KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 November 2018 /PRNewswire/ — Pusat Beli-belah IPC dan Pusat Beli-belah MyTOWN dengan kerjasama IKEA Malaysia dengan bangga memperkenalkan “Karnival 11.11”. Inilah pertama kali fenomena membeli-belah dalam talian 11.11 dibawa ke persekitaran runcit fizikal. Dari 9 hingga 11 November 2018, IPC dan MyTOWN akan menjadi tuan rumah pelbagai jenama untuk menyediakan pembeli dengan pengalaman membeli-belah yang lebih besar dan lebih baik.
Bermula dari Alibaba di China, fenomena beli-belah Hari Bujang 11.11 yang terkenal di dunia sinonim dengan tawaran luar biasa daripada peruncit dan jenama — menjadikannya hari belanja terbesar yang terulung sepanjang tahun.
Tahun ini, Karnival 11.11 IPC dan MyTOWN akan menyaksikan lebih daripada 400 penyewa dan rakan gabungannya berkumpul untuk menawarkan diskaun sehingga 90%.
“Dengan Karnival 11.11 kami, kami mewujudkan platform rintis untuk penyewa kedai fizikal kami sendiri dan para penggiat e-dagang yang terkemuka untuk memberi pembeli kepuasan segera tawaran belanja dalam talian terbaik dalam persekitaran runcit yang hebat,” kata Kristian Olofsson, Pengarah Pusat Beli-belah & Penggunaan Campuran IKEA Southeast Asia.
Beliau menyambung, “Kami sentiasa bercita-cita untuk menjadi tempat pertemuan bagi komuniti di luar runcit tradisional. Karnival 11.11 melengkapi pembelian dalam talian dengan pengalaman pelanggan yang hebat dan saat-saat yang tidak dapat dilupakan bersama-sama rakan-rakan dan keluarga. Ini merupakan cara yang baharu dan unik untuk melihat tingkah laku membeli-belah dalam talian dan luar talian secara keseluruhan.”
Sepanjang Karnival 11.11, pembeli boleh menerima akses eksklusif ke tawaran istimewa dari 400 lebih penyewa gabungan dari IPC dan MyTOWN. Salah satu kemunculan utama termasuk jualan akhir tahun IKEA yang dinanti-nantikan, yang akan dimantapkan dengan tawaran ahli IKEA FAMILY eksklusif di kedai pada 10 dan 11 November. Para pembeli boleh mendapatkan diskaun hingga 50% pada barangan kediaman kegemaran mereka.
Selain itu, IPC dan MyTOWN akan bekerjasama dengan pemain e-dagang terkemuka seperti Shopee, Fave, Taobao, Klook, Garena dan AliExpress serta rakan-rakan seperti Maxis untuk membawa aspek dalam talian 11.11 ke ruang luar talian. Sepanjang Karnival 11.11 yang akan berlangsung selama tiga hari, terdapat tawaran eksklusif dan tawaran yang ditawarkan oleh rakan-rakan ini yang hanya boleh ditebus di ruang pameran mereka di tapak kedai. Aktiviti-aktiviti lain untuk seluruh keluarga termasuk:
1. Cabutan Bertuah Harian (hanya di Pusat Beli-belah IPC)
Belanja minimum RM300 dalam satu resit di mana-mana penyewa dan rakan kongsi yang mengambil bahagian.
Gandakan peluang untuk menang dengan membeli-belah di kedai-kedai terpilih.
Hadiah termasuk telefon pintar dan pakej percutian.
2. #JomHoliday with Klook (hanya di Pusat Beli-belah IPC)
Tawaran perjalanan setiap jam dengan aktiviti dan permainan yang menyeronokkan
Temui dan berbual dengan golongan berpengaruh tempatan
3.Steal A Deal (hanya di Pusat Beli-belah MyTOWN)
Belanja minimum RM200 dalam gabungan maksimum 3 resit dan berpeluang untuk membeli iPhone XS 64GB atau Samsung Galaxy Note 9 128 GB pada RM1,111.
Belanja minimum RM80 dalam gabungan maksimum 3 resit dan berpeluang membeli penggoreng Philip Air atau TV Samsung 32-inci pada RM111.
Tawaran cabutan setiap jam bermula dari pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam pada 10 dan 11 November 2018.
Karnival 11.11 yang mengujakan menanti anda di:
Tempat:
Pusat Beli-belah IPC, Atrium, Tingkat G; dan
Pusat Beli-belah MyTOWN, Ruang Legar, Tingkat G
IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau
Tarikh:
9 to 11 November 2018 (Jumaat-Ahad)
Masa:
10.00 pagi hingga 10.00 malam
Untuk maklumat lanjut tentang Karnival 11.11 dan tawaran khas dalam kedai yang menarik, lawati www.1111carnival.com.
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit ASB.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion, mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.
ASB mengekalkan kadar pengagihan dividennya berbanding tahun 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila ia berjaya meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%, kepada 346 mata asas.
Kami telah mencatatkan prestasi yang baik merentasi fokus utama, iaitu meningkatkan aliran masuk bersih pelanggan, menyampaikan pengagihan pendapatan yang mampan kepada pemegang unit, serta memperkukuh modal proprietari PNB. Ini telah menghasilkan peningkatan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak 4.5% kepada RM364 bilion.
ASNB telah mengagihkan dividen berjumlah RM15.3 bilion pada tahun 2025, iaitu yang tertinggi pernah dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan sejak penubuhan mencecah RM279 bilion. Pencapaian ini mencerminkan trajektori prestasi yang positif dan konsisten merentasi semua 18 dana unit amanahnya.
Kuala Lumpur, 19 Disember 2025 – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (TK2025). Jumlah pembayaran keseluruhan adalah sebanyak RM10.4 bilion dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit ASB.
ASB mengekalkan kadar pengagihan dividennya berbanding tahun 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila ia berjaya meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%, kepada 346 mata asas.
Prestasi pengagihan dividen yang kukuh dan berterusan ini dicapai dalam persekitaran pasaran ekuiti awam domestik yang mencabar, di mana FBM KLCI mencatat pulangan harga sebanyak -0.3% sehingga kini bagi tahun 2025. Pasaran ekuiti domestik terjejas oleh aliran keluar dana asing yang berterusan serta sentimen pelabur yang berhati-hati, meskipun prestasi asas ekonomi Malaysia kekal positif dengan pertumbuhan KDNK 2025 dijangka mencapai antara 4.0% hingga 4.8%, kemasukan pelaburan yang ketara serta pengukuhan nilai Ringgit Malaysia yang meningkat sebanyak 8.7% kepada RM4.09 bagi setiap USD1.
Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, “Selama lebih 46 tahun, PNB telah diamanahkan untuk melindungi simpanan hasil titik peluh rakyat. Kami berbesar hati dapat mengekalkan pengagihan dividen ASB sebanyak 5.75 sen, dengan jumlah pembayaran RM10.4 bilion, iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB. Ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion, mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.”
“Kami menyedari cabaran yang lebih besar iaitu kekurangan simpanan dan keperluan untuk memupuk tabiat menabung yang lebih kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Berikutan itu, kami merancang untuk mempergiatkan usaha literasi kewangan kami, berpandukan Matlamat kami untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” tambah beliau.
Selain itu, ASNB telah mengagihkan dividen berjumlah RM15.3 bilion pada tahun 2025, iaitu yang tertinggi pernah dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan sejak penubuhan mencecah RM279 bilion. Pencapaian ini mencerminkan trajektori prestasi yang positif dan konsisten merentasi semua 18 dana unit amanahnya, termasuk ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi dana harga tetap, serta ASN Equity, ASN Imbang dan ASN Sara bagi dana harga berubah-ubah.
Kadar pengagihan bagi dana harga tetap ASNB meningkat tahun ke tahun, mengekalkan jurang yang sihat di atas purata penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan, sekali gus memastikan pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit. Pada masa yang sama, dana harga berubah-ubah ASNB terus menunjukkan prestasi kukuh, dengan kesemua dana mengatasi penanda aras masing-masing dan empat daripada jumlah 12 dana berada dalam kuartil teratas bagi segmen masing-masing, berdasarkan pulangan tiga tahun berturut-turut. Prestasi berdaya tahan ini didorong oleh portfolio pelaburan yang semakin dipelbagaikan, disokong oleh peruntukan aset yang berhemat, strategi pelaburan yang berdisiplin dan pengurusan risiko yang proaktif.
Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, berkata, “Ketika kami memasuki tahun kedua pelaksanaan Pelan Strategik LEAP-6 PNB, kami telah mencatatkan prestasi yang baik merentasi fokus utama, iaitu meningkatkan aliran masuk bersih pelanggan, menyampaikan pengagihan pendapatan yang mampan kepada pemegang unit, serta memperkukuh modal proprietari PNB. Ini telah menghasilkan peningkatan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak 4.5% kepada RM364 bilion. Kami telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran AUM sebanyak RM400 bilion menjelang 2027.”
Jumlah pemegang akaun unik ASNB kekal stabil pada 13 juta, disokong oleh pertambahan kasar sebanyak 560,000 pemegang akaun sepanjang tahun, mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan orang ramai yang berterusan.
Menjelang 2026, PNB akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan simpanan rakyat Malaysia, berasaskan kepada kempen KitaGenerasiLabur, inisiatif simpanan berkala digital Auto Labur, dan Pandu Impianmu, serta disokong oleh pemangkin baharu seperti kaedah pembayaran zakat berasaskan khultah menggunakan pendekatan AlMustaghallat mulai suku kedua 2026.
“#KitaGenerasiLabur adalah seruan kami kepada rakyat Malaysia merentasi semua generasi untuk mengubah pemikiran mereka dan mengambil tanggungjawab terhadap masa depan kewangan mereka dengan memulakan simpanan dan pelaburan lebih awal, melabur secara berkala, serta mengekalkan disiplin. Analitik yang dipertingkatkan membolehkan kami memahami tingkah laku pelanggan dengan lebih baik, seterusnya melaksanakan kempen yang lebih bersasar bagi menangani perubahan tingkah laku tersebut,” kata beliau.
Menurut Dato’ Abdul Rahman Ahmad lagi, “Melangkah hadapan, kami kekal berhati-hati terhadap prospek pelaburan bagi 2026, memandangkan pasaran modal global terus menghadapi ketidaktentuan dan turun naik di tengah-tengah perubahan struktur yang mendalam dalam landskap ekonomi global, termasuk gangguan dasar perdagangan dan kebimbangan terhadap potensi kemungkinan penilaian berlebihan, terutamanya dalam pelaburan berasaskan AI.”
“Di peringkat domestik, PNB akan bekerjasama rapat dengan penggubal dasar dan pemain pasaran utama untuk mempercepatkan reformasi serta meningkatkan prestasi korporat yang diperlukan bagi mengukuhkan daya saing pasaran ekuiti domestik, memastikan ia mencerminkan asas ekonomi dan pertumbuhan Malaysia yang kukuh, dipacu oleh kerangka MADANI, sambil merangsang pelaburan domestik dan menggalak pertumbuhan inklusif,” tambah beliau.
Pengiraan pengagihan pendapatan ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut. Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026.
Transaksi bagi ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan digantung sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025. Pemegang unit boleh menyambung semula transaksi melalui semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2026, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB mulai 2 Januari 2026.