Kilang Proses Kelapa Bersepadu Sedia 2,000 Pekerjaan Kepada Penduduk Sabah

KOTA KINABALU, 30 Mac (Bernama) — Sebuah kilang pemprosesan kelapa bersepadu (ICPF) bernilai RM200 juta akan dibina di Langkon, Kota Marudu, kira-kira 119 kilometer dari Kota Kinabalu.

Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata kilang itu dijangka beroperasi sepenuhnya dalam tempoh lima tahun dan akan mewujudkan sekurang-kurangnya 2,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, terutama di daerah Kota Marudu, Kota Belud, Kudat dan Pitas.

Ia berkata, syarikat Sawit Kinabalu Bhd milik kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 30 hektar di Langkon untuk pembinaan kilang itu, yang memerlukan kira-kira 800 tan kelapa sehari, memberikan petani kelapa tempatan dan penanam berskala sederhana hingga besar pasaran yang berkembang maju dan mampan.

“Langkon secara strategik sesuai untuk ICPF kerana lokasinya yang berpusat, akses kepada pekerja dan berdekatan dengan Pelabuhan Kota Kinabalu,” katanya.

Pengumuman itu dibuat berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat pembuatan berasaskan kelapa Linaco Group dan Sawit Kinabalu, yang mewakili komponen kedua daripada empat komponen utama perjanjian yang ditandatangani oleh Linaco dengan kerajaan Sabah di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi penubuhan Rangka Tindakan Kelapa Bersepadu untuk memacu transformasi sosio-ekonomi negeri.

MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Linaco Joe Ling Hwa Ean dan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie serta disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Komponen pertama Rangka Tindakan Kelapa Bersepadu ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan Kelapa di Paitan, Beluran pada tahun lepas, manakala dua lagi komponen ialah penubuhan skim peladang kecil dan penyertaan pekebun berskala sederhana hingga besar.

“Linaco juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan kepada petani dan pekebun kecil dengan terus membeli hasil tuaian mereka pada harga lantai minimum walaupun semasa penurunan terendah dalam carta kitaran,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Pelancaran Kempen #SamaSamaWebull: Membuka Akses Mudah kepada Dagangan & Ganjaran Mewah

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2025Webull Malaysia, anak syarikat Webull Corporation (NASDAQ: BULL), pemilik platform dagangan Webull, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen terbarunya – #SamaSamaWebull! Sama ada anda seorang pelabur berpengalaman atau baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, Webull bersedia untuk menjadikan pengalaman melabur lebih pintar, mudah, dan menguntungkan. Dengan menawarkan sifar yuran platform dan 0% komisen bagi saham tempatan, Webull komited untuk menjadikan pasaran global lebih mudah diakses dan kos efektif untuk rakyat Malaysia.

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000 hanya dengan memuat turun aplikasi Webull dari App Store atau Google Play. Sertai kempen #SamaSamaWebull dengan menyelesaikan beberapa tugasan mudah: mulakan dengan mendaftar akaun, kemudian muat naik gambar anda bersama Webull di laman web kempen. Tambahkan lagi peluang penyertaan anda dengan membuka akaun Webull, membuat deposit RM500 atau RM2,000. Setiap tugasan yang  diselesaikan melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah, lebih banyak tugasan diselesaikan, semakin tinggi peluang anda untuk menang.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sepasang jam tangan Tudor, penginapan mewah di Park Hyatt Kuala Lumpur, iPhone 17 , dan banyak lagi. Inilah masanya yang terbaik untuk anda memulakan perjalanan dagangan anda dan berpeluang menang besar bersama Webull.

Bagi menggalakkan penyertaan komuniti dalam kempen ini, Webull Malaysia turut mengadakan aktiviti luar talian di stesen MRT terpilih di seluruh Lembah Klang dari 18 Ogos hingga 14 November. Orang ramai boleh menemui pasukan Webull di TRX (16 Ogos – 16 Sept), Bukit Bintang (18 Sept – 17 Okt), dan Pasar Seni (19 Okt – 14 Nov) untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi Webull. Daftar di lokasi dan nikmati PIN Tambah Nilai TnG RM5 untuk tambang perjalanan anda.

#SamaSamaWebull bukan sekadar kempen, ia adalah pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk membantu rakyat Malaysia mengenali dunia dagangan dengan lebih mudah, sambil berpeluang menikmati ganjaran hebat. Kami berbesar hati kerana dapat membawa platform kami terus kepada komuniti, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi pelbagai hadiah sambil mengetahui betapa mudahnya untuk memulakan dagangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, Kenneth Chan.

“Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa yang berlangsung hingga Disember 2025, pengguna boleh menikmati 0% komisen untuk saham Malaysia serta ganjaran sehingga RM400, tertakluk kepada terma dan syarat,” jelas beliau lagi.

Webull Malaysia ialah broker digital dikawal selia sepenuhnya yang menawarkan akses lancar kepada pasaran global, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan saham A-China,  semuanya tanpa yuran platform. Platform ini turut menawarkan pilihan perbankan patuh Syariah, memberikan pelabur fleksibiliti untuk memilih antara saluran konvensional atau Islamik, dengan deposit masa nyata untuk pengalaman dagangan yang lancar.

Dengan menjadikan kesederhanaan, ketelusan, dan keselamatan sebagai teras utamanya, Webull mentakrifkan semula cara rakyat Malaysia mengakses pasaran global, menjadikan pelaburan bukan sahaja lebih mudah, tetapi benar-benar boleh diakses oleh semua.

Baca lagi Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif