Bacalah Nasihat Daripada Sahabat Baik George Soros

Sekitar tahun 1973, George Soros dan rakan baiknya telah menubuhkan Quantum Fund. Percayakah anda sekitar 10 tahun selepas itu, portfolio pelaburan Quantum Fund meningkat naik sebanyak 4200%. Jika anda melabur $100,000 pada permulaan Hedge fund yang mereka bina, maka 10 tahun kemudian wang anda bertukar menjadi $4,200,000. Lebih menarik di sini, apabila S&P500 hanya berkembang sebanyak 47% dalam tempoh tersebut. 

Siapakah sahabat baik George Soros yang bersama-sama beliau menggegarkan Wall Street? Orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah James Beeland Rogers Jr, atau lebih dikenali sebagai Jim Rogers. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi salah satu nasihat Jim Rogers untuk memantapkan karier anda sebagai pelabur dan pedagang dalam dunia kewangan.

Jim Rogers. Gambar oleh: Fernando Diaz Villanueva 

Menurut beliau, kehilangan wang adalah cara terbaik untuk melihat hasil kerja yang telah anda usahakan. Kekal berdaya tahan sebaik sahaja anda kehilangan wang, akan lebih mengajar anda untuk memahami diri sendiri dan memahami pasaran dengan lebih mendalam. Adalah lebih baik untuk hilang semua yang anda miliki apabila ia hanya berjumlah $5,000, daripada hilang $5,000,000. Kerugian seperti itu mengajar anda tentang ‘mampukah anda bangkit daripada sebuah kegagalan’?

Adakah anda akan menjual aset yang anda miliki, contohnya motosikal sekiranya perlu? Jika tindakan pada pelaburan pertama yang anda buat seperti ini, ternyata anda mempunyai potensi menjadi seorang yang hebat dan kemudian pelaburan seterusnya akan menjadi lebih hebat.

Walaubagaimanapun jika anda memikirkan ianya tidak yang mudah melalui proses tersebut, anda akan sentiasa dihantui dengan sebuah kegagalan yang akan datang. Ini kerana anda tidak bersedia untuk menghadapi perkara yang sama di masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan, jangan melabur. Melaburlah hanya bila anda tahu dan faham tentang apa yang dilaburkan.

Menurut Jim Rogers lagi, apa yang terpapar di keratan berita atau majalah tidak akan mengajar anda untuk menjadi kaya. Sebaliknya anda perlu lebih banyak bekerja keras. Seseorang yang lebih banyak membaca buku, akan mendapat ilmu yang lebih banyak, tidak kisahlah ianya berkaitan pelbagai topik, contohnya fesyen, kereta dan sebagainya selagi ianya mendatangkan manfaat yang lebih besar dalam aktiviti pelaburan atau perdagangan anda. Kemudiannya ilmu tersebut akan memberi maklumat yang lebih berguna, ketika anda membaca seperti laporan tahunan syarikat tersebut. Fokus pada perkara yang anda sangat minati. Kemudian anda akan memikirkan cara untuk menjana duit berdasarkan minat yang sangat mendalam itu.

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.