Ramly Melangkah Ke Era Digital

Kuala Lumpur, 5 Disember – Kumpulan Ramly (Ramly) melangkah ke era digital dan mentransformasi perniagaannya dengan Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”). Transformasi ini merupakan sebahagian daripada usaha Ramly bagi memastikan perniagaan mereka memenuhi tuntutan ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai di Malaysia.

Pelopor industri makanan Halal negara akan mengguna pakai penyelesaian perbankan digital HLISB termasuk pengurusan tunai dan likuiditi menerusi HL ConnectFirst, platform perbankan dalam talian dan mudah alih untuk penyelesaian perniagaan dan pembayaran. Semua produk serta perkhidmatan kewangan HLISB yang dinyatakan mematuhi undang-undang Syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Jasani Abdullah menjelaskan bahawa salah satu daripada bidang tumpuan Bank ialah meyumbang terhadap perkembangan industri Halal tempatan terutamanya sektor makanan menerusi penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian perbankan yang mematuhi undang-undang Syariah dan berteras digital.

“Industri Halal sedang berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia dengan sektor makanan mewakili 60% industri berkenaan[1]. HLISB menyasarkan untuk memimpin usaha dalam meningkatkan lagi kekuatan komuniti perniagaan Halal dalam era di mana syarikat perlu menyesuaikan perniagaan mereka ke arah Revolusi Industri 4.0. Ramly, salah satu jenama makanan Halal tempatan yang popular, sebagai rakan kongsi utama Bank menandakan detik penting dalam perjalanan kami bagi menyokong industri Halal dan menjadi peneraju perbankan digital Islam di Malaysia.”

Untuk bersaing dengan migrasi ke ekonomi tanpa tunai yang pesat, Ramly akan menggunakan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang disediakan oleh Bank iaitu All-in-One merchant Point-of-Sales terminal di semua kedai, bistro serta kiosk Ramly di seluruh negara. Terminal tersebut membolehkan Ramly menerima semua pengendali kad dan e-Dompet utama seperti Boost, TNG e-Wallet, WeChat Pay, AliPay dan Samsung Pay.

“Kami sedang menuju kepada fasa pertumbuhan Ramly yang seterusnya dan kami menyedari bahawa wujudnya keperluan untuk beralih ke arah model perniagaan yang lebih digital memandangkan negara juga sedang menuju ke arah ekonomi digital. Kami yakin bahawa dengan mendalami dan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama kami dengan HLISB, kami berupaya mengurangkan kos sambil meningkatkan lagi kecekapan dan mengoptimumkan operasi kami. Pada masa yang sama, peralihan digital ini juga dapat memuaskan pelanggan kami yang sering memilih pembayaran tanpa tunai,” kata Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Ramly, Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni.

Jasani menambah bahawa HLISB sentiasa komited membantu para pelanggan mengembangkan lagi perniagaan mereka menerusi ekosistem dan keupayaan perkhidmatan kewangan bersepadu.

“Produk dan perkhidmatan penyelesaian perbankan kami direka khusus bagi memenuhi keperluan para pelanggan. Proses digitisasi penyelesaian perbankan kami bukan sahaja mampu melicinkan urusan dan memberikan pengalaman perbankan yang lancar kepada pelanggan tetapi turut memperbaiki proses dalaman mereka,” kata Jasani.Dalam masa yang akan datang, Ramly dan HLISB merancang untuk membantu pengusaha gerai kecil-kecilan jenama ‘Ramly Burger’, yang kebanyakannya menjalankan perniagaan berasaskan tunai untuk turut sama beralih kepada penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang disediakan oleh HLISB. Usaha ini bertujuan membantu peniaga mikro menjadi sebahagian daripada ekonomi digital dan merealisasikan wawasan masa depan yang merangkumi perkhidmatan kewangan digital dan keterangkuman kewangan untuk semua di negara ini.


[1] Halal Industry Development Corporation, “Food & Beverage”. http://www.hdcglobal.com/publisher/bhis_food_and_beev. Accessed on 9 November 2019

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.