HABIB Raikan Tahun Ke-30 Di AEON Alpha Angle, Dengan Wajah Baharu

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Jenama barangan kemas tempatan, HABIB, meraikan tahun yang bermakna ini dengan pembukaan semula bilik pameran di Aeon Alpha Angle hari ini. Cawangan ini telah dibuka sejak 30 tahun yang lalu, iaitu pada 24 April 1992 dengan keluasan sederhana bersaiz 474 kaki persegi. Bilik pameran ini kemudian berpindah ke ruangan yang lebih luas bersaiz 959 kaki persegi pada Mac 2011 dan tahun ini (2022), menandakan detik bermakna buat HABIB yang telah berkembang selama 30 tahun di Alpha Angle. Bagi menghargai sokongan pelanggan setia sejak dahulu lagi, HABIB menjadikan pengalaman membeli-belah yang selesa sebagai keutamaan di bilik pameran baharu berkeluasan 2,253 kaki persegi ini.

Bilik pameran HABIB Alpha Angle tampil berwajah baharu, serba moden dan mewah

Terletak berdekatan pintu masuk utama di Lot G25 & G26, bilik pameran ini menumpukan pada reka bentuk inovasi serta pengalaman pelanggan pada masa yang sama menitikberatkan rekaan sederhana. Bermula daripada pemilihan material untuk setiap permukaan sehinggalah susun atur yang memberi inspirasi, rekaannya mengetengahkan elemen selesa dan mesra pelanggan. Jarak pada setiap kaunter juga lebih lapang dilengkapi kerusi yang utuh. Ruangan santai dan tertutup turut disediakan di bilik pameran ini bagi menjamin keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan. Sentiasa tampil dengan kelainan, HABIB komited dalam mengutamakan pengalaman membeli-belah barangan kemas di Malaysia bertaraf dunia, pada masa yang sama tetap mengekalkan identiti, kepercayaan dan keselesaan, ciri istimewa jenama HABIB.

Menerapkan elemen moden kontemporari, motif tradisional songket Melayu diterjemahkan pada rekaan ‘feature wall’ bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap industri kraftangan yang menjadi salah satu identiti Malaysia. Berlatarbelakangkan gabungan rona warna ungu, ianya mewakili unsur kepelbagaian budaya di negara ini. Rona emas dan gangsa diaplikasikan pada logo adalah sebagai lambang identiti dan warisan yang menjadi pegangan jenama HABIB.

Rekaan ‘feature wall’ HABIB menerapkan motif tradisional songket Melayu

Kebanyakan pelanggan mengunjungi HABIB untuk pelbagai tujuan seperti sambutan hari istimewa, meraikan pencapaian mahupun sekadar mencuci mata dengan barangan kemas yang menawan. HABIB menghargai detik-detik bermakna ini dengan menampilkan rekaan barangan kemas yang sesuai untuk acara tertentu. Sebahagian daripada pengalaman membeli-belah yang HABIB janjikan merupakan seleksi barangan kemas yang pelbagai bermula daripada emas, berlian, batu permata dan mutiara yang merambangkan mata. Ini juga termasuk koleksi kegemaran ramai, Oro Italia 916® yang hanya boleh didapati di HABIB. Dalam pada itu, bilik pameran baharu ini turut menampilkan kaunter khusus untuk barangan kemas eksklusif berlian dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuk berlian bersijil yang sesuai untuk bakal mempelai dan juga boleh ditempah khas, mengikut citarasa tersendiri.


Sempena meraikan ulang tahun ke-30, bilik pameran ini menandakan aras kejayaan dengan wajah, konsep serta pengalaman yang baharu. Buat pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan, HABIB terus komited dengan menawarkan barang kemas bertaraf dunia yang unik dan eksklusif serta memberi mutu perkhidmatan dan layanan yang terbaik. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di Instagram dan Tiktok (@habibjewelsofficial) serta Facebook (@habibjewels).

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

boAt Memasuki Malaysia, Merancakkan Pengembangan Asia Tenggara Melalui Kerjasama Dengan Opptra

Kuala Lumpur, Malaysia: boAt – jenama audio No. 3 dunia (Sumber: IDC CY 2024) – hari ini mengumumkan kemasukannya ke pasaran Malaysia, menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan antarabangsa syarikat di seluruh Asia Tenggara. Langkah ini menegaskan cita-cita boAt untuk memperluas kehadiran globalnya serta menembusi pasaran pengguna digital yang berkembang pesat.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan ini, boAt telah bekerjasama dengan Opptra, sebuah usaha baharu oleh pengasas bersama Flipkart, Binny Bansal, yang memberi tumpuan kepada membantu jenama pengguna membuka potensi pertumbuhan global dan berkembang dalam landskap runcit yang semakin berorientasikan digital.

Ekonomi digital Malaysia yang semakin pesat, didorong oleh penggunaan e-dagang yang meluas serta peningkatan pengguna celik teknologi, membuka ruang pertumbuhan yang signifikan bagi boAt. Dengan runcit dalam talian terus mempengaruhi corak pembelian, pengguna tempatan kini lebih cenderung kepada produk audio yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan nilai dan sesuai dengan gaya hidup aktif harian mereka.

Kemasukan boAt hadir pada masa yang tepat, ketika permintaan terhadap peranti audio peribadi semakin meningkat, dipacu oleh penggunaan mudah alih, penstriman kandungan serta peralihan kepada gaya hidup dan kerja hibrid. Perkembangan ini mewujudkan peluang kepada boAt untuk menembusi pasaran yang berkembang pesat dengan tahap penglibatan pengguna yang tinggi.

Di Malaysia, boAt akan memperkenalkan rangkaian produknya merangkumi fon putik TWS (True Wireless Stereo), fon kepala serta bank kuasa, termasuk siri premium Nirvana yang menawarkan reka bentuk lebih premium dan pengalaman audio yang dipertingkatkan. Antara produk utama yang diketengahkan ialah Nirvana IVY Pro, Nirvana Ion Wireless dan EnergyShroom PB400. Berteraskan falsafah jenama globalnya, Create Waves, rangkaian ini memberi tumpuan kepada prestasi audio yang mantap, ketahanan bateri untuk penggunaan berpanjangan serta teknologi pembatalan hingar aktif yang canggih.

Nirvana IVY Pro menampilkan pengalaman audio yang lebih imersif melalui ciri seperti audio spatial berasaskan Dolby Atmos, Dolby Head Tracking serta sehingga 52dB Adaptive Hybrid ANC. Sementara itu, Nirvana Ion Wireless direka untuk kegunaan sepanjang hari dengan jangka hayat bateri sehingga 120 jam. Melengkapkan rangkaian ini, EnergyShroom PB400 hadir dengan pengecasan pantas dua hala 22.5W serta sokongan pelbagai peranti melalui tiga port output, menawarkan kemudahan tambahan kepada pengguna.

Produk-produk ini kini tersedia di platform e-dagang utama seperti Shopee, dan akan turut ditawarkan di Lazada serta TikTok Shop dalam masa terdekat, sekali gus memastikan capaian yang meluas serta pengalaman membeli-belah yang lancar selaras dengan tingkah laku pengguna tempatan

 Gaurav Nayyar – Ketua Pegawai Eksekutif boAt berkata, “Malaysia merupakan titik kemasukan yang menarik bagi kami ke Asia Tenggara ketika kami mengembangkan boAt ke peringkat global. Dengan asas pengguna muda yang berorientasikan digital serta penerimaan e-dagang yang kukuh, pasaran ini sangat sejajar dengan kekuatan jenama kami. Bersama Opptra sebagai rakan kongsi, kami yakin dapat berkembang dengan pantas sambil kekal relevan kepada pengguna tempatan. Ini hanyalah permulaan, dan kami berharap untuk berkembang ke lebih banyak pasaran di rantau ini dalam masa terdekat.”

Kemasukan boAt ke Malaysia memperkukuh kehadirannya di peringkat antarabangsa, terutamanya di negara-negara yang merupakan sebahagian daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asia Selatan, di mana jenama ini terus berkembang dan memperoleh daya tarikan yang kukuh. Langkah terbaharu ini mencerminkan hala tuju jangka panjang syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain global yang terkemuka dalam ruang elektronik pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boAt, sila layarihttps://my.boat-lifestyle.com/

Tentang boAt:
Beribu pejabat di India, Imagine Marketing Limited (IML), pemilik jenama “boAt”, menawarkan portfolio produk yang merangkumi peranti audio, peranti boleh pakai pintar, penjagaan diri, aksesori mudah alih dan banyak lagi. Di bawah naungan Imagine, boAt ditubuhkan dan berjaya mengganggu industri audio sehingga menjadi jenama peranti audio boleh pakai No. 1 di negara tersebut (berdasarkan jumlah penghantaran menurut data IDC terkini). Portfolio boAt menawarkan produk yang direka dengan baik, inovatif dan bergaya, berorientasikan gaya hidup, pada harga yang menarik, disasarkan kepada golongan muda serta pasaran yang luas di India. Imagine Marketing telah bekerjasama dengan nama-name global seperti Qualcomm dan Dolby untuk memacu inovasi produknya, dan disokong oleh Warburg Pincus, sebuah dana ekuiti persendirian global, serta Malabar Investments dan Fireside Ventures.