak kepada 958 unit selepas pengeluaran pemasangan tempatan mencapai tahap yang lebih stabil.

Sementara itu, Proton e.Mas 5 kekal sebagai EV paling laris di negara ini bagi tempoh setakat tahun ini, dengan 9,357 unit telah dihantar setakat ini pada 2026.

Penghantaran bulanan model itu sedikit menurun kepada 883 unit menjelang permulaan operasi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata permintaan pengguna terhadap EV dan PHEV mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrifikasi di Malaysia.

“Ketika operasi pemasangan tempatan untuk Proton e.Mas 7 terus dipertingkatkan dan pemasangan tempatan Proton e.Mas 5 mula dijalankan, kami sedang memperkukuhkan keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan sambil menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia,” katanya.