4 Kelebihan Trade Saham Global Dengan Akaun Islamik Daripada CGS-CIMB Securities

Dah biasa melabur dan berdagang saham di Bursa Malaysia, kini nak melabur ke luar negara?

Nak rebut peluang melabur di Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Singapura; di mana terdapat beribu-ribu kaunter sampai rambang mata dibuatnya? Masalahnya, semua trading account yang ada untuk trade saham global adalah konvensional, tiada satu pun yang Islamik?

Berita baik untuk kita semua, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Jupiter Securities Sdn Bhd baru saja melancarkan Perdagangan Merentas Sempadan Islamik atau Islamic Cross Border Trading (ICBT) menerusi platform atas talian mereka iaitu CGS-CIMB iTrade. Ianya merupakan broker pertama di Malaysia yang mempunyai kemudahan seperti ini.

Nak tahu tak kelebihan akaun CGS-CIMB iTrade ni?

1. Hanya Perlu Satu Akaun Trading

Kalau sebelum ini kita kena buka satu akaun trading untuk Bursa Malaysia, satu lagi akaun trading untuk pasaran saham global; kini kita hanya perlu buka satu akaun saja dengan CGS-CIMB iTrade.

Dengan satu akaun trading ini, kita dah boleh melabur dan berdagang bukan sahaja di Bursa Malaysia; tetapi di Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Singapura.

Baca: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

2. Akaun Trading Islamik

Kalau di Bursa Malaysia, apabila kita membuka akaun CDS dengan mana-mana broker; pastinya kita sebagai umat Islam akan memilih akaun Islamik. Kita tak mahu buka akaun trading konvensional, sebab takut untuk terlibat dengan unsur-unsur riba, gharar dan maisir.

Bila kita nak trade saham global, malangnya tidak semudah itu. Kebanyakannya adalah akaun konvensional, dan kita tidak mempunyai pilihan untuk pilih yang Islamik. Niat nak melabur untuk bina kekayaan, tapi takut termakan pula duit hasil daripada riba.

Niat tak menghalalkan cara…

Dengan CGS-CIMB iTrade, kita tak perlu risau lagi. Sepertimana akaun Islamik untuk kita trade di Bursa Malaysia tanpa was-was, kini dengan akaun yang sama kita guna untuk trade saham global.

Ada panel penasihat syariah yang akan memastikan kepatuhan Syariah akaun trading ini, maka hati kita pun senang setiap kali nak jual beli saham.

3. Beli Saham Yang Patuh Syariah

Bila akaun trading dah patuh Syariah, kita kena pastikan yang kita hanya beli saham-saham yang patuh Syariah. Tapi macam mana nak tahu sesuatu saham itu adalah patuh Syariah atau tidak?

Kalau di Bursa Malaysia, kita ada Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti yang akan mengeluarkan senarai saham-saham patuh Syariah setiap bulan Mei dan November. Tapi bagaimana pula di pasaran saham global?

Inilah kelebihan yang ada dengan akaun Islamik CGS-CIMB iTrade, kerana ia menawarkan ekosistem Islamik yang sepenuhnya. Dengan saringan syariah oleh Refinitiv Eikon (dulu dikenali sebagai Thomson Reuters Financial & Risk), mereka inilah yang akan membuat saringan bagi memastikan sesuatu saham itu adalah patuh syariah. Malah, senarai syarikat ini akan dikemaskini setiap bulan.

Sekarang akaun trading pun Islamik, senarai syarikat patuh Syariah pun ada dengan kita. Apa tunggu lagi, kini kita dah boleh melabur di Bursa Malaysia, NASDAQ, NYSE, NYSE American, HKEX, SGX, IDX dan SET tanpa was-was.

Pagi kita trade pasaran saham Hong Kong, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand; malam kita trade pula pasaran saham Amerika Syarikat. Memang tak tidurlah jawabnya lepas ni.

4. Dapatkan Ilmu Pelaburan Dan Kewangan Secara Percuma

Zaman sekarang macam susah nak dapat benda percuma, tetapi tidak dengan CGS-CIMB. Mereka baru saja melancarkan laman Facebook mereka yang baru iaitu FB ITradeIslamic. Di sini, macam-macam ilmu berkaitan pelaburan dan kewangan untuk kita sama-sama belajar.

Ianya menggunakan Bahasa Melayu dan dipenuhi infografik, memang mudah untuk semua orang belajar daripada mereka yang dah pakar dan berpengalaman. Dengan tagline “Demi Barakah”, jom kita bersama-sama menjadi seorang pelabur yang matang dan berpandukan syariat Islam apabila kita melabur.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peluang Pelaburan Dalam Industri Pickleball: Saham Yang Patut Diperhatikan

Walaupun pickleball belum begitu popular di Malaysia berbanding Amerika Syarikat, sukan ini sedang berkembang pesat di peringkat global. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pickleball bukan sahaja mencuri perhatian sebagai aktiviti riadah, malah turut membuka peluang pelaburan menerusi syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ekosistem sukan ini.

Artikel ini akan menghuraikan beberapa syarikat tersenarai awam di luar negara yang terdedah kepada pertumbuhan industri pickleball sama ada sebagai pengeluar peralatan, pengendali fasiliti, jenama pakaian sukan, ataupun pelabur dalam liga dan acara berkaitan pickleball.

Syarikat Luar Negara yang Berkaitan Dengan Pickleball

1. Life Time Group Holdings, Inc. (NYSE: LTH)

Perniagaan utama: Pemilik dan pengendali pusat kecergasan mewah di seluruh Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Life Time telah melabur besar-besaran dalam membina gelanggang pickleball di pusat-pusat kecergasan mereka. Syarikat ini menyasarkan untuk menjadi destinasi utama sukan pickleball komuniti dengan membina lebih 1,000 gelanggang menjelang tahun-tahun akan datang.

Faktor pelaburan: Dengan peningkatan penyertaan pickleball di Amerika, langkah ini dijangka meningkatkan keahlian kelab serta pendapatan dari fasiliti.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 2.1 bilion (YoY meningkat 8.5%)

EBITDA diselaraskan: USD 462 juta

Keuntungan bersih: Positif buat kali pertama sejak IPO pada 2021

Status: Tidak patuh syariah

2. Escalade, Inc. (NASDAQ: ESCA)

Perniagaan utama: Pengeluar peralatan sukan dan rekreasi, termasuk pickleball.

Hubungan dengan pickleball: Menerusi anak syarikat seperti ONIX Sports, Escalade ialah antara peneraju pasaran dalam peralatan pickleball termasuk paddle, bola, dan jaring.

Faktor pelaburan: Permintaan untuk peralatan pickleball dijangka meningkat seiring dengan penyertaan aktif di seluruh AS dan Kanada.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 88.3 juta

Margin keuntungan kasar: 30.1%

Dividen: 0.15 USD sesaham (yield sekitar 3%)

Status: Tidak patuh syariah

3. Dick’s Sporting Goods (NYSE: DKS)

Perniagaan utama: Peruncit peralatan dan pakaian sukan terbesar di Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Mempunyai rangkaian produk pickleball yang luas di kedai fizikal dan atas talian. Juga terlibat dalam promosi komuniti seperti kejohanan tempatan.

Faktor pelaburan: DKS mendapat manfaat terus daripada peningkatan jualan paddle, pakaian, dan kasut berkaitan pickleball.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 3.45 bilion

Margin bersih: 8.7%

EPS: USD 3.12

Status: Patuh syariah

Adakah Terdapat Saham Berkaitan Pickleball Di Malaysia?

Setakat ini, belum ada syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang secara langsung terlibat dalam industri pickleball.

Kenapa Pickleball Menarik Dari Sudut Pelaburan?

Pertumbuhan pantas: Menurut laporan Sports & Fitness Industry Association (SFIA), pickleball ialah sukan dengan pertumbuhan terpantas di Amerika Syarikat selama tiga tahun berturut-turut.

Demografi luas: Diminati oleh pelbagai peringkat umur dari belia hingga warga emas, menjadikannya pasaran stabil dan berkembang.

Peluang runcit dan fasiliti: Selain jualan produk, permintaan untuk gelanggang dan akademi latihan memberi peluang tambahan kepada sektor hartanah dan pendidikan sukan.

Walaupun pelabur Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan domestik berkaitan pickleball, peluang pelaburan antarabangsa terbuka luas terutamanya di pasaran AS.

Syarikat seperti Life Time Group, Escalade, dan Dick’s Sporting Goods menunjukkan pendedahan langsung dan boleh dimanfaatkan oleh pelabur jangka sederhana dan panjang.

Untuk pelabur runcit Malaysia yang berminat, ini juga masa terbaik untuk memerhatikan trend sukan baru ini. Bukan hanya untuk pelaburan, tetapi juga sebagai peluang keusahawanan, francais gelanggang, atau penganjuran acara tempatan.

Tak main pickleball pun tidak mengapa, janji kita ada saham yang berkaitan pickleball.