Perjudian Dan Kaitan Dalam Kerjaya Seorang Pelabur Atau Pedagang

Perjudian (Gambling) boleh diinterpretasikan sebagai sebuah taruhan pada sesebuah permainan (aktiviti) yang melibatkan nasib, peluang dan kemahiran. Ia wujud dalam semua orang, kerana ada sesetengah keadaan kita pernah meletakkan sesuatu bersandarkan sebuah tuah atau nasib yang baik (luck) dalam kehidupan kita.  

Manakala Sigmund Freud percaya bahawa, perjudian adalah salah satu bentuk kepuasan yang dilakukan tanpa melakukan hubungan seks. Nikmat yang dialami oleh seorang penjudi menjadikan mereka berasa seronok dan berasa khayal untuk meneruskan perbuatan judi tersebut.

Sementara itu, Dr. Ralph Greenson pakar psikoanalisis yang terkenal California, telah memecahkan golongan penjudi kepada tiga kumpulan : 

  1. Orang biasa yang berjudi hanya untuk bersuka ria dan yang boleh berhenti apabila mereka mahu berhenti berjudi.
  2. Penjudi profesional (professional gambler), yang memilih jalan perjudian sebagai caranya mencari rezeki dan mengaut keuntungan.
  3.  Penjudi neurotik (neurotic gambler), yang berjudi kerana dia didorong oleh perasaan keperluan dan kepentingan, sehingga menyebabkan tidak sedarkan diri dengan perkara yang dilakukan, tidak dapat berhenti dan tidak mampu mengawal diri ketika melakukan perjudian. Kebiasaannya seorang penjudi neurotik selalu merasa bertuah ataupun teringin menguji tuah nasibnya. Kemudian jika kemenangan menyebelahi seorang penjudi neurotik, mereka akan rasa sangat berkuasa. Ini akan mengakibatkan seorang penjudi neurotik sentiasa berada di pihak yang kalah, kerana mengabaikan tumpuan pelan permain jangka masa yang panjang dengan lebih realistik.

Selain itu Dr. Sheila Blume, pengarah program perjudian kompulsif di Hospital South Oaks di New York, definisi perjudian sebagai “sebuah ketagihan tanpa dadah.” Kebanyakan penjudi adalah terdiri dari jantina lelaki, yang berjudi untuk mengambil sebuah tindakan. Manakala wanita cenderung untuk berjudi, sebagai cara untuk melarikan diri. Orang yang kalah biasanya menyembunyikan kekalahan mereka dan cuba kelihatan serta bertindak seperti seorang pemenang, walaupun hakikat sebaliknya berlaku.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa definisi perjudian dalam pelaburan atau perdagangan, ialah apabila sebuah perasaan mengatasi pemikiran dan tindakan ketika melabur atau berdagang. Seorang pelabur dan pedagang yang baik haruslah menjauhi karakter seorang perjudian, bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam perdagangan dan pelaburan anda.

Istilah “jangan berjudi dalam melabur atau berdagang” menggambarkan pentingnya menghindari perilaku spekulatif dan tidak bertanggung jawab dalam aktiviti pelaburan. Ini bermakna kita harus menghindari mengambil risiko dengan melabur atau berdagang secara semberono, tanpa kajian dan Trading Plan yang jelas. Harapkan keuntungan semata-semata.

Dalam pelaburan dan perdagangan, kajian berdasarkan analisis fundamental dan teknikal yang baik serta Trading Plan sangat penting sebelum memulakan pelaburan. Ingat, rancang strategi, ambil tahu risiko yang ada dan disiplin dalam mengikuti Trading Plan adalah kunci untuk mencapai hasil yang konsisten dan menghindari perilaku yang mirip dengan perjudian.

Beringatlah, anda sepatutnya menjadi seorang pelabur atau pedagang profesional, bukannya menjadi seorang penjudi. Manakala bagi mereka yang menganut agama Islam suka sekiranya saya memetik surah Al-Maaidah 5:90.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Previous ArticleNext Article

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2026)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2026. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2026.

Ada sebanyak 44 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Empire Premium Food Bhd dan EI Power Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

886 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada November 2025 Lalu.

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti