Jealous Tengok Rakan Anda Yang Selalu Travel?

Adakah anda tertanya-tanya akan mereka yang kerap travel, bagaimana mereka mengumpul duit? Padahal mereka yang suka travel ini bukan yang bergaji besar setiap bulan.

Apakah yang membuatkan mereka berjaya mengumpul simpanan untuk travel ke serata tempat sehingga ke luar negara?

Berikut adalah 3 perkara yang dilakukan oleh geng travel dalam misi mereka mengumpul duit untuk mencapai hasrat dan hajat mereka untuk travel ke sana sini.

Follow rapat-rapat 3 perkara ini dalam apa jua yang anda lakukan terutamanya dalam perbelanjaan kehidupan anda.

This image has an empty alt attribute; its file name is direction-journey-laptop-lying-700x718.jpg

1. Matlamat Utama

Mereka  yang suka travel ini punya matlamat yang jelas dan apa cara sekalipun, matlamat itu perlu dicapai.

Matlamat mereka adalah travel. Oleh itu mereka telah membuat perancangan yang amat rapi seawal 6 ke 12 bulan dari jangka masa yang mereka tetapkan untuk travel. Contohnya nak pergi melancong bulan Disember tahun 2022, seawal Disember tahun 2021 dah start kumpul duit.

Begitu juga dari segi pengurusan kewangan mereka. Tahap pengurusan kewangan yang sangat efisien untuk memastikan setiap duit keluar dan masuk serta duit simpanan travel berada pada keadaan yang stabil.

2.  Berjimat Cermat

Walaupun ada dalam kalangan kaki travel ini bukan tergolong dalam kalangan mereka yang memiliki duit yang banyak dan bukan dari keluarga yang kaya juga mewah. Namun, disebabkan sikap mereka yang sentiasa mengambil langkah berjimat cermat telah menjadikan mereka berjaya untuk mencapai misi travel mereka.

Bukan dari penjimatan sahaja yang mereka lakukan, malah mereka juga sanggup melakukan lebih daripada satu kerja untuk mengumpul dana kewangan mereka ketika travel nanti. Apa yang mereka lakukan ini adalah satu semangat gigih yang perlu dicontohi.

Kurang berduit bukan alasan untuk mereka travel tetapi adalah satu pemangkin untuk mereka lebih rajin menjana pendapatan sampingan.

3. Buat Perbandingan

Menjadi kebiasaan bagi geng travel membuat survey dan perbandingan terlebih dahulu sebelum mereka travel. Ini bagi memastikan mereka tidak membuang masa dan duit dengan langkah yang salah sewaktu mereka travel kerana mereka juga tidak mahu rugi.

Mereka akan memastikan kos perbelanjaan adalah pada tahap  yang menguntungkan di pihak mereka. Perbandingan ini telah membantu pengurusan kewangan mereka jauh lebih baik dalam mengeluarkan kos perbelanjaan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.