Webull Malaysia Bekerjasama Dengan AHAM Capital Bagi Melancarkan Penyelesaian Pengurusan Tunai, Moneybull

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2025 – Webull Malaysia, anak syarikat Webull Corporation (NASDAQ: BULL), telah memeterai kerjasama strategik dengan AHAM Asset Management Berhad (AHAM Capital) bagi melancarkan Moneybull, penyelesaian pengurusan tunai yang membolehkan pelabur memaksimumkan pulangan daripada lebihan tunai atau wang yang tidak dilaburkan, sambil mengekalkan kecairan penuh. 

Kerjasama ini menandakan inisiatif terkini Webull Malaysia dalam usaha meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan, dengan menggabungkan platform pelaburan berasaskan teknologi Webull dengan kepakaran pengurusan dana AHAM Capital. Ia membolehkan rakyat Malaysia mengoptimumkan lebihan tunai mereka secara mudah dan lancar, sambil menikmati pulangan harian.

Menerusi Moneybull, baki tunai pelabur akan dilaburkan ke dalam AHAM Aiiman Enhanced i-Profit Fund-Class B, sebuah dana pasaran wang patuh Syariah yang diurus secara profesional oleh AHAM Capital. Dana ini menawarkan pilihan pelaburan berisiko rendah dengan pulangan stabil sehingga 3.4% setahun*, sambil mengekalkan akses penuh kepada baki tunai tanpa tempoh penguncian.

Baki tunai pelabur akan dipindahkan serta-merta melalui ciri Auto Sweep dalam platform Webull, yang membolehkan pemindahan tunai segera bagi pembelian saham di Bursa Malaysia setiap kali pesanan dibuat. Ini membolehkan pelabur mengoptimumkan wang yang tidak dilaburkan tanpa menjejaskan fleksibiliti dagangan. Tiada yuran langganan atau penebusan dikenakan, dan pelabur tidak akan dikenakan caj platform tambahan untuk menggunakan Moneybull.

Memandangkan kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat telah mengubah tabiat menyimpan, semakin ramai rakyat Malaysia memilih instrumen jangka pendek berisiko rendah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan mereka. Tinjauan Pasaran Modal Belia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melaporkan bahawa 69% responden masih ragu-ragu untuk melabur kerana pengetahuan kewangan yang terhad dan kerumitan produk. Sementara itu, 74% belia menyatakan kekangan akses,  termasuk modal yang tidak mencukupi dan kekangan masa untuk memantau pelaburan, sebagai punca mereka masih belum melabur1. Pelancaran Moneybull boleh menangani jurang ini dan selaras dengan Rangka Kerja Keterangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia (2023–2026), yang menekankan keperluan untuk penyelesaian kewangan yang selamat, inklusif dan berasaskan digital2

Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, Kenneth Chan berkata, “Moneybull mencerminkan langkah seterusnya dalam menjadikan pelaburan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia. Kerjasama kami dengan AHAM Capital merupakan usaha bersama untuk menggabungkan pengurusan dana dan inovasi digital, bagi mewujudkan titik permulaan pelaburan yang ringkas, mampu milik dan berisiko rendah. Ia bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk membina kekayaan serta mengamalkan tabiat kewangan yang sihat, melalui platform yang dibina berasaskan kepercayaan, ketelusan dan keterangkuman.”

“Kerjasama ini menangani salah satu cabaran utama dalam pelaburan, iaitu bagaimana untuk mengoptimumkan lebihan tunai. Moneybull menyelesaikan isu ini dengan menempatkan baki tunai yang tidak dilaburkan ke dalam dana pasaran wang patuh Syariah berisiko rendah yang menjana pulangan stabil, sambil mengekalkan fleksibiliti penuh untuk digunakan apabila wujud peluang pasaran.

Matlamat kami adalah untuk menyokong rakyat Malaysia membina daya ketahanan kewangan dan kekayaan jangka panjang. Dengan menggabungkan pengurusan dana profesional dan antara muka digital yang mesra pengguna, kami berjaya mendemokrasikan akses kepada penyelesaian pelaburan yang sebelum ini hanya tersedia untuk institusi dan individu bernilai bersih tinggi,” jelas Pengarah Urusan AHAM Capital, Dato’ Teng Chee Wai.

Sempena pelancaran ini, Webull Malaysia menawarkan kempen promosi untuk semua pengguna baharu dan sedia ada. Pengguna yang mengaktifkan Moneybull sepanjang tempoh kempen boleh menikmati pulangan bonus sehingga 6.0% setahun selama 90 hari, bagi baki tunai yang layak sehingga RM200,000 setiap pengguna.


Selain itu, pengguna baharu yang membuka dan mengaktifkan akaun Webull sepanjang tempoh kempen layak menerima Ganjaran Selamat Datang. Pengguna yang mendepositkan RM5,000 dan mengekalkan baki tersebut selama 60 hari akan menerima saham Nvidia bernilai RM500. Kempen ini dijadualkan berlangsung dari 14 November hingga 31 Disember 2025.


Webull Malaysia kekal komited terhadap ketelusan dan perlindungan pelabur sebagai broker berlesen di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Webull menawarkan sifar yuran platform dan tiada sebarang caj tersembunyi, serta sifar yuran komisen untuk saham Bursa Malaysia sehingga 31 Disember 2025, mencerminkan tumpuannya terhadap kemampuan pemilikan dan keadilan. 

Webull menampilkan antara paparan  pengguna mesra yang menyokong kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris, serta menyediakan dwi pilihan perbankan merangkumi akaun konvensional dan Islam. Pelabur juga boleh menggunakan ciri penyaring saham atau stock filter patuh Syariah di pasaran Malaysia, AS, Hong Kong, dan China-A, memastikan keterangkuman dan pelaburan beretika kekal menjadi teras pengalaman pelaburan bersama Webull.

  1. https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=9f1ac661-f250-4b0d-8706-c45cbac9906e
  2. https://www.bnm.gov.my/documents/20124/55792/SP-2nd-fin-incl-framework.pdf

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Moneybull, sila layari www.webull.com.my/moneybull, atau ikuti Webull Malaysia melalui Laman Sesawang RasmiInstagram dan Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENYATA AMARAN
Salinan Prospektus, Prospektus Tambahan (jika ada) dan Halaman Serlahan Produk boleh diperolehi di pejabat jualan AHAM Asset Management Berhad dan di laman web aham.com.my. Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus Dana AHAM Aiiman Enhanced i-Profit (atau “Dana”) bertarikh 29 September 2023 serta Halaman Serlahan Produk yang berkaitan sebelum melabur. Pelaburan dalam Dana yang dinyatakan di sini melibatkan fi dan caj tertentu. Pelabur dinasihat untuk mempertimbangkan dan membandingkan fi dan caj serta risiko dengan teliti sebelum melabur. Pelabur perlu membuat penilaian sendiri mengenai risiko pelaburan dan mendapatkan nasihat profesional jika perlu. Harga unit dan agihan yang dibayar, jika ada, mungkin turun dan naik, dan prestasi masa lalu sesuatu Dana tidak seharusnya dijadikan panduan untuk prestasi pada masa hadapan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak memeriksa risalah ini dan tidak bertanggungjawab atas kandungannya serta dengan jelas menafikan kesemua liabiliti yang berbangkit daripada risalah ini. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian atau keraguan berkenaan risalah versi Bahasa Malaysia ini, risalah dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan ianya muktamad.

Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah. Promosi terkini: Depositkan RM1,000 dan kekalkan selama 60 hari dan dapat saham NVIDIA percuma bernilai RM200!

MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!

Previous ArticleNext Article

UUE Holdings: Buku Pesanan Memperkukuh Kebolehlihatan Perolehan

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.54 dikekalkan, potensi kenaikan harga 23%

Perolehan teras yang dicatat oleh UUE Holdings untuk FY26 (Feb) melangkaui jangkaan kami sedikit (106%) dan mengatasi ramalan konsensus (110%). Buku pesanan belum bayar berjumlah MYR536.4j memberikan kebolehlihatan perolehan melebihi tempoh dua tahun. Kami tetap memandang positif akan UUE, diperkukuh oleh CAGR perolehan tiga tahun mencecah 29% (FY26-29F), yang dipacu oleh kitaran menaik capex dalam Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP: MYR16.50) dan SP PowerAssets

Keputusan melangkaui jangkaan

UUE melaporkan untung bersih teras 4QFY26 (Feb) bernilai MYR7.3j (+15% QoQ, +1% YoY), lalu membawa untung bersih teras FY26 kepada MYR22.1j (-1% YoY). Keputusan dilihat mengatasi jangkaan pada 106% ramalan kami dan 110% ramalan konsensus, terutamanya didorong oleh margin yang lebih kukuh daripada yang dijangka.

Rumusan keputusan

Pengebilan 4QFY26 daripada segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah dilihat lebih rendah sedikit berbanding suku lalu (-5% QoQ, +30% YoY) akibat kurangnya kegiatan pembinaan semasa tempoh perayaan. Walaupun begitu, margin kasar berkembang kepada 27.4% (+2.3ppts QoQ), disokong oleh pengebilan lebih tinggi di Singapura (+4% QoQ), dan sumbangan lebih kukuh daripada segmen pembuatan dan perdagangan (+35% QoQ). Tekanan kos jelas dilihat, dengan belanja pentadbiran meningkat kepada MYR5j (berbanding kadar suku tahun biasa sekitar MYR4.5j)

Buku pesanan belum bayar mencecah MYR536.4j

Jumlah ini termasuklah kontrak EPCC yang baru diraih bernilai MYR16j, yang kami anggap penting dari segi nilai strategiknya kerana ia menandakan keupayaan UUE untuk menaiki rantaian nilai. Sementara itu, MoU dengan syarikat ASEAN Cableship, yang melibatkan potensi usaha sama (JV) untuk kerja penggerudian arah mendatar (HDD) dalam laut, telah tamat tempoh. Namun begitu, kami tidak begitu bimbang kerana UUE masih boleh menyertai tender-tender dalam laut secara bebas, lantas berpotensi mendapatkan bahagian untung penuh berbanding struktur 50:50 yang dicadangkan sebelum ini.

Anggaran perolehan

Kami rendahkan perolehan FY27-FY28F sebanyak -3% dan -13% disebabkan oleh penyelarasan masa pengiktirafan buku pesanan. Meskipun begitu, kami kekalkan andaian penambahan kontrak tahunan pada MYR320j, yang kami percaya dapat dicapai memandangkan kedudukan UUE yang kukuh dalam projek-projek melibatkan TNB, tumpuan khususnya dalam segmen 11kV dan 33kV yang berpermintaan tinggi di Malaysia, pendedahan kepada kitaran capex SP PowerAssets di Singapura, dan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk menaiki rantaian nilai. TP kami diperoleh berdasarkan asas separa tercair (912j saham dan skim pilihan saham pekerja (ESOS) sebanyak 89.8j pada MYR0.54), dengan kiraan diskaun ESG 4%. Mengikut asas tercair penuh (dengan waran), TP kami adalah sekitar MYR0.48.

Risiko-risiko negatif

Kegagalan untuk memperoleh kontrak baharu, kelewatan dalam mendapatkan kelulusan permit, dan kos bahan mentah lebih mahal daripada anggaran.

Faktor Pemacu Utama

i. Kadar penambahan buku pesanan yang lebih tinggi daripada yang dijangka
ii. Pengembangan margin

Risiko Utama

i. Penambahan kerja yang lebih perlahan daripada yang dijangka
ii. Kelewatan projek yang tidak diduga
iii. Kos berlebihan

Profil Syarikat

UUE ialah sebuah pusat penyelesaian sehenti yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan utiliti
menyeluruh kepada pelanggan, termasuklah perancangan dan pengurusan projek, pengesanan dan pemetaan utiliti, dan kepakaran teknikal penggerudian arah mendatar (HDD).

Carta Saranan

Penganalisis
Eddy Do +603 2302 8125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.