Antara Sebab Kenapa Harga Makanan Terus Melonjak Naik

Sejak kerajaan mewajibkan pengenalan gaji minimum sebanyak RM1500 kepada hampir semua sektor pekerjaan di Malaysia,kita telah mendapati harga barangan dan keperluan asas naik dengan begitu mendadak.

Ramai rakyat di negara ini merungut dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya bagi penduduk di kawasan bandar. Kadar inflasi juga turut meningkat dalam negara dimana bank pusat telah menaikan kadar interest rate bagi mengekang kadar inflasi yang bakal berlaku.

Selain daripada krisis kos sara hidup yang meningkat, negara kita juga tidak terkecuali dengan peningkatan kos harga makanan seharian. Krisis kenaikan harga makanan bukan sahaja berlaku di negara kita, malah krisis ini juga turut berlaku hampir di seluruh dunia pada ketika ini.

Harga Baja Semakin Mahal

Antara salah satu sebab yang utama yang menjadikan harga makanan mahal adalah kenaikan harga baja di pasaran dunia.

Seperti yang sedia maklum, kebanyakan makanan ruji penduduk dunia seperti gandum dan beras memerlukan baja kimia untuk mengeluarkan hasil yang tinggi dan seterusnya boleh di eksport ke negara luar. Proses untuk menghasilkan baja kini menghadapi kesukaran disebabkan bahan utamanya kini sukar diperolehi di pasaran antarabangsa.

Kredit Gambar: Blog World Bank

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat baja kimia adalah nitrogen dan juga kalium karbonat (potash). Pada masa kini, kedua-dua bahan tersebut menjadi terhad dan sukar diperolehi kerana negara pengeluar bahan tersebut adalah Ukraine, Belarus dan Rusia.

Pada ketika ini, Rusia dan Ukraine sedang terlibat dalam peperangan yang menyebabkan terganggunya bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk membuat baja kimia. Secara keseluruhanya, Rusia dan Belarus dan merupakan pengeluar terbesar di dunia yang mana merangkumi sebanyak 40% pegangan kalium karbonat dunia.

Sekatan Jalan Perdagangan Oleh Rusia

Selain itu juga, jalan perdagangan yang sering digunakan oleh kapal dagang turut terjejas terutamanya di Laut Hitam. Pihak Rusia telah menutup laluan jalan utama perdagangan tersebut. Mana-mana kapal dagang yang ingin melalui jalan itu terpaksa mengambil jalan yang lebih jauh. Kapal dagang yang membawa baja juga turut tidak terlepas dari sekatan ini. Ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kos pengangkutan untuk kapal dagang.

Kredit Gambar: CNBC

Syarikat Pengeluar Baja Dapat Durian Runtuh

Walaupun harga baja meningkat di pasaran, tidak semua pihak turut terkesan dengan peningkatan harga baja di dunia. Ada pihak yang mendapat durian runtuh kesan daripada peristiwa ini. Mereka adalah syarikat pengeluar baja dunia.

Syarikat gergasi pengeluar baja di Amerika Syarikat telah mendapat keuntungan yang berganda hasil daripada peningkatan harga bahan mentah. Harga saham syarikat pembuatan baja telah naik dengan begitu mendadak disebabkan peristiwa ini. Ada di antara syarikat pengeluar baja yang berjaya menambah market value mereka sebanyak 2 kali ganda daripada nilai asal syarikat itu hanya dalam beberapa bulan sahaja.

Bank dunia juga telah membuat unjuran bahawa harga baja ini akan meningkat pada tahun yang mendatang. Jika perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan populasi negara miskin yang bergantung dengan produk pertanian. Negara miskin ini akan terjejas dengan teruk jika krisis makanan tidak diselesaikan dengan baik.

Kesan Krisis Kewangan Sri Lanka

Sebagai contoh, kerajaan Sri Lanka yang menghadapi krisis kewangan negara telah mengharamkan pengimportan baja dari luar negara dan mereka hanya bergantung kepada baja organik yang dihasilkan daripada sisa tumbuhan yang mereput yang dijadikan bahan kompos baja.

Kesannya, pengeluaran makanan dalam negara itu mengalami penurunan yang drastik dan menyebabkan rakyat negara itu bangkit menentang presiden mereka. Akhirnya presiden mereka akur dan melarikan diri ke Singapura akibat digulingkan oleh rakyat mereka sendiri. Begitulah dahsyatnya jika krisis makanan ini tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Tonton rangkuman krisis di Sri Lanka: Apa Jadi Dekat Sri Lanka 🇱🇰

Kesan domino akan terjadi apabila harga makanan meningkat dan harga barangan lain juga akan turut serta menjadi mahal. Kerajaan negara ini juga perlu mengekalkan subsidi baja yang diberikan sebelum ini bagi mengelakan krisis makanan yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Sumber Rujukan: CNBC

Previous ArticleNext Article

AICB Iktiraf Lebih 700 Profesional Perbankan, Perkukuh Bakat Masa Hadapan Malaysia dan Serantau

Kuala Lumpur: Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) menzahirkan iltizam berterusan dalam memperkukuh pembangunan bakat perbankan di Malaysia dan rantau ini dengan meraikan lebih 700 profesional perbankan semasa 9th Chartered Banker Conferment Ceremony, yang turut menghimpunkan ahli dari Kemboja, Maldives dan Filipina. Penyertaan ahli serantau mencerminkan pengaruh AICB yang kian berkembang serta dedikasinya untuk memartabat piawaian profesional dalam lapangan perkhidmatan kewangan.

Majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menempa satu lagi pencapaian bermakna bagi profesion perbankan tatkala industri mengharungi landskap yang kian dinamik, didorong perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), kemunculan aset digital, komitmen kelestarian serta persekitaran risiko yang semakin rencam dan kompleks. Menurut Tinjauan Tenaga Kerja AICB 2025, sebanyak 57% institusi kewangan masih pada peringkat awal penerapan AI, manakala 62% menyatakan bahawa kepesatan perkembangan teknologi yang mengatasi keupayaan semasa tenaga kerja ialah halangan utama dalam merapatkan jurang kemahiran. Keadaan ini menuntut kesegeraan untuk memperkukuh kesiapsiagaan tenaga kerja, keupayaan tatakelola serta pembangunan kemahiran kritikal dan baharu seiring perkembangan sektor perbankan.

Semasa ucaptama YBrs. Encik Adnan Zaylani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, beliau berkata: “Melangkah ke hadapan, tanggungjawab warga perbankan perlu berkembang melangkaui fungsi pembiayaan tradisional agar dapat memangkin pertumbuhan. Bank bukan sahaja berperanan sebagai perantara kewangan, malah turut menjadi pemacu strategik transformasi ekonomi. Seiring anjakan landskap operasi, pertumbuhan ekonomi dan industri kini semakin dibayangi risiko yang kompleks serta saling berkait, sekali gus menuntut pertimbangan profesional, kefahaman kontekstual dan penilaian risiko yang lebih berpandangan jauh.”

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi AICB, menyebut: “Sektor perbankan Malaysia hendaklah meletakkan keutamaan yang sama terhadap pelaburan bagi pembangunan modal insan sepertimana pembangunan teknologi. Tatkala AI, aset digital dan agenda kelestarian mencorak semula landskap perkhidmatan kewangan, industri memerlukan warga perbankan yang berupaya memanfaatkan teknologi secara bertanggungjawab, mengurus risiko baharu serta mengekalkan keyakinan awam. Kelayakan profesional AICB, bersama inisiatif seperti Future Skills Framework (FSF) dan FSF Xcel – platform penilaian kemahiran – direka untuk membantu institusi perbankan mengenal pasti, membangun dan mengekalkan kemahiran yang diperlukan bagi melahirkan tenaga kerja berdaya tahan dan bersedia menempuhi masa depan.”

Paul Denton, Presiden Chartered Banker Institute (CBI), United Kingdom, berkata: “Dalam persekitaran global yang semakin kompleks, profesional perbankan bukan sahaja perlu menguasai teknologi baharu, malah  dituntut untuk menampilkan pertimbangan profesional yang ampuh, kepimpinan beretika serta pertanggungjawaban jangka panjang. Status Chartered Banker melambangkan komitmen tersebut. Penganugerahan hari ini mengiktiraf pencapaian individu serta meraikan penyertaan dalam komuniti profesional global yang berpaksikan integriti, kompetensi dan kepercayaan awam. Melalui kerjasama erat bersama AICB sejak sekian lama, kami berbangga dapat menyokong profesional perbankan di Malaysia dan rantau ini dalam membangunkan kemahiran, pertimbangan dan nilai yang diperlukan untuk mengemudi perubahan.”

Pada majlis tersebut, AICB menganugerahkan status Fellow Chartered Banker kepada tujuh tokoh perbankan terkemuka, selain menganugerahkan status Chartered Banker kepada 114 ahli dan meraikan 611 Associate Chartered Banker, di samping penerima Anugerah Kecemerlangan dan Anugerah Korporat. Tujuh penerima status Fellow Chartered Banker ialah Amanah Aboobucker, Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan, Kumpulan AmBank; Faradina Mohammad Ghouse, Ketua Pegawai Pematuhan Kumpulan, Kumpulan AmBank; Shamsul Bahrom Mohamed Ibrahim, Ketua Pegawai Risiko Kumpulan, Kumpulan AmBank; YM Raja Shah Riman Raja Harun Al-Rashid, Ketua Pegawai Risiko dan Pematuhan, Cagamas Berhad; Arshad Mohamed Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysian Rating Corporation Berhad; Dr Hu Meng Kui, Pemeriksa AICB bagi Modul Profesionalisme dan Etika; serta Fong Seow Loong, bekas Ketua Pegawai Kredit, Alliance Bank Malaysia Berhad.

Majlis tahun ini mencatat sejarah baharu buat AICB apabila Vorn Samedy dari Wing Bank (Cambodia) PLC dan Thong Min Fong dari Hong Leong Bank Berhad diiktiraf sebagai Overall Subject Prize Global Winners oleh Chartered Banker Institute, menerusi pengajian masing-masing dalam bidang Perbankan Komersial dan Pengurusan Risiko Bank. Pengiktirafan tersebut diberikan kepada mereka yang memperoleh markah tertinggi di peringkat global, sekali gus merupakan ahli AICB pertama menerima penghormatan berprestij ini.

Majlis tersebut turut mengiktiraf Kumpulan Public Bank selaku Platinum Winner of the Leading Bank for Professional Development Award atas pencapaian mempunyai jumlah pekerja bertauliah tertinggi dalam kalangan Bank Ahli Korporat AICB pada tahun 2025. Sementara itu, Kumpulan Maybank menerima Leading Bank for Chartered Banker Award kerana melahirkan jumlah Chartered Banker tertinggi pada tahun 2025. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi terhadap pembelajaran berterusan, pemerkasaan standard profesionalisme serta pembangunan tenaga kerja yang bersedia menghadapi masa hadapan bagi industri perkhidmatan kewangan di Malaysia dan rantau ini. Kelayakan utama Chartered Banker yang ditawarkan AICB dilaksanakan bersama Chartered Banker Institute, United Kingdom, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengiktirafan profesional perbankan bertaraf global. Seiring perubahan berterusan dalam industri perbankan, AICB kekal komited dalam memperkasa standard profesionalisme, memperluas budaya pembelajaran sepanjang hayat serta memupuk kepimpinan beretika bagi memastikan sektor perbankan Malaysia terus didukung oleh profesional yang berkeupayaan, bertanggungjawab dan diyakini untuk memimpin perubahan.