Kempen #GiveBack GoPayz Bantu Meringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta

GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan U Mobile, akan memberikan hadiah tunai bernilai  RM1 juta dengan kempen #GiveBack GoPayz. Menerusi kempen ini, setiap pengguna baru yang mendaftar untuk GoPayz akan menerima tunai RM5 bermula hari ini hingga 30 Jun 2020. Jika pengguna itu juga merupakan pelanggan U Mobile, dia akan menerima satu lagi e-baucer bernilai RM3 dari 7-Eleven.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, menerangkan matlamat pelancaran kempen U Mobile ini, “Memandangkan Malaysia sedang mengharungi masa mencabar, kami yakin GoPayz harus menyumbang balik kepada masyarakat. Walaupun ia hanya RM5 setiap pengguna, kami telah menyumbang sehingga RM1 juta untuk inisiatif ini supaya mencapai seramai mungkin pengguna. Tunai yang diterima pengguna baru GoPayz boleh digunakan untuk membeli pelbagai produk dan perkhidmatan penting menerusi aplikasi GoPayz, baik untuk insurans hayat mikro, tambah nilai mudah alih, penghantaran makanan, mahupun pembayaran zakat.”

Bagi menyertai kempen #GiveBack GoPayz, pengguna hanya perlu mendaftar untuk e-dompet ini. Selepas pendaftaran selesai, pengguna baru akan menerima tunai RM5 dalam 3 hari bekerja.

Selain kempen #GiveBack GoPayz, GoPayz juga akan menawarkan promosi untuk premium GoLife Plus, iaitu insurans mikro yang ditaja jamin oleh SunLife Malaysia. Pelanggan baru yang melanggan GoLife Plus hanya perlu membayar RM2 setiap bulan bagi dua bulan yang pertama. Baru-baru ini, SunLife Malaysia telah menubuhkan Dana Bantuan COVID-19 bagi pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi GoPayz di: . GoPayz menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup.

Mengenai U Mobile

Di U Mobile, kami ingin membantu pelanggan mencapai potensi mereka tanpa had. Kami sentiasa berpaksikan inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dihargai pelanggan. Berbekalkan komitmen untuk mengembangkan jaringan 4G kami serta melancarkan pelbagai inovasi dijana 5G, U Mobile berada di kedudukan baik untuk menaik taraf jaringan serta pengalaman pengguna, demi memberi keseronokan dan kebebasan yang tidak terhad kepada pelanggan kami. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari www.u.com.my atau hubungi khidmat pelanggan U Mobile di talian 018-388 131.

Mengenai GoPayz

GoPayz menjana revolusi dalam cara orang ramai membuat bayaran dan menggunakan perkhidmatan kewangan digital. Dari insurans mikro hingga ke pelaburan kekayaan, GoPayz menawarkan semua akses kepada perkhidmatan kewangan mampu milik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kami menumpukan perhatian dalam pembangunan perkhidmatan kewangan digital inovatif yang mampu mempertingkatkan gaya hidup pelanggan kami, dan kami percaya bahawa inklusi kewangan adalah asas pembinaan jenama kami. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan GoPayz, sila layari www.gopayz.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan GoPayz di +6018 388 3388.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.