Tahun 2018 Bakal Menyaksikan Industri Hartanah Malaysia Merudum?

Ini bukan pertama kali kita dengar, malahan dah bertahun katanya industri hartanah akan merosot teruk; tapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda lagi.

Jom kita ikut ulasan Dr. Ernest YY Cheong, seorang jururunding dan ‘chartered property surveyor’ dengan pengalaman lebih daripada 40 tahun. Beliau berkata bahawa industri hartanah pada tahun 2018 bakal kelihatan suram, di mana pemaju dan pemilik rumah bakal berdepan kepayahan untuk mencari pembeli.

Ini berdasarkan 5 point beliau seperti berikut:

1. Pembeli Tidak Mampu Membeli Rumah

Umum tahu rakyat sekarang berdepan dengan situasi sukar dengan keadaan ekonomi yang suram dan tidak memberangsangkan. Kurangnya kuasa berbelanja di kalangan orang ramai membuatkan mereka berfikir panjang sebelum membuat komitmen seperti membeli rumah.

Tetapi hakikatnya, Bank Negara Malaysia turut mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia memang tidak mampu untuk membeli rumah; disebabkan gaji rendah dan kekurangan rumah harga mampu milik. Kami ada mengupasnya di artikel Mungkin Ini Sebabnya Rakyat Masih Tak Mampu Beli Rumah – Menurut Bank Negara Malaysia.

Menurut Dr. Ernest, harga rumah bakal jatuh seawal Tahun Baru Cina pada Februari 2018.

2. Banyak Unit Baru Siap Tidak Terjual

 

Terdapat peningkatan sebanyak 40% bagi unit tidak terjual bagi separuh tahun pertama 2017 dengan 20,807 unit yang berjumlah RM12.26 bilion. Kalau kira harga purata, seunit rumah yang tidak terjual berharga RM589,224.

Ini unit-unit yang tidak terjual daripada pelancaran baru daripada pihak pemaju.

Ini belum mengambil kira rumah yang ingin dijual pemilik, yang kata Dr. Ernest mencecah RM4 bilion. Kesudahannya, RM16 bilion nilai hartanah tidak terjual kerana pembeli tidak mampu membelinya.

3. Pemaju Bakal Kehilangan Pembiayaan Projek Jika Rumah Mereka Tidak Terjual

Baru tahu rupanya pemaju perlu menjual sekurang-kurangnya 40% bagi memastikan mereka mendapat pembiayaan sepatutnya daripada pihak bank. Sebab itu beria-ia pihak pemaju membenarkan pembeli meletakkan hanya 1% deposit, termasuk diskaun dan lain-lain barangan percuma seperti kabinet dapur, penghawa dingin, tempat letak kereta percuma dan sebagainya.

Dan di sinilah bermulanya bahaya, kerana pengguna tidak mampu untuk membeli rumah, dan pemaju yang bakal menyiapkan projek mereka mula melakukan apa sahaja untuk melariskan jualan.

Senang kata, bekalan dah melebihi permintaan, maka secara semulajadinya harga akan mula turun.

4. Harga Hartanah Dijangka Turun Daripada RM500,000 Kepada RM300,000

Harga rumah bakal turun ke paras yang mampu dimiliki oleh pembeli. Banyak rumah bakal dilelong kerana ramai yang tidak mampu membayar dek terjerat dengan skim pembiayaan yang ditawarkan pemaju sejak kebelakangan ini.

Dua tiga tahun lepas, sudah kelihatan trend beli rumah tanpa deposit, cuma perlu bayar apabila rumah dah siap. Dan kini rumah tersebut bakal siap, dan ramai pembeli bakal ‘tersangkut’ dengan rumah baru mereka itu.

5. Tak Mampu Beli Rumah, Sewa Dulu

Dr. Ernest menyarankan rakyat Malaysia jangan beli rumah terlebih dahulu melainkan mereka mampu menyimpan RM1,000 sebulan selama setahun. Ini bagi membolehkan mereka mempunyai tabung kecemasan sekiranya mereka kehilangan kerja dan punca pendapatan.

“Tidak seharusnya beli hartanah tergesa-gesa pada masa sekarang. Cuba menyewa dulu.”

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.