Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd meminda peraturan perniagaan dan keperluan penyenaraian bagi memudahkan operasi berterusan bursa saham dan anak-anak syarikatnya pada hari yang diumumkan sebagai cuti peristiwa.

Cuti peristiwa merujuk kepada cuti umum yang diisytiharkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak diwartakan sebagai hari kelepasan am pada permulaan tahun kalendar.

Dalam kenyataan pada Selasa, Bursa Malaysia menjelaskan pindaan itu dibuat sebagai respons kepada kejadian cuti yang tidak dirancang atau tidak dijangka yang berlaku di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

“Apabila kekal dibuka semasa hari cuti peristiwa, Bursa Malaysia akan memastikan semua transaksi yang berlaku sebelum cuti peristiwa itu boleh dan akan diserahkan serta diselesaikan seperti yang dijadualkan.

“Ini akan memberikan lebih kepastian kepada pasaran modal dan mengurangkan sebarang potensi risiko pasaran atau pelaburan yang mungkin dihadapi pelabur berikutan cuti peristiwa,” tambahnya.

Menurut Bursa Malaysia, berdasarkan pindaan itu, jika ia beroperasi pada hari cuti peristiwa, orang yang dikawal selia mesti mematuhi dan melaksanakan peraturan atau sebarang keperluan yang dikenakan oleh pihak pengawal selia pada hari tersebut atau dalam tempoh masa yang ditetapkan yang jatuh pada atau termasuk cuti peristiwa.

Bursa Malaysia juga akan berhati-hati dalam memutuskan sama ada akan terus dibuka pada hari cuti peristiwa selepas berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Bursa hanya akan kekal dibuka tertakluk kepada Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (Rentas), yang merupakan infrastruktur pasaran kewangan, beroperasi pada cuti peristiwa untuk memudahkan penjelasan dan penyelesaian perkhidmatan,” jelasnya.

Bursa Malaysia menjelaskan sekiranya ia memutuskan untuk beroperasi pada hari cuti peristiwa, peserta pasaran dan orang awam akan dimaklumkan tepat pada masanya melalui siaran media, pekeliling atau pemberitahuan elektronik.

Pindaan itu, yang mempertimbangkan maklum balas dan komen yang diterima daripada industri, akan berkuat kuasa pada 10 Jan, 2023, menurutnya.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/bursa-malaysia-pinda-peraturan-perniagaan-keperluan-penyenaraian-bagi-cuti-peristiwa/

Previous ArticleNext Article

Senarai Saham Bawah RM1 Untuk Pemula

“RM100 Tak Boleh Beli iPhone, Tapi Boleh Beli Saham”

“Duit Banyak Baru Boleh Main Saham?”

“Kena ada ribu-ribu baru boleh mula melabur ke?”

Jawapan ringkas: Tak perlu pun.

Ramai masih sangka pelaburan saham ni hanya untuk orang banyak duit. Tapi realitinya, dengan RM100 pun dah boleh untuk mula. Sah dan patuh Syariah. Yang penting, mula kecil sambil belajar — bukan terus kejar nak jadi kaya.

Contoh Saham Bawah RM1 :

1. Pos Malaysia Berhad (RM0.28/unit)

Terlibat dalam sektor pengangkutan dan logistik

2. DF City Group (RM0.49/unit)

Fokus pada projek hartanah dan pembangunan bandar

3. Infraharta Holdings (RM0.095/unit)

Terlibat dalam pembinaan dan infrastruktur

4. MajuPerak Holdings (RM0.12/unit)

Projek-projek hartanah sekitar Perak

5. Sinaran Advance Group (RM0.03/unit)

Syarikat kecil, risiko tinggi tapi harga pun sangat rendah

6. Pharmaniaga Berhad (RM0.175/unit)

Terlibat secara langsung dalam pembuatan produk farmaseutikal, pengedaran dan logistik, runcit dan peruncitan digital, serta kontrak kerajaan.

7. CTOS Digital Berhad (RM0.88/unit)

Perniagaan utama CTOS adalah perkhidmatan pelaporan kredit dan analitik, solusi digital dan perisian, serta pendidikan, latihan dan outsourcing.

8. Oriental Kopi Holdings Berhad (RM0.84/unit)

Tergolong dalam sektor consumer products dan servis khususnya food & baverages.

✅ Disahkan patuh Syariah (rujukan: Suruhanjaya Sekuriti, Mei 2025)

✅ Boleh mula dengan bawah RM100 (beli minimum 100 unit)

✅ Risiko rendah untuk pembelajaran & ‘try and learn’

Tips Untuk Beginner Saham:

1. Mula dengan satu saham dulu – Jangan gelojoh.

2. Belajar baca carta dan ikuti berita syarikat.

3. Fahami pergerakan pasaran – naik turun itu normal.

4. Guna aplikasi seperti Bursa Malaysia atau Bursa Academy untuk tambah ilmu secara percuma