Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online Dan Kaunter

Sejak kecil lagi, pasti kita sering diuar-uarkan akan simpanan tabung haji. Ramai ibu bapa yang mula membuka akaun simpanan tabung haji untuk anak masing-masing dalam usia yang muda. 

Tahukah anda, buka akaun simpanan Tabung Haji mempunyai banyak manfaatnya. Sebagai orang Islam, ia membantu untuk kita menyimpan wang secara jangka masa panjang. Dengan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan), pihak tabung haji menjadi penjaga wang kepada pendeposit.

Serendah RM 10 sahaja, anda sudah boleh mula menyimpan di Tabung Haji.

Cara Menyimpan Duit Di Tabung Haji

Amat mudah untuk membuat simpanan duit Tabung Haji. Simpanan tabung haji juga tiada had minimum, terpulang kepada anda untuk membuat simpanan sebanyak mana yang anda mahukan.

Anda boleh menyimpan duit ke dalam akaun tabung haji dengan cara memindahkan duit di kaunter perkhidmatan Tabung Haji, Kaunter Mudah Alih Tabung Haji, Kaunter Perkhidmatan Rakan Strategik, melalui Ejen Kutipan, melakukan potongan gaji ataupun perbankan internet dan elektronik.

Nak guna aplikasi MAE atau Maybank2U pun boleh. Ini caranya:

Gambar: Maybank

Menyimpan di Tabung Haji juga memberi manfaat kepada kita dari segi pembayaran zakat.  Pihak Tabung Haji telah menguruskan pengeluaran zakat sebanyak 2.5% dari jumlah simpanan kita. Kita tidak perlu mengeluarkannya sendiri.

Cara Buat Pengeluaran Duit Tabung Haji

Terdapat dua cara untuk mengeluarkan duit tabung haji iaitu secara online (atas talian) dan juga offline (kaunter). Semua jenis pengeluaran ini mempunyai cara masing-masing yang perlu diikuti dengan betul.

Jumlah pengeluaran tunai Tabung Haji tiada kadar minimum tetapi kadar maksimum adalah RM 10,000.

Bagi pengeluaran Tabung Haji yang bukan tunai melebihi RM10,000, ia boleh dilakukan di Ibu Pejabat Tabung Haji dan Pejabat Cawangan Tabung Haji melalui cek atau Pindahan Telegrafik sahaja.

Untuk urusan di Ibu Pejabat / Cawangan Tabung Haji, anda perlu:

  1. Bawa kad pengenalan (MyKad)
  2. Isi borang yang berkenaan
  3. Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas dan memastikan pengeluaran anda berjaya

1. Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Di Kaunter

Untuk pengetahuan anda, selain kaunter Tabung Haji, duit simpanan tabung haji juga boleh dikeluarkan di kaunter Bank Islam dan juga kaunter Bank Rakyat

Jumlah pengeluaran tunai juga sama iaitu kadar maksimum adalah RM 10,000.

Bagi pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000, anda hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat Tabung Haji dan Pejabat Cawangan Tabung Haji melalui cek atau Pindahan Telegrafik sahaja.

Anda perlu membawa kad pengenalan, mengisi borang dan ikut arahan dan prosedur kaunter yang diperlukan. Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas dan memastikan pengeluaran anda berjaya.

Link Kan Akaun Tabung Haji Dengan Bank Dahulu

Sebelum mengeluarkan duit Tabung Haji dari mana-mana bank atau ATM bank, anda perlu aktifkan / link kan akaun Tabung Haji dengan akaun bank tersebut terlebih dahulu melalui mesin ATM.

Boleh ikut langkah-langkah di bawah untuk link akaun Tabung Haji dengan akaun bank:

Selain Maybank, servis ini juga boleh didapati untuk pelanggan bank Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB.

Servis pengaktifan (link) ini percuma sahaja!

2. Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Di Mesin ATM (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, dan CIMB sahaja)

Anda perlu ke Mesin ATM bank berkenaan dan gunakan mesin yang dapat mengeluarkan resit.
Caranya mudah sahaja.

  1. Masukkan kad debit bank berkenaan dan masukkan nombor pin
  2. Tekan bahagian Pengeluaran Wang
  3. Pilih bahagian Tabung Haji
  4. Pilih pilihan nombor akaun Tabung Haji anda
  5. Masukkan jumlah duit yang dikehendaki
  6. Tekan ‘Ya’ untuk mendapatkan resit urus niaga keluarkan duit tabung haji.

Terdapat caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk servis ini.

3. Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Ke Akaun Bank Sendiri Secara Online Melalui Pemindahan Duit

Jika anda mempunyai akses perbankan internet atau online banking untuk Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan AmBank anda boleh keluarkan duit tabung haji secara online dengan mudah.

Setiap bank mempunyai laman sesawang yang rasmi untuk melakukan transaksi bank seperti pemindahan duit, bayar bil dan lain-lain lagi. Anda perlu gunakan laman sesawang yang sama untuk melakukan transaksi pengeluaran duit dari Tabung Haji anda. 

Caranya mudah sahaja, log masuk ke online banking anda, pilih Transfer / Pemindahan Wang dan pilih akaun yang terlibat.

Anda juga boleh gunakan aplikasi daripada bank yang ada. Sebagai contoh, berikut ialah cara untuk melakukan pemindahan duit dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank sendiri.

Sumber: Maybank

Sila semak resit transaksi supaya transaksi benar-benar telah berjaya. Ingat, pemindahan hanya boleh dilakukan ke akaun bank sendiri dan bukan akaun bank lain (third party).

Terdapat juga caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk servis ini.

Buat masa ini, rakan strategik Tabung Haji ialah iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank. Ini bermaksud hanya bank-bank ini yang menawarkan servis berkaitan Tabung Haji.

Kesimpulannya, semua bank ini menawarkan khidmat Tabung Haji berupa:

  • Pengaktifan (Link) / Pembatalan (De-Link) Akaun Tabung Haji Melalui Kad ATM
  • Perkhidmatan Melalui Perbankan Internet (online banking)
  • Perkhidmatan Melalui Aplikasi / Mobile Banking (app) kecuali bank CIMB
  • Perkhidmatan Melalui ATM / CDM kecuali bank AmBank
  • Perkhidmatan Kaunter pula khas untuk Bank Islam dan Bank Rakyat sahaja

Jadi, mana satu cara keluarkan duit Tabung Haji yang mudahkan anda?

Semoga artikel ini dapat membantu dan bermanfaat.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.