Webull Malaysia Lancar Saluran Perbankan Islam Bagi Membolehkan Pilihan Pembiayaan Patuh Syariah

Webull Malaysia Merupakan Pembrokeran Runcit Dalam Talian  Pertama Yang Melancarkan Saluran Perbankan Islam Bagi Membolehkan Pilihan  Pembiayaan Patuh Syariah Untuk Berdagang Dalam Pasaran MY & AS  

MALAYSIA, 20 November 2024 – Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Webull Malaysia“),  subsidiari Webull Corporation, pemilik platform pelaburan digital popular yang mencapai lebih 40 juta muat-turun, hari ini mengumumkan pelancaran saluran perbankan Islam. Ciri baharu ini menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk memilih mendepositkan dana ke  dalam akaun dagangan Webull mereka melalui bank Islam atau bank konvensional. Usaha ini  telah menjadikan Webull Malaysia platform pembrokeran runcit dalam talian sepenuh pertama yang menawarkan perkhidmatan sedemikian di negara ini. 

Gerbang dwi perbankan ini menyediakan sistem pertukaran mata wang dan deposit yang lancar  dan fleksibel kepada kedua-dua pelabur Islam dan bukan Islam. Pelabur yang ingin mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka dengan pilihan pembiayaan patuh  Syariah. Dengan ciri baharu ini, bersama-sama dengan yuran deposit sifar, tanpa faedah dan kemudahan perbankan berasaskan perkongsian keuntungan, dijangka dapat meningkatkan  pengalaman perdagangan secara keseluruhan.  

Memenuhi keperluan pelabur tempatan 

Saluran perbankan Islam baharu Webull Malaysia bertujuan untuk memenuhi pelbagai  keperluan pelabur tempatan, terutamanya pelabur yang ingin melabur dalam ekuiti patuh  Shariah dan dana dagangan bursa (ETF) merentas pasaran saham Malaysia dan Amerika  Syarikat. Tambahan lagi, penunjuk Shariah sedia ada untuk saham dan ETF A.S. pula dapat meningkatkan pengalaman pelabur secara keseluruhan dengan menjadikannya lebih mudah  dan lebih cekap untuk diakses dan berdagang aset patuh Shariah di platform Webull.  

Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, berkata, “Kami amat berbangga  menjadi platform pembrokeran runcit dalam talian pertama di Malaysia yang menawarkan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan  mereka melalui bank Islam. Pelancaran saluran perbankan Islam seiring dengan penambahbaikan dalam penyaring saham Shariah akan membolehkan pelabur mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka dengan cara yang sejajar dengan keperluan dan prinsip  pelaburan mereka.

Dengan menawarkan pilihan kepada pelabur tempatan untuk memilih  antara pembiayaan bank Islam dan konvensional untuk akaun Webull mereka, kami berhasrat  untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang inklusif, lancar dan mudah diakses untuk  semua pelabur. Kami juga komited untuk meningkatkan pengalaman pelabur tempatan dengan  menawarkan versi aplikasi dagangan Webull MY yang disetempatkan sepenuhnya. Ciri ini  membolehkan pengguna menterjemahkan semua kandungan dengan lancar — daripada  paparan portfolio hingga berita tempatan dan antarabangsa terkini, serta bahan pendidikan  yang disediakan – ke dalam Bahasa Melayu, untuk memastikan pengalaman yang boleh diakses dan disesuaikan kepada pengguna Malaysia kami. Kami amat berbesar hati untuk menyokong  keperluan komuniti pelaburan Malaysia dan tetap komited untuk membangunkan produk  inovatif yang meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian untuk pelabur.”  

Sorotan produk utama 

Dengan ciri dwi perbankan terbaharu ini, Webull Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan  kedudukannya sebagai salah satu platform pembrokeran runcit dalam talian sepenuhnya yang  terkemuka di Malaysia dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk  memenuhi keperluan khas pelabur tempatan.  

Pelabur di Malaysia akan dapat: 

1. Memaksimumkan pelaburan mereka dengan kos dagangan yang telus, rendah dan  kompetitif dalam saham Malaysia dan A.S.  

• Pelabur tempatan boleh berdagang dalam pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat dengan yuran komisen sifar selama 180 hari pertama. Hal ini dapat  mengurangkan halangan untuk memasuki kedua-dua pasaran Bursa Malaysia  dan Amerika Syarikat. Selain itu, yuran platform sifar Webull Malaysia juga  menjadikannya pilihan kos efektif untuk pelabur yang ingin berdagang saham  dalam pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat. 

• Webull Malaysia menawarkan kadar pertukaran asing yang kompetitif bagi  membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada turun naik kadar FX dan  meminimumkan kos penukaran mata wang apabila berdagang dalam pasaran  denominasi USD. 

2. Ciri-ciri untuk menyokong keperluan dan matlamat kewangan pelabur tempatan

  • Dengan saluran perbankan Islam baharu ini, pelabur tempatan boleh memilih untuk mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui perbankan Islam di Malaysia.  
  • Pelabur tempatan yang mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan mereka melalui perbankan Islam akan menjadi sebahagian daripada kemudahan perbankan berasaskan perkongsian keuntungan. 
  • Penunjuk syariah disediakan untuk menyaring saham dan ETF AS untuk  memudahkan akses kepada aset patuh syariah. 
  • Untuk memastikan platform Webull boleh diakses oleh penutur ibunda di  Malaysia, Webull Malaysia telah menyepadukan sepenuhnya Bahasa Melayu ke dalam antara muka platformnya demi mewujudkan persekitaran perdagangan  yang lebih selesa dan mesra pengguna untuk semua pelabur.  
  • Sebagai tambahan kepada saluran perbankan Islam baharu, Webull Malaysia kini menawarkan kepada pelabur satu set alat dagangan profesional yang merangkumi lebih daripada 17 alat  pembuat carta dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.

Platform ini juga menyediakan  penarafan penganalisis yang profesional dan tepat pada masanya mengenai pelbagai ekuiti bagi membantu pelabur memperhalus strategi dan analisis pelaburan mereka. Dengan antara  muka Webull Malaysia yang mesra pengguna, pelabur dari semua peringkat mampu berdagang  dan memiliki saham pecahan bermula dari hanya USD 5.  

Memandang ke hadapan, Webull Malaysia akan terus komited dalam membangunkan produk baharu serta meningkatkan produk dan perkhidmatannya untuk memenuhi keperluan pelabur tempatan, memperkasa pelabur baharu dan pelabur berpengalaman untuk memanfaatkan  peluang pasaran global melalui platform yang selaras dengan nilai dan matlamat kewangan  mereka. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Webull, sila layari laman web Webull.

Baca juga: Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif

Previous ArticleNext Article

IOI Corp: Nasib Geopolitik Menjadi Penentu Impak Terbesar

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR5.35 daripada MYR4.85, potensi kenaikan harga saham 25% dan kadar dividen sekitar 3% untuk FY26F

Dengan andaian senario kes asas kami yang melibatkan gencatan senjata berpanjangan melebihi dua minggu yang tidak meruncing lagi, kami berpendapat harga CPO akan mencecah MYR4,200-4,500/tan. Hal ini menandakan mandat biodiesel lebih tinggi patut masih dilaksanakan, yang akan menyebabkan bekalan keseluruhan minyak sayuran berkurangan di serata dunia – dengan nisbah stok/penggunaan 2026F jatuh bawah paras purata. Kami tingkatkan andaian harga CPO sewajarnya.

Jurang perbezaan minyak sawit-minyak gas (POGO) kembali positif

Hubung kait antara harga CPO dengan harga minyak mentah menurun kepada 0.75x (daripada paras tinggi 0.9x semasa mulanya perangAS/Israel-Iran). Dengan ini, perbezaan POGO kembali positif (CPO > minyak gas), walaupun pada kadar kecil sebanyak +USD11.70/tong (daripada -USD43/tong setakat akhir Mac, dan +USD52/tong pada awal 2026). Pada perbezaan POGO kini, kami anggarkan dana biodiesel Indonesia masih mencukupi untuk memberikan subsidi kepada B50 pada kadar cukai eksport dan levi semasa. Terdapat juga kemungkinan kembalinya permintaan biodiesel bukan keperluan sebanyak 3j tan setahun, sekiranya perbezaan POGO bertukar negatif.

Tiga senario geopolitik

Senario kes asas yang diramalkan oleh pasukan ekonomi kami dengan kebarangkalian 60% ialah gencatan senjata di Timur Tengah akan berterusan melebihi dua minggu, dengan tidak meruncing lagi sehingga akhir tahun 2026. Sekiranya kejadian ini berlaku, kami menjangka harga minyak akan menurun dengan sederhana, dan mencecah pertengahan USD80/tong. Harga CPO pula mungkin mencecah sekitar MYR4,300-4,500/tan, jika hubung kait harga yang sama diandaikan. Pada paras ini, perbezaan harga POGO mungkin masih agak kecil, yang bermakna mandat biodiesel yang lebih tinggi patut masih dapat dilaksanakan

Nisbah stok/penggunaan mungkin jatuh ke bawah paras purata lampau dengan B50

Tanpa mengambil kira faktor geopolitik dan jika senario kes asas kami menjadi kenyataan, mandat biodiesel lebih tinggi masih akan dilaksanakan, yang menyebabkan bekalan keseluruhan minyak sayuran berkurangan di seluruh dunia. Sekiranya biodiesel B50 di Indonesia dilaksanakan selama setengah tahun, kami anggarkan nisbah stok/penggunaan bagi 17 Minyak & Lemak, lapan minyak sayuran, dan PO akan jatuh ke bawah paras purata, yang menandakan harga CPO mungkin lebih bertahan berbanding harga minyak mentah, meskipun dalam senario “keamanan berpanjangan”.

Kebarangkalian El Nino berlaku meningkat kepada 93% untuk Sep-Nov 2026

Manakala kebarangkalian tertinggi untuk El Nino yang kuat berlaku ialah 51% untuk Nov 2026-Jan 2027. Perkara ini wajar dipantau, kerana kejadian El Nino yang kuat akan menandakan penurunan bekalan PO.

Risiko negatif yang perlu diperhatikan

Termasuklah jatuhnya tahap permintaan, kenaikan kos, keluaran kacang soya meningkat, dan penyelesaian tarif AS/China.

Kami tingkatkan harga CPO setiap tan kepada MYR4,400 daripada MYR4,250 untuk 2026F, dan kepada MYR4,300 daripada MYR4,100 untuk 2027F. Kami juga menaikkan perolehan IOI untuk FY26-28F sebanyak 6.4%, 14.5% dan 14.5% selepas menyelaraskan andaian FX dalaman terkini kami.

Saranan BELI kekal terhadap syarikat perladangan bermodal besar dengan nilai murah ini

TP kami yang diperoleh melalui SOP sebanyak MYR5.35 memasukkan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Kami menggunakan penilaian SOP yang terdiri daripada:
i. P/E 2026F 18x bagi bahagian perladangan
ii. P/E 2026F 18x bagi bahagian hiliran
iii. Harga sasar kami untuk syarikat sekutunya Bumitama Agri

Hal ini dibantu oleh EV/ha sebanyak USD35,000/ha, yang merupakan paras tinggi yang direkodkan oleh syarikat Malaysia bermodal besar yang lain.

Faktor Pemacu Utama

i. Kenaikan harga CPO
ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi
iii. Tahap persaingan bahagian pemprosesan hilirannya yang semakin baik berbanding syarikat lain

Risiko Utama

i. Pergerakan harga CPO
ii. Risiko cuaca
iii. Dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia.

Profil Syarikat

IOI Corp pengeluar minyak sawit bersepadu besar dan mempunyai kawasan perladangan minyak sawit di
Malaysia dan Indonesia. Ia juga mengendalikan kemudahan pembuatan hiliran seperti kilang penapisan, loji oleokimia dan loji pembuatan lemak khusus.

Carta Saranan

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.