Keuntungan Bersih Gamuda Melonjak Kepada RM1 Bilion, Catat Tempahan Dalam Tangan RM38 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Keuntungan bersih dari tahun ke tarikh semasa, Gamuda Bhd telah melonjak sebanyak 10 peratus memcecah paras RM1 bilion untuk tahun kewangan berakhir 1 Julai 2025.

Kumpulan kejuruteraan dan hartanah serantau itu turut menyaksikan pendapatannya naik sebanyak 11 peratus kepada paras memecah rekod berjumlah RM16.4 bilion.

Gamuda berkata pencapaian penting itu telah dipacu melalui projek pembinaan domestiknya yang kukuh, dengan baki tempahan dalam tangan pembinaan sepanjang masa yang tinggi sebanyak RM38 bilion selepas mencatatkan kejayaan dalam memperoleh kontrak-kontrak berjumlah RM25 bilion pada tahun kewangan 2025.

“Keseimbangan dalam tempahan dalam tangan yang belum pernah terjadi sebelum ini memberikan keterlihatan pendapatan dan kedudukan yang mantap kepada kumpulan untuk pertumbuhan yang berterusan dalam tahun-tahun akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Gamuda berkata projek pembinaan domestik merangkumi 50 peratus daripada tempahan dalam tangan, dengan pusat data menyumbang 10 peratus daripada jumlah nilai, mencerminkan fokus kumpulan terhadap pembangunan infrastruktur selepas margin keseluruhan pembinaan menjadi lebih baik.

Sementara itu, cabang hartanahnya, Gamuda Land melaporkan jualan sebanyak RM4.1 bilion, susut 19.0 peratus disebabkan oleh kelulusan projek Hanoi yang hanya diperolehi pada akhir tahun kewangan ini, dengan jualan yang berkaitan dijangka akan dibawa memasuki tahun kewangan 2026.

Menjelang suku keempat berakhir pada 31 Julai 2025, keuntungan bersih kumpulan menokok 22.0 peratus kepada RM332 juta berbanding RM272.0 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan 2024 selepas pendapatan pembinaan domestik melonjak dua kali ganda dan pendapatan hartanah menyaksikan kenaikan 68.0 peratus.

Bercakap mengenai prospek, kumpulan itu menjangkakan prestasi pendapatannya untuk tahun kewangan 2026 akan didorong oleh projek pembinaan domestik yang baru dianugerahkan dan sumbangan yang lebih tinggi dari pelbagai projek pemulihan yang cepat (QTP) seperti projek Eaton Park Vietnam.

“Daya tahan kumpulan juga disokong oleh jualan hartanah yang belum dibilkan sebanyak RM8 bilion,” katanya lagi.
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Step By Step Cara Beli Saham IPO Dengan CGS iTrade (TERKINI)

Pelaburan dalam tawaran awam permulaan (IPO) sering menjadi peluang menarik bagi pelabur yang ingin memiliki saham syarikat sebelum ia mula disenaraikan di pasaran saham. Dengan platform CGS iTrade, proses memohon IPO kini menjadi lebih mudah, pantas, dan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.

Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh memohon saham IPO menggunakan akaun CGS iTrade. Daripada pembukaan akaun hingga ke proses menerima saham selepas penyenaraian.

Persediaan Penting Sebelum Memohon IPO

Sebelum anda memulakan permohonan IPO melalui CGS iTrade, pastikan beberapa perkara asas ini telah disediakan:

1. Akaun CDS dan Akaun Trading Aktif

Untuk membeli saham IPO, anda perlu mempunyai akaun CDS (Central Depository System) dan akaun trading dengan CGS International Securities Malaysia (CGS iTrade).
Akaun CDS berfungsi sebagai tempat penyimpanan saham anda selepas disenaraikan.

2. Dana Mencukupi

Pastikan akaun trading anda mempunyai baki yang mencukupi untuk menampung jumlah permohonan saham.
Sebagai contoh, jika anda mohon 10,000 unit saham pada harga RM0.50 seunit, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM5,000 (tidak termasuk caj lain).

3. Fahami Maklumat IPO

Baca prospektus IPO yang disediakan. Anda boleh semak:

  • Harga tawaran IPO
  • Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia
  • Kategori permohonan (runcit atau institusi)
  • Risiko dan potensi pelaburan

4. Pastikan Maklumat Akaun Tepat

Jika anda belum mengemaskini maklumat e-invoicing atau butiran akaun, hubungi remisier atau cawangan CGS terdekat.

Step By Step Cara Mohon IPO di CGS iTrade

Langkah 1: Layari Laman Web CGS iTrade

Layari https://itrade.cgsi.com.my dan klik Members’ Login. Kemudian klik eIPO untuk membeli IPO.

Kemudian klik eIPO untuk membeli IPO.

Langkah 2: Log Masuk ke CGS iTrade

Masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
Pastikan akaun anda aktif dan tiada isu keselamatan atau penggantungan sementara.

Langkah 3: Pilih Saham IPO

Klik pada nama syarikat yang ingin anda mohon. Paparan ringkasan akan menunjukkan:

  • Harga IPO
  • Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh jangkaan penyenaraian
  • Dokumen prospektus

Langkah 4: Semak Maklumat IPO

Di sini anda boleh menyemak maklumat IPO dengan lebih terperinci. Setelah semua maklumat telah di semak, klik Continue untuk meneruskan pembelian IPO.

Langkah 5: Baca Terma Dan Syarat

Baca terma dan syarat di ruangan ini, pastikan anda faham terma dan syarat yang disediakan. Setelah habis, tanda pada kotak kecil dan klik Yes jika setuju.

Langkah 6: Baca Prospektus IPO

Baca dan semak prospektus dengan teliti. Setelah faham dan bersetuju, anda boleh klik Continue untuk meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 7: Baca Terma Dan Syarat Selanjutnya

Anda akan dibawa ke laman terma dan syarat seterusnya. Baca sehingga habis, kemudian tanda klik Accept.

Langkah 8: Isi Butiran Permohonan

Isi borang permohonan dengan lengkap:

  • Bilangan unit saham yang ingin dibeli
  • Pillih bank
  • Isi nombor akaun untuk pembayaran

Semak semua maklumat sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Kemudian klik Submit.

Langkah 9: Masuk Trading Pin

Setelah selesai, masukkan Trading Pin anda kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembelian.

Langkah 10: Semak Status Permohonan

Apabila anda klik Confirm, itu menandakan permohonan IPO anda telah berjaya dihantar. Untuk menyemak status permohonan, anda boleh klik pada Application Status.

Selepas tarikh tutup permohonan, pihak penaja dan Bursa Malaysia akan mengumumkan keputusan peruntukan saham. Sekiranya anda berjaya, saham akan dikreditkan terus ke akaun CDS anda.

Jika permohonan anda tidak berjaya, bayaran akan dipulangkan (refund) ke akaun bank atau akaun trading anda mengikut kaedah yang ditetapkan.

Tip & Panduan Tambahan

  1. Mohon awal sebelum tarikh tutup. Elak gangguan teknikal di saat akhir.
  2. Periksa baki dana sebelum mohon supaya permohonan tidak ditolak.
  3. Baca prospektus sepenuhnya untuk memahami risiko dan strategi syarikat.
  4. Jangan mohon secara berganda menggunakan akaun berlainan, ia boleh menyebabkan pembatalan.
  5. Gunakan akaun bank yang sah untuk refund, jika permohonan tidak berjaya.

Kesimpulannya, proses memohon saham IPO melalui CGS iTrade kini sangat mudah dan mesra pengguna.
Dengan hanya beberapa langkah seperti log masuk, pilih IPO, isi permohonan, dan tunggu keputusan, pelabur boleh mengambil peluang untuk memiliki saham syarikat berpotensi tinggi seawal sebelum ia disenaraikan.

Sama ada anda pelabur baru atau berpengalaman, memahami langkah ini membolehkan anda bergerak lebih yakin dalam dunia pelaburan IPO yang semakin berkembang di Malaysia.