Audi A3 Sedan S line Serba Baharu Dilancarkan Di Malaysia, RS 3 Sedan Dibuka Untuk Tempahan

  • Audi A3 Sedan S line ditawarkan pada harga bermula RM331,990, termasuk duti dan cukai jualan
  • Elegan, efisien dan evolusionari dengan rekaan seperti sebuah coupé
  • Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo-4 yang menjana 190PS dan tork 320Nm
  • Audi RS 3 Sedan kini dibuka untuk tempahan pada harga sekitar RM650,000 hingga RM750,000

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2022 – PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini melancarkan
generasi kedua model terkenal Audi – A3 Sedan ke pasaran Malaysia. Sekali lagi
mendefinisikan segmen kenderaan kompak mewah, Audi A3 Sedan menggabungkan bahasa
rekaan baharu yang lebih menyerlah, bersama teknologi termaju dan menjanjikan pengalaman
pemanduan mengujakan.

Ruang dalaman direka dengan begitu menawan – lebih luas berbanding model terdahulu,
menggabungkan aspek kemewahan dan teknologi terkini dengan sempurna. Misalnya dengan kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10 inci dan perkhidmatan ketersambungan Audi connect plus sebagai ciri standard.

Luaran: Berkuasa dan elegan

Dengan rekaan yang lebih maskular dan garang, A3 Sedan menampilkan rupa serba baharu.
Bahagian hadapan didominasi oleh Singleframe dengan gril bercorak sarang lebah (honeycomb)
yang diserlahkan bersama sepasang lampu utama.


Garis badan A3 Sedan diteruskan hingga ke bampar belakang yang membuatkannya kelihatan lebih panjang dan memberikan bahagian belakangnya gayaan yang elegan. Permukaan cekung pada bahagian bawah bahu badan kereta menyerlahkan lagi lekuk dan sil. Elemen ini mencetuskan serlahan cahaya dan bayang. Sementara garis bumbung yang melandai dari tiang B membuatkannya kelihatan seperti sebuah coupé.


Rekaan badan yang kemas

Rekaan badan yang kemas dipadankan dengan bahagian belakang sedikit tinggi dan peresap udara yang besar. Ini menyumbang kepada pekali seretan lebih rendah, sekali gus mengurangkan
penggunaan bahan api dan emisi CO2.


A3 Sedan juga hadir dengan corong udara yang boleh dikawal melalui modul kisi-kisi berkuasa
elektrik di bahagian belakang Singleframe. Ia berfungsi mengawal aliran udara dengan pintar
berdasarkan kepada situasi pemanduan. Sebagai tambahan, panel pada bahagian bawah kereta,
cermin sisi dengan aerodinamik lebih baik dan penyejukan brek aktif berfungsi mengurangkan
halangan angin.


Kokpit Maya Audi: Fokus dan digital

Papan pemuka dan konsol tengah baharu pada Audi A3 Sedan direka secara intuitif. Maklumat
penting dipaparkan pada sudut pandangan terus pemandu menerusi Audi virtual cockpit plus dan paparan sentuh berwarna MMI bersaiz 10.1 inci. Stereng dengan butang pelbagai fungsi yang dibalut kulit dan transmisi S tronic yang mudah dikawal memberi lebih keselesaan kepada pemandu.


Ketersambungan pantas


Platform infohibur modular generasi ketiga (MIB 3) menampilkan kuasa perkomputeran yang sepuluh kali lebih pantas berbanding model terdahulu. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi antara muka telefon pintar Audi yang mengintegrasikan telefon iOS dan Android dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.


Selesa dan dinamik


Sistem suspensi A3 Sedan baharu telah ditala untuk jadi lebih sporty dan harmoni. Sekali gus
menawarkan reaksi lebih pantas dan pemanduan yang tepat, terutama untuk mereka yang gemar
mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. Semua ini disumbang oleh sistem pengendalian dinamik berpusat yang memastikan interaksi optimum di antara semua komponen ke transverse dinamik.


A3 Sedan akan ditawarkan dalam lapan pilihan warna: dua kemasan cat solid, lima warna metalik
dan satu warna dengan efek mutiara.


RS 3: Kini dibuka untuk tempahan


Kompak dan berkuasa, Audi RS 3 Sedan serba baharu menawarkan kelincahan dan pengendalian
dinamik luar biasa dengan kuasa daripada enjin lima silinder yang mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 3.8 saat.


Berpegang teguh kepada warisan RS, RS 3 hadir dengan badan lebih lebar, sistem ekzos sport RS
dan paparan kokpit seperti jentera lumba. Ia memang dihasilkan untuk mereka yang sentiasa mencari keterujaan dalam setiap pemanduan.


Memegang rekod sebagai sedan kompak paling pantas di litar lumba lagenda Nurburgring
Nordschleife di Jerman, RS 3 Sedan kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.


Audi A3 Sedan ditawarkan pada harga bermula RM331,990.00 manakala RS 3 Sedan dijangka dijual di antara RM650,000 hingga RM750,000. Semua model Audi hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.


Tempahan Audi A3 Sedan dan RS 3 boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie
dan Juru.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.